Syarat dan Kelayakan Content Creator Dibayar Oleh Twitter Dengan Hanya Posting Tweet

Twitter adalah salah satu platform media sosial yang ramai yang ketahui.

Syarat dan kelayakan Twitter Membayar Content Creator
Syarat dan kelayakan Twitter Membayar Content Creator


Twitter lebih kepada capaian 'microblogging' dalam media sosial. Satu tempat untuk meluahkan sesuatu seperti blog namun secara minimalis.


Di Twitter terdapat peminatnya tersendiri, bagi yang lebih meminati sosial media lain pasti akan kurang tahu akan kelebihan dan keistimewaan yang ada pada Twitter.

Dahulu Twitter tersenarai dalam senarai stok saham di Amerika Syarikat. Semua itu sebelum hadirnya CEO Twitter sekarang iaitu Elon Musk yang memiliki perusahaan Tesla dan SpaceX.

Peminat memecoin dogecoin ini juga telah menjadikan Twitter sebagai satu entiti persendirian tiada lagi untuk belian di stok saham Amerika.

Twitter akan Bayar Duit Kepada Content Creator

Apakah kelebihan jika kita sentiasa mencari engagement dan selalu lepak di twitter dengan membuatan ciapan dan membuat 'retweet' dari ciapan orang lain ?

Bagi yang belum tahu, pasti akan berkata sekadar mendapatkan informasi dan sebagai satu cara berhubung dalam dunia twitter.

Kini, ciapan dan twithandle di Twitter bukan sekadar untuk suka suka membuat ciapan dan mendapatkan maklumat sahaja.

Bahkan, pengguna Twitter juga boleh menjana pendapatan melaluinya.

Syarat dan Cara Anda Akan Dibayar Oleh Twitter

Anda akan dibayar dengan hanya memiliki akaun Twitter, dan beberapa syarat yang diperlukan.

Beberapa syarat untuk mendapatkan pendapatan dari Twitter adalah;

1. Langgan sebagai Twitter Blue. Untuk mendapatkan tanda biru di tepi nama profil anda, anda perlu membuat bayaran secara bulanan.

atau anda memiliki akaun Twitter dengan tanda kuning di sebelah nama akaun sebagai Verified Organisation.

2. Memiliki akaun Stripe. Stripe ni adalah platform seperti paypal atau lain lain aplikasi bayaran terima dan bayaran keluar.

3. Akaun Twitter anda perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 5 juta impression (lebih mudah faham, 5 juta capaian orang yang melihat apa yang anda tweet) dalam tempoh tiga bulan terakhir.

4. Pastikan anda seorang manusia dan wujud. Alamat email yang diperakui (verified), menggunakan two-factor authentication, miliki gambar yang sah, sedikit kata-kata di ruangan bio dan header lengkap.

5. Sekurang-kurangnya 10,000 pengikut

6. Dalam sebulan yang terakhir, anda telah membuat ciapan (tweet) sebanyak 25 kali.

7. Cukup sahaja kriteria di atas, boleh mohon dan lulus kelayakan setelah disaring oleh pihak Twitter.

Mudah ke susah untuk dapatkan bayaran dari Twitter ?

Itu bergantung kepada kehebatan anda sebagai pempengaruh di Twitter, jika sudah berpengaruh lebih mudah untuk berjaya jana pendapatan di Twitter.

Sumber Bayaran Twitter Kepada Creator

Sumber dari pendapatan ini adalah dari hasil (revenue) iklan yang Twitter dapat. Maka mungkin sebagai insentif mereka mengagihkan sedikit 'dividen' kepada mereka yang betul-betul komited dengan media sosial Twitter ini.

Selagi anda aktif, sentiasa mendapatkan dan membuat kontroversi dengan engagement dan menjadi tahap artis di Twitter. Pendapatan anda akan pasti lebih diperolehi melalui impression.

Anda fikir anda tahu Syarat dan Kelayakan Untuk Di Bayar Oleh Twitter Dengan Hanya Posting Tweet ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan