Kenderaan makin banyak, jalan makin sempit. Wujudnya lorong kecemasan bukan hanya untuk apabila berlakunya kecemasan. Apalagi lorong kecemasan di lebuhraya di Malaysia adalah hak milik pengguna motosikal, bukan.
Senarai Lokasi Lorong Pengaktifan Smartlane Lebuhraya PLUS |
Selain dari laluan kenderaan kecemasan atau hentian kecemasan untuk kerosakan atau apa-apa kecemasan memerlukan anda berhenti di lorong kecemasan. Terdapat inisiatif yang diberikan untuk menggunakan lorong kecemasan sebagai laluan awam atau laluan biasa.
Tujuan Lorong Smartlane
Pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan mengeluarkan pengaktifan untuk menggunakan lorong kecemasan ini sebagai "SmartLane". Kebiasaanya akan diaktifkan smartlane oleh LLM apabila musim perayaan atau waktu puncak laluan tersebut untuk kelancaran.
Lokasi Pengaktifan Smartlane Di Lebuhraya PLUS
Apabila anda terlihat, melihat atau dilihat dengan papadan tanda kuning dengan anak panah serta tertera perkataan 'smartlane' disitu adalah kawasan mungkin pengaktifan laluan kecemasan sebagai smartlane boleh dilakukan.
Sumber : LLM Facebook |
Antara kawasan dan lokasi kebiasaan laluan kecemasan menjadi laluan pengaktifan 'Smartlane' adalah;
PLUS arah Utara
1. KM 306.7- KM 297.0 Utara
(Gua Tempurung ke Gopeng)
2. KM 367.3 - KM 354.1 Utara
(Slim River ke Sungkai)
3. KM 150.9 - KM 150.6 Utara
(Bukit Tambun ke Juru)
4. KM 291.4 - KM 296.5 Selatan
(Simpang Pulai ke Gopeng)
5. KM 304.7 - KM 303.1 Utara
(Tapah ke Gua Tempurung)
6. KM 354 - KM 356 Selatan
(Bidor ke Sungkai)
7. KM 107.2 - KM 113.5 Selatan
(Sg Petani S ke Tikam Batu)
PLUS Tengah
1. KM 439-KM 436 Utara
(Rawang ke Sg Buaya)
2. KM 280 - KM 276 Selatan
(Nilai ke Seremban)
3. KM 8.1 - KM 6.1 Utara
(OBR USJ ke Seafield)
4. KM 0.8 - KM 1.9 Utara
(Shah Alam ke Seafield)
PLUS arah Selatan
1. KM 260 - KM 263.1 Utara
(Port Dickson ke Seremban)
2. KM 194.5 - KM 184 Selatan
(Ayer Keroh ke Bemban)
3. KM 19 - KM 27 Utara
(Senai ke Kulai)
3. KM 27 - KM 19 Selatan
(Kulai ke Senai)
3. KM 4.5 - KM 1.9 Selatan
(Dato' Onn ke Pasir Gudang)
Waktu Pengaktifan Laluan Kecemasan Kepada 'SmartLane'
Di kawasan dan lokasi ini dibenarkan menggunakan laluan kecemasan wa;aupun tiada kecemasan untuk pengguna. Gunakan apabila pengaktifan oleh LLM sahaja. Kehadiran peronda dan staf unit LLM dilokasi atau rujuk sosial media LLM seperti Facebook dan Twitter ketika atau bila akan diaktifkan 'Smartlane'
Anda fikir anda tahu Senarai Lokasi Pengaktifan Smartlane Di Lebuhraya Utara-Selatan PLUS ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri