Kelebihan Simpan Wang Di Dalam Versa Cash-i Pulangan Tinggi Risiko Rendah

Jika ada yang tidak tahu bahawa setiap simpanan kita di dalam bank sebenarnya kita diberikan pulangan dalam bentuk dividen.

Simpan Wang Di Versa Cash i Pulangan Tinggi
Simpan Wang Di Versa Cash i Pulangan Tinggi


Dividen ini terhasil dari duit yang bank pinjam dari akaun kita untuk pelbagai transaksi seperti pinjaman, fi dan sebagainya, namun, dividen yang diberikan oleh nak hanya sekitar 0.2% sahaja. 


Dividen Kecil Bank Conventional

Secara mudahnya kiraan 0.2% sebagai contoh, anda ada RM1000 dalam bank anda hanya dapat RM2/setahun. Agak sedikit sebenarnya jika membuat simpanan di bank konvensional biasa.

Namun, mahukah ada mendapat pulangan sekitar RM34.3/setahun dengan simpanan RM1000 ? Pasti anda akan mahukannya bukan, berbanding 0.2% oleh bank konvensional biasa tersebut RM34.30 setahun (atau RM0.09 sehari) ini anda akan dapat apabila pulangan dalam dividen adalah sekitar 3.43%.

Pulangan Dividen Tinggi Versa Cash-i

Versa Cash-i mampu memberikan pulangan sekitar 3% dan ke atas (untuk Mei 2024 3.43%). Sebagaimana kiraan di atas apabila anda menyimpan RM1000 dalam Versa Cash-i anda akan dapat pulangan sebanyak RM0.09 sehari.

Pulangan ini pula adalah dalam kiraan berganda (compounding interest) iaitu dimana duit asal RM1000 akan dicampurkan dengan pulangan hari ini dan esoknya 3.34% tersebut akan diambil dari jumlah keseluruhan duit termasuk dividen yang diperolehi.

Selamatkah Versa Cash-i Ini ?

Versa Cash-i adalah selian AHAM Capital (formerly known as Affin Hwang Asset Management), AHAM Capital ini tersenarai di dalam Bursa Malaysia dalam kategori broker kewangan yang berdaftar dan selamat oleh Bursa Malaysia.

Adakah Versa Cash-i Patuh Shariah ?

Huruf 'i' pada polisi Versa Cash-i ini sendiri merupakan ganti maksud kepada Islamic. Duit yang anda depositkan di dalam akaun anda akan digunakan untuk pelaburan risiko rendah yang patuh shariah.

Deposit Amaun yang Rendah

Anda boleh sahaja bermula untuk membuat simpanan di dalam Versa Cash-i serendah RM10 sebagai deposit. Boleh sahaja deposit pada bila-bila masa.

Pengeluaran Pada Bila Bila Masa

Anda boleh membuat pengeluaran dari akaun Versa Cash-i anda pada bila-bila masa.Seumpama akaun bank simpanan biasa. Jika anda membuat pengeluaran sebelum jam 10.30 pagi anda akan dapat mengeluarkan wang anda dalam hari yang sama tanpa penalti atau caj tambahan.

Perlindungan Wang Anda

Walaupun tiada perlindungan dari PIDM, namun terdapat satu trustee yang menjaga perlindungan seperti insuran untuk simpanan di akaun Versa Cash-i anda iaitu Deutsche Trustees Malaysia Berhad.

Pengalaman Jadikan Versa Cash-i Akaun Kecemasan

Penulis gunakan Versa Cash-i sebagai tempat untuk akaun kecemasan (emergency account) untuk jangka waktu yang agak lama, setakat ini tiada sebarang masalah yang timbul. Dapat deposit dengan mudah dan keluarkan wang tanpa sebarang masalah.

Cara Bermula Menyimpan Di Versa Cash-i

1. Download the Versa app: https://download.versa.com.my/

2. Sign up with my code ZJTWUBES

3. Make your first Cash In of min. RM100

Download gunakan pautan diberikan, apabila diminta code gunakan code yang tersedia pada no 2, anda dan penulis akan diberikan RM10 secara percuma di dalam akaun (jika tidak mahu tidak mengapa, tiada masalah)

Anda juga boleh gunakan Versa Cash-i sebagai tempat simpan duit kecemasan anda, apalagi wang tersebut akan 'beranak' dengan dividen yang melebihi nilai inflasi di Malaysia.

Anda fikir anda tahu Kelebihan Menyimpan Wang Di Dalam Versa Cash-i ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan