Sebuah telefilem yang agak ringkas dari segi plotnya. Tipikal telefilem di zaman Grab/Uber dan ETS belum masih beroperasi dengan cemerlang lagi untuk balik kampung ke Perak.
Telefilem Komedi Raya Skering Jiwa Ente |
Sering bercakap besar walaupun tuannya kecil sahaja secara lahiriah dan rohaniah, Hamzah, seorang pemastautin dari Gopeng, Perak menerima sedikit pengajaran ketika balik kampung untuk beraya.
Sering memberikan tazkirah dan 'khutbah' kepada rakan serumahnya apabila ada sahaja yang kurang senang di matanya. Hamzah agak menjengkelkan di mata rakan serumahnya.
Balik Kampung Dengan Kereta Raya
Boleh dikategorikan sebagai 'mat propa', Hamzah yang juga meminati Ain, anak jiran sebelah itu dengan bangga akan pulang beraya ke Gopeng, Perak dengan sebuah Proton Saga baru yang ditempahnya.Namun....
Kereta baharunya tersebut hanya akan dapat dimiliki dua minggu selepas raya. Maka bermulalah plot 'kifarah komedi' dalam kisah Hamzah. Kifarah dari cakap besar dan beberapa khianat merosakkan kereta, menghilangkan langsir emak rakan serumahnya.
Tiket ke Gopeng Habis Terjual
Kalut si Hamzah mencari tiket untuk pulang ke Gopeng, di Puduraya. Semua tiket ke Gopeng habis terjual. Nasib Hamzah baik apabila bertemu dengan seekor eh seorang ulat di Puduraya yang menjual tiket palsu. Tiket palsu yang berharga RM100 tersebut berjaya dikesan pemandu bas dan menggagalkan misi Hamzah menaiki bas tersebut.
Hamzah bin Kudin, mula celaru sehinggakan bercerita dengan papan tanda. Tiba-tiba muncul seorang mamat seperti muka ahli kumpulan Cecupak menawarkan satu tiket ke Kuala Kangsar yang harganya agak menyamai harga tiket Airasia ke Medan Indonesia, RM200.
Tiket Bas ke Gopeng Dengan Harga Tiket Kapal Terbang
Anak Kudin bin Jusoh ini berjaya menaiki bas ke Kuala Kangsar dengan harga RM200 dengan niat akan turun di Gopeng. Namun, sebagai kifarah seterusnya, Hamzah bin Kudin gagal turun di Gopeng dan terlajak ke Kuala Kangsar kerana tertidur.
Kekerasan Terhadap Jiwa Ente Bermula Di Kuala Kangsar
Disinilah bermula perjalanan 'reverse' atau patah balik si Hamzah propa yang sering berpelat Arab dengan 'ana' dan 'ente' ini mencabar. Di curi dompetnya, tumpang van pekerja asing, dan ditangkap polis.
Kewujudan Susanti lebih memeritkan lagi keadaan si Hamzah.Semua kisah ini adalah sebuah penceritaan dari telefilem 'Sekeras Jiwa Ente' lakonan Bell Ngasri untuk telefilem komedi raya.
Ulasan Penulis
Walaupun telefilem raya ini tipikal kepada mana-mana telefilem raya dalam genre cabaran dan rintangan untuk balik kampung ketika beraya, ia masih ada keunikan dan identitinya sendiri.
Susunan rintangan dan halangan dalam telefilem ini berkait dengan yang lain selain menjadi pengajaran supaya jangan cakap besar, propa dan ridak rileks.
Walaupun diulang berkali-kali, ia masih 'segar' lawaknya walau dalam loghat Perak.
Walaupun dimulakan dengan adegan 'marabbuka' dan kisah penginsafan seorang mat propa, komedi dan unsur lawak dalamnya cukup menghiburkan.
Jika ada stesen televisyen yang menayangkannya semula, penulis sarankan bolehlah jadikan medium untuk bergelak ketawa bersama keluarga di hari raya yang mulia.
Informasi Penonton
Nama Telefilem/Filem : Sekering Jiwa Ente
Terbitan : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Tahun Diterbitkan: 2011
Pengarah : Adam Hamid
Penulis Skrip : -
Pelakon : Bell Ngasri, Syed Ali, Along Eyzendy, Ainina Ahmad B, Ramona Zamzam,
Layar Tontonan : Televisyen, Youtube (orang rekod)
Anda fikir anda tahu Tragedi Kifarah Perjalan Pulang Beraya Ke Kampung 'Mat Propa' Dalam Sekering Jiwa Ente ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri