Kalendar Bermula dan Berakhir Musim Durian Di Malaysia Setiap Tahun

Ada sebab durian dipanggil raja atau king dalam bahasa inggeris. Jika terdapat jualan atau kedai menjual buah durian pasti akan berhenti walaupun tidak membelinya.

Kalendar Musim Durian Di Malaysia
Kalendar Musim Durian Di Malaysia


Melepas rindu pun jadi.

Tidak kisah buah durian dari pekebun bumiputera atau pun datang dari kepun (dibaca kebun) dari kebun haram (kadang-kadang halal) tanahnya. Durian memang adalah buah-buahan tempatan Malaysia yang agak popular.


Kawasan Pengumpulan Durian Popular Malaysia

Antara asal penanaman yang agak popular di Malaysia adalah yang datang dari Batu Kurau, perak, dari Raub (juga dipanggil Laub) dan juga Balik Pulau adalah antara tempat pemgumpulan buah durian.

Mungkin ada pembeli yang akan bertanya;

"durian ni dari mana ?"

"durian batu kurau bang"

Contohnya.

Namun, adakah kita bersedia dengan tsunami kehadiran buah durian yang bermusim setiap tahun. Jangan peduli buah durian import yang tiada bermusim. Kita bercerita tentang durian bermusim yang ada di Malaysia.

Bulan - Bulan Musim Durian Di Malaysia

Di bawah penulis senaraikan bulan dan waktu dalam setahun sebagai kalendar bilakah musim durian bermula di negeri-negeri di Malaysia.


1. Perlis - Julai, Ogos

2. Kedah - Jun, Julai, Ogos

3. Pulau Pinang - Mei, Jun, Julai, Ogos

4. Perak - Jun, Julai, Ogos

5. Selangor - Julai, Ogos

6. Negeri Sembilan - Februari, Jun, Julai

7. Melaka - Jun, Julai

8. Johor - Mei, Jun, Julai, ogos, September

9. Pahang - Januari, Februari, Jun, Julai, Ogos, September

10. Terengganu - Julai, Ogos, September, Oktober

11. Kelantan - Julai, Ogos, September, Oktober

12. Sarawak - Julai, Ogos, September

13. Sabah - Julai, Ogos, September

kalendar durian mardi
kalendar durian mardi | Sumber : Facebook Mardi



Negeri Paling Banyak dan Paling Sedikit Musim Durian

Perlis, Selangor dan Melaka memiliki musim durian yang agak singkat dalam setahun. Manakala Pahang merupakan negeri dalam Malaysia yang memiliki musim durian yang banyak dan panjang, enam bulan musimnya.

Apa yang pasti seluruh negeri di Malaysia memiliki musimm durian setiap tahun. Maka tiada sebab untuk Malaysia tidak boleh menikmati durian apabila musim tiba.

Hanya membezakan kita semua dalam meminati durian adalah jenis durian atas namanya, jenis tekstur dan rasa membezakan peminat durian. 

Harap memberikan sedikit info dan maklumat berguna kepada peminat durian untuk bersedia dan menyediakan diri serta dompet sebelum musim durian bermula dan berakhir.

Anda fikir anda tahu Kalendar Musim Durian Di Malaysia Setiap Tahun ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan