Dapatkan Kripto Percuma Secara Staking Kripto Seperti Ethereum Di Luno Malaysia

Sudah ramai dikalangan rakyat Malaysia yang sudah celik dan tahu akan teknologi kripto. Apalagi yang sudah berada dalam ekosistem kripto. Ini tidak termasuk pakcik dan makcik atau mereka yang memiliki wang dan dana tapi malas mahu mengkaji sehingga tertipu dan menyalahkan kripto.

Dapat Kripto Percuma Dengan Staking Di Luno Malaysia
Dapat Kripto Percuma Dengan Staking Di Luno Malaysia


Di Malaysia bagi pemula (beginner) yang mahu mulakan pelaburan kripto, Luno Malaysia adalah platform terbaik. Luno Malaysia bebas segala kekhuatiran dan risau jika di scam kerana Luno Malaysia disahkan oleh Securities Malaysia ia selamat.


Senarai Koin Kripto Dalam Luno Malaysia

Antara koin kripto yang boleh dibeli dan didagangkan (trade) di Luno Malaysia adalah Bitcoin, Ethereum, Cardano (ADA), Ripple (XRP), Solana dan beberapa kripto lain.

Jadikan aset, beli ketika murah jual ketika mahal. Ini cara paling ringkas dalam 'trade' kripto. Apabila sudah kelihatan 'terciduk' kerana terbeli ketika harga mahal dan sekarang harganya jatuh, simpan sahaja, jadikan kripto sebagai aset seperti emas, apabila harga naik kembali jual ketika anda ingin menjualnya.

Baca Juga : Luno Malaysia Exchanger Kripto Selamat Di Malaysia

Beli, Simpan dan Dapat Kripto Percuma Di Luno Malaysia

Kalau dahulu penulis jadikan Luno Malaysia sekadar tempat membeli kripto dan terus 'transfer' ke aplikasi 'exchanger' lain kerana simpan di Luno Malaysia tiada sebarang keuntungan bila harga jatuh.

Sekarang, Luno Malaysia sudah setanding dengan aplikasi tukaran (exchanger) lain seperti 

Binance atau ByBit. Luno Malaysia sudah memperkenalkan 'staking' di exchangernya.

Fahami apa itu 'staking'. Staking adalah cara anda mendapat pulangan mengikut peratus yang diawarkan. Simpan dan 'stake' kripto anda, anda akan mendapat kripto tersebut mengikut peratus yang ditawarkan.

Cara Mengira Dividen Staking Ethereum Di Luno

Contoh, 

Anda membeli RM1000 nilai Ethereum (ETH) di Luno Malaysia. Ketika artikel ini ditaip RM200 adalah bersamaan 0.0928ETH (nilai ETH semasa 1ETH = RM10770.

Jika anda stake di Luno Malaysia, peratus dividen yang ditawarkan adalah 3.9% APY.

Bermaksud, 0.0928ETH X 3.9% / 365 = 0.00000991ETH/hari

Dalam ringgit (MYR) anda mendapat, 0.00000991 X RM10770 = RM0.106/hari

Kira ada juga gunanya simpan sahaja sebelum jual, sehari dapat RM0.10 dari simpan sahaja tanpa mendapat apa-apa.

Di atas adalah cara kiraan dividen staking Ethereum di Luno Malaysia. Kini fahami apa itu staking.

*Nilai peratus staking mungkin berubah-rubah

Rewards Staking ETH Luno
Rewards Staking ETH Luno


Fahami Maksud dan Proses Staking Dalam Kripto

Staking adalah kita meminjamkan koin kripto tersebut kepada 'market maker' atau penjaga trading kripto tersebut untuk digunakan apabila ada pembeli atau pedagang (trader) yang ingin beli pada harga pasaran 'market'.

Staking Info Di Luno
Staking Info Di Luno


Belian secara 'market' ini memerlukan pembeli tersebut membayar fi (fee), dari fi inilah anda dapatkan dividen tadi, secara peratus dari berapa yang anda beri pinjam ketika staking.

Staking Kripto Ethereum Dengan Luno Malaysia

Buat masa ini, Luno Malaysia memulakan staking untuk koin ETH, sebagai permulaan. Mungkin dikemudian akan diperluaskan untuk koin lain dalam senarainya.

Boleh Stake ETH Luno
Boleh Stake ETH Luno


Penulis ingin ingatkan kembali, Luno Malaysia adalah satu platform jual beli selamat dibawah pantauan Securities Malaysia, badan pemantau salh laku jual beli sekuriti dan ekuiti di Malaysia.

Berminat beli kripto dan staking di Luno Malaysia boleh daftar melalui pautan di bawah;

Anda fikir anda tahu Dapatkan Kripto Percuma Secara Staking Kripto Seperti Ethereum Di Luno Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan