Apa yang Ada di Medan Selera Last Corner Food Court di Telok Panglima Garang Banting

Perkembangan kedai makan di sekitar Jenjarom dan Kg Kebun Bharu Batu 9 Telok Panglima Garang bercambah seiring tumbuhnya taman perumahan di kawasan sekitar.

Last Corner Food Court Telok Panglima Garang
Last Corner Food Court Telok Panglima Garang

Maka ia cukup positif untuk masyarakat setempat mendapatkan pilihan makanan apabila makan di luar.


Salah satu antara tempat makan yang dikenali di sekitar Jenjarom dan Telok Panglima Garang adalah sebuah bangunan dengan tema 'food court' yang mana menempatkan pelbagai jenis kedai makan di dalamnya.

Medan selera ini dikenali sebagai Last Corner.

Deretan Kedai Dalam Last Corner
Deretan Kedai Dalam Last Corner

Bertepatan dengan kedudukannya yang berada dipenjuru jalan maka Last Corner menjadi pilihan nama.

Jenis Gerai dan Kedai Makan yang Ada Di Last Corner

Di dalam medan selera (food court) Last Corner ini terdapat pelbagai kedai makan di dalamnya. Seperti;

Gerai Minuman dan Shell Out Last Corner
Gerai Minuman dan Shell Out Last Corner

Nasi Mandy

Burger

Nasi Kukus

Western Food

Aneka sup

Shell out 

Pasta dan Grill Last Corner
Pasta dan Grill Last Corner


dan pelbagai jenis makanan sampingan lain. Ini memudahkan pelanggan membuat pilihan apabila mula memasuki medan selera Last Corner ini.

Suasana dan Dekorasi Redup dan Pengcahayaan Romantik

Dengan dekorasi yang redup dan bertemakan cahaya kuning suam dengan asas palang dan tiang besi dengan cat bewarna gelap dan hitam sesuatu yang menarik perhatian meskipun belum memasuki premis medan selera ini.

Susun atur yang fleksibel memandangkan bahagian aras bawah adalah deretan kedai makan dan ditengahnya ditempatkan beberapa ruang makan menempati ruang.

Ruang Makan Bahagian Dek Atas

Permandangan Dari Dek Atas
Permandangan Dari Dek Atas

Lebih menarik jika makan di bahagian tingkat atas premis ini. Semakin tinggi semakin asyik menjamu selera. Sekali pandang cukup untuk duduk lama.

Televisyen Disediakan Untuk Pelanggan

Selain pelanggan boleh menikmati bunyian ketukan pinggan, sudu dan periuk beserta kuali, pelanggan juga boleh menjamu mata dan telinga dengan hiburan dari televisyen yang diletakkan di tengah tengah medan selera.

Televisyen untuk Pelanggan
Televisyen untuk Pelanggan

Cukup sesuai ketinggiannya, pelanggan yang makan di aras bawah dan atas memiliki keselesaan untuk melihat apakah program televisyen yang dipasangkan.

Taman Permainan Kanak Kanak (Versi Minimalist)

Satu kawasan permainan kanak kanak yang agak ringkas disediakan, sekadar untuk memberi peluang kepada si kecil (bukan bayi) untuk tidak merasa bosan ketika penjaga sedang menikmati hidangan yang dipesan.

Taman Mainan Minimalist
Taman Mainan Minimalist

Cara Pesanan Layan Diri

Di Last Corner mereka memperkenalkan cara pesanan makanan;

Order

Pelanggan perlu membuat pesanan di kaunter pesanan di bahagian bawah. Meskipun terdapat QR kod pada meja makan, namun penulis merasakan Last Corner belum bersedia untuk ini, agak leceh pengendalian mereka.

QR Code Untuk Pesanan
QR Code Untuk Pesanan
Baik pesan secara manual.

Buat Bayaran

Selepas pesan hidangan pelanggan perlu membuat bayaran dahulu. Selain tunai, terdapat beberapa kemudahan bayaran transaksi bukan tunai seperti Touch n Go E-wallet dan DuitNow boleh digunakan.

Tunggu Makanan Siap

Selepas pesan dan bayar, tunggu hidangan akan dihantar.

Dari segi makanan ada beberapa hidangan yang selalu penulis buat pesanan beberapa kali. Ada yang sedap dan ada yang sekali cuba sudah tidak makan lagi.

Makanan dan Menu Agak Laris Di Last Corner

Dari pengalaman merasa makanan disini, dan boleh dikatakan menjadi tumpuan adalah kedai nasi arab mandy, nasi mandy ayam dan nasi mandy kambing boleh dicuba.

Satu lagi yang menarik perhatian deria rasa penulis adalah ikan siakap tiga rasanya, cukup untuk membuatkan penulis untuk datang kembali.

Menu Siakap Tiga Rasa Last Corner
Menu Siakap Tiga Rasa Last Corner

Ulasan Penulis

Kelebihan

Pastinya kelebihan yang penulis dapat lihat dengan wujudnya medan selera Last Corner Telok Panglima Garang ini adalah pilihan makanan yang pelbagai, memudahkan untuk pelanggan mencuba hidangan.

Tempat Makan Dek Atas
Tempat Makan Dek Atas

Suasana cukup menarik, pelaburan yang agak bagus oleh pemilik untuk menarik pelanggan baharu mencuba di premis ini.

Dari segi parkirnya (untuk bukan waktu puncak) juga boleh tahan, tidak terlalu terhad dan masih mencukupi.

Kekurangan

Dari pengalaman penulis, sistem QR kod pada meja dengan urusan antara penjaga kaunter dengan kedai kedai yang ada masih belum bersedia.

Perlu diperbaiki jika ingin teruskan sistem QR kod.

Penulis berjaya mengalami kelambatan makanan tiba selama sejam kerana urusan cetakan antaran penjaga kaunter dan kedai makan bermasalah. Pastikan juga bila imbas QR kod terus boleh buat bayaran.

Parkir akan mula bermasalah apabila waktu puncak, mungkin pemilik boleh buat pelaburan sedikit menyediakan tempat parkir sesuai.

Dari segi bilangan pekerja juga tidak begitu efisien, jika ingin lebih bermutu patutnya tambah bilangan pekerja dan dapatkan pekerja yang sudah berpengalaman.

Secara keseluruhannya, kehadiran medan selera Last Corner di Telok Panglima Garang Banting cukup memberikan ruang dan peluang kepada pelanggan untuk membuat pilihan.

Informasi Pelanggan

Bagi yang ingin mencuba boleh rujuk info di bawah;

Lokasi Kedai Makan

Last Corner

Lot 3925, 

Jalan Sukepi BT 10 Kebun Baru 

42500 Telok Panglima Garang, 

42500 Jenjarom, Selangor


Waktu Operasi

Dibuka setiap hari pada jam 12:30 p.m sehingga 10.30 p.mDitutup setiap sabtu 

Anda fikir anda tahu Apa yang Ada di Medan Selera Last Corner Pelbagai Makanan di Telok Panglima Garang Banting ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan