Nasi Ayam Penyet Special Di Suliana Cafe Kampung Jalan Kebun Klang Selangor

Nasi ayam adalah satu menu hidangan makanan yang cukup sinonim apabila kita gagal untuk melebihkan pemikiran dalam memilih makanan.

Nasi Ayam Penyet Suliana Cafe Jalan Kebun
Nasi Ayam Penyet Suliana Cafe Jalan Kebun

Cukup mudah, dengan adanya ayam yang diperap sehingga perang kehitaman ayamnya, nasi yang bewarna kuning, dengan sup, sambal lada, sambal kicap dan daun salad.


Nasi Ayam Standard Ramai Ramai

Datang dalam satu set kesemua bahan-bahan di atas untuk dipanggil dan dikategorikan sebagai nasi ayam standard.

Kali ini penulis berjaya mencuba satu lagi nasi ayam yang terletak di Jalan Kebun, Klang.

Makanan Tema Masakan Vietnam

Sebuah restoran makanan siang yang lebih bertemakan ala Vietnam iaitu Suliana Kafe Jalan Kebun.

Memulakan percubaan selera di restoran ini, penulis memesan satu set nasi ayam spesial. 

Apa yang ada pada perkataan 'special' ni ?

Melalui khabar angin, lauk ayamnya ekstra banyak berbanding set nasi ayam biasa di restoran ini.

Nasi Ayam Penyet Special

Portion 

Dari segi 'portion', nasinya masih dalam julat kebiasaan iaitu semangkuk standard yang berjaya di telangkup ke dalam pinggan.

Nasi Ayam Penyet Special
Nasi Ayam Penyet Special


Ini bahagian special yang diletakkan pada nama set menu ini, iaitu portion ayam. Tidaklah berapa besar bagi penulis ia adalah dalam kategori medium. Ayam bahagian paha yang telah di potong kepada empat bahagian dari seekor ayam.

Lain lain portion sampingan seperti salad, timun, sup, sambal lada dan sambal kicap dalam kapasiti biasa di kedai makan nasi ayam lain. Sambal lada dan kicap boleh ditambah kerana terdapat balang kecil ekstra untuk mereka yang inginkan sambal lebih.

Rasa Set Nasi Ayam Penyet Special

Nasi

Tidak begitu berbeza dengan adunan hasil tanakan nasi ayam di kedai nasi ayam lain. Agak lembut nasinya. Rempah dalam nasinya tidak begitu kuat, sepertimana pewarna dan aromanya yang agak sedan sedan tidak begitu menonjol.

Nasi Nasi Ayam
Nasi Nasi Ayam


Namun, terdapat hirisan halia yang berjaya penulis temui yang mungkin menyebabkan rasa sangsi adakah ia lauk atau halia.

Ayam Goreng Ranggup

Seperti mana subtopik diatas, nasi ayam ini menggunakan ayam goreng yang ranggup berbanding dengan ayam perapan yang direbus dan sedikit rasa madu dalam perapan yang biasa ditemui di mana mana kedai nasi ayam. Sebab itulah namanya 'ayam penyet'.

Ayam Goreng Penyet Ranggup
Ayam Goreng Penyet Ranggup


Jika anda pernah makan nasi ayam penyet, hmm lebih hampir jika anda pernah menikmati nasi ayam geprek yang ayamnya digoreng ranggup sehingga kulitnya seumpama keropok, itulah gambarannya.

Walaupun digoreng ranggup, masih terdapat jus dan tidak begitu kering isi ayamnnya. Agak boleh tahan sebenarnya apabila dimakan dengan nasi beraroma dan bewarna hasil kunyit dengan ayam yang agak ranggup. Satu kelainan.

Sambal Lada

Kalau mahu dibandingkan dengan sambal lada yang penulis pernah nikmati sebelumnya, inipun agak lain.

Perasa Ekstra
Perasa Ekstra


Sejujurnya sambal lada ini bukan lebih kepada lada sejati, namun ala-ala sos keropok lekor lagipun teksturnya agak pekat.

Dari segi rasa, jika anda pernah makan sos pencicah keropok lekor dari pantai timur, ada irasnya. Manis dan pekat pada masa yang sama, beberapa saat kemudian akan hadir rasa pedas. Agak unik jika dibandingkan dengan sebelumnya.

Sambal Kicap

Tiada sebarang kriteria unik ditemui, cuma apabila bersatu dengan sambal lada di atas. Rasanya berbeza.

Sup Nasi Ayam

Untuk sup pula tidak banyak yang boleh dijelaskan melainkan ia agak wangi. Sewangi bedak sejuk. Penulis tidak mengatakan ia bancuhan bedak sejuk tetapi aroma baunya seakan bau bedak zaman dulu-dulu yang ada gambar ah soo bedak putih warna warni tu.

Suasana Restoran

Mungkin penulis boleh ceritakan sedikit tentang suasana di restoran Suliana Kafe ini.

Suasana Restoran
Suasana Restoran


Agak mendamaikan kerana berada di tengah kampung. Dengan suasana redup hujan renyai ketika penulis sampai.

Deruan air terjun mini hasil dari satu kolam dipenjuru kiri kedai yang dilitupi dengan pohon rambutan.

Gantungan lampun ala kafe menghiasi ruang siling dengan lantainya dilengkapi dengan meja dan kerusi yang warnanya seredup suasan hujan renyai di kampung.

Dari impresi pertama, cukup menenangkan jiwa sebelum menenangkan perut sehingga kenyang.

Informasi Pengunjung

Lokasi Restoran

Terletak di tengah perkampungan Jalan Kebun Klang. Tidak begitu sukar untuk sampai ke restoran memandangkan ia berada di tepi jalan. Carian melalui Waze atau Google Maps pasti berhasil.

Suliana Kafe

Jln Haji Taib, 

Kampung Jln Kebun, 

40460 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi Restoran

Dibuka setiap hari kecuali isnin minggu ke-2 dan ke-4 dari jam 11 pagi sehingga 11 malam.

Harga Makanan

Nasi Ayam Penyet Special : RM8.80/set

Cara Bayaran

Tunai

Debit kad (pin atau paywave)

Bank transfer


Catat Ulasan

0 Ulasan