72 Hari 'Survivor' Nahas Pesawat Jadi Kanibal Demi Teruskan Society of The Snow

Sebenarnya, yang meninggal lebih selamat berbanding yang masih bernyawa. Itu ungkapan yang boleh penulis gambarkan kepada sebuah kisah keajaiban dan tragis ini. 

72 Hari Jadi Kanibal Society of The Snow
72 Hari Jadi Kanibal Society of The Snow

Seorang penumpang di dalam pesawat malang ini yang terselamat menjadi 'narrator' dalam kisah selepas sebuah nahas udara, namanya Numa akan berkongsi pengalaman selepas terselamat nahas.


Penceritaan Kisah  'Roh' Numa Turcatti

Numa Turcatti salah seorang yang terselamat dalam kejadian tersebut bersama 33 orang yang lain. Mereka bergembira, bersorak dan menyanyi selepas berjaya dari fiuslaj pesawat yang masih utuh.

Disekeliling mereka tiada yang kelihatan melainkan dikelilingi gunung ganang dan hamparan salji yang memutih.Apalagi dengan deruan enjin pesawat yang sedang membuat rondaan pencarian pesawat 571 ini.

Sebelum itu biarkan penulis ceritakan sedikit mengenali punca pesawat ini dengan 'call sign' 571 dari Uruguay menuju ke Chile terhempas. 

Penyebab Nahas Pesawat 571 Banjaran Andes 1972

Kegembiraan sekumpulan pasukan ragbi dari Uruguay untuk dari pasukan Old Christians Club sebuah kelab ragbi amatur yang akan melakukan perjalanan dari Montevideo ke Chile dalam satu perlawanan 'Exhibition' jelas terpampang ketika di lapangan terbang.

Kesemua pemain, keluarga dan penyokong pasukan hoki dari Uruguay ini akan menaiki sebuah 'chartered flight' dari Fuerza Aérea Uruguaya menggunakan pesawat jenis Fairchild FH-227D menuju ke Chile. Pada awalnya pesawat ini sudah dipaksa untuk mendarat di Mendova Argentina kerana cuaca yang amat buruk.

Selepas dibenarkan terbang kembali dari Mendoza, kesemua penumpang bersama lima kru penerbangan meneruskan perjalanan menuju ke Chile. Dari Mendoza untuk ke Chile, mereka perlu merentasi banjaran Andes yang cukup ekstrim, tidak kira di udara ataupun darat.

Setiap penerbangan ada 'fligh plan' dalam navigasi. Gunung ganang yang memisahkan Chile dengan Argentina menjadi kesukaran untuk merentasinya, tambahan pula pesawat di zaman 1972 yang begitu tidak secanggih sekarang.

Dalam perancangan penerbangan ini, pesawat akan terbang seiring dengan banjaran Andes sebelum menyeberangi banjaran Andes pada satu kawasan yang rendah untuk direntasi. Dalam penerbangan ini pembantu juruterbang  Lieutenant-Colonel Dante Héctor Lagurara yang kurang pengalaman untuk navigasi ini sedang aktif menerbangkan pesawat.

Kekurangan pengalamannya, ditambah dengan faktor kebolehnampakan 'visibility' kerana cuaca yang agak ekstrim serta gangguan 'turbulence' menyebabkan pembantu juruterbang yang kurang pengalaman ini gagal mencari lokasi tepat untuknya menyeberangi banjaran Andes, sebenarnya dia sudah silap lokasi untuk menyeberangi banjaran Andes seterusnya telah menghempaskan badan pesawat ke arah puncak gunung.

Mangsa Nahas Terselamat

Disinilah kisahnya bermula,

Badan pesawat ini tidak hancur kerana bahagian bawah badan pesawat (fiuslaj) sahaja yang terkena, ini mengakibatkan pesawat terbelah dua. Bahagian ekornya, tertinggal di bahagian belakang, fiuslaj depan terus melunjur ke curam yang dalam. Seumpama satu silinder besar melunjur di lereng gunung bersalji.

Dari 45 orang kesemuanya dalam pesawat, 12 darinya meninggal kesan dari impak terhempas. 

Bakinya, 33 orang masih hidup. Ini adalah satu keajaiban untuk sebuah pesawat yang baharu sahaja merempuh puncak gunung dengan baki yang masih bernyawa agak ramai.

Malam pertama kejadian telah mengorbangkan lima mangsa, seminggu seterusnya tinggal 27 yang terselamat. 

Genap hari kesepuluh mereka terkandas.

Selepas 10 Hari Misi Pencarian Dihentikan

Deruan enjin pesawat pencarian mangsa nahas hanyalah satu harapan. Sekuat mana pekikan dan laungan dari 'survivors' gagal memberikan hasil. Apalagi apabila seorang 'survivor' berjaya menghidupkan sebuah radio. Berita mengenai nahas 571 untuk mula didengari, namun, setelah 10 hari kejadian misi menyelamat telah dihentikan.

Numa, Roberto, Pancho, Nando serta yang lain perlu hidup dengan suasana ektrim sejuk.Peraturan tiga dalam ikhtiar hidup mula menjadi peraturan. 'Survival Rule' yang dimaksudkan adalah 3 minit tanpa oksigen, 3 hari tanpa air, dan 3 minggu tanpa makanan sebelum mati.

Makan Daging Manusia Demi Hidup

Oksigen dan air bukan masalah besar bagi yang terselamat. 3 minggu tanpa makanan beerti mati itu masalahnya. Tiada kelibat penguin, beruang kutub apalagi yeti untuk mereka buru dan makan. Maka timbul satu idea dalam suasana ektrim terdesak apalagi dengan kelaparan sehingga air kencing mereka mula berdarah, keluar cecair hitam.

Kanibalism. 

Mula menjadi ideologi untuk terus hidup. Numa, si pencerita kisah ini, dan beberapa yang lain tidak berhasrat untuk melakukannya. Oleh kerana beberapa ekspedisi mencari bateri di bahagian ekor pesawat gagal dan tidak tahu lokasi mereka. Kanibalisme untuk terus hidup.

10 Hari Perjalanan 'Hiking' Menuju Chile

10 hari perjalanan untuk ke Chile bermula dengan tiga orang iaitu Nando, Roberto dan Tintin. Demi kelangsungan hidup, Tintin kembali ke kawasan nahas kembali untuk jimatkan 'stok daging manusia' untuk Roberto dan Nando meneruskan perjalanan ke Chile.

Di satu lembah dengan air sungai yang laju, sedang Nando menghirup airnya, tiba-tiba muncul kelibat seekor sesumpah. Nando cuba untuk memberitahu hal tersebut kepada Roberto, namun, Roberto lebih tertumpu kepada sesuatu sosok.

Secara fizikal, tiga orang mencuba untuk ke Chile, namun 'roh' Numa bersama mereka walaupun dalam fizikalnya, Numa membantu menjadi sumber protein.

72 Hari Diselamatkan Selepas Nahas Pesawat

Disinilah penantian selama 72 hari yang terselamat nahas 571 berakhir selepas beberapa ribut salji, runtuhan salji (avalanche), menjadi kanibal dan beberapa drama.

Bagi yang ingin menyaksikan sendiri penceritaan penuh kisah yang sekali dibukukan dan dua kali di layar kaca boleh saksikan kisah ini di Netflix

Society of The Snow Netflix


"Society of The Snow 2023"

Anda fikir anda tahu 72 Hari Selepas Terselamat Nahas Pesawat Dalam Society of The Snow ?

Anda fikir sekali lagi...

Assalamualaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan