Apa yang Ada Di Medan Selera Chillex Park Jalan Kebun Shah Alam

Jalan Kebun, Shah Alam merupakan kawasan pinggir bandar yang bersambungan dengan tiga daerah di Selangor.

Chillex Park Food Court Jalan Kebun Shah Alam
Chillex Park Food Court Jalan Kebun Shah Alam

Dahulunya ia adalah kawasan pekebun kecil dan tanahnya masih dalam kategori pertanian.

Penduduk Semakin Bertambah

Saban tahun ia mula maju dengan pembangunan sekeliling. Kewujudan taman perumahan dan rumah kedai menjadikan permintaan terhadap kedai makan di Jalan Kebun mula tinggi.

Jika anda melalui Jalan Batu 7, Jalan Kebun ia umpama satu jalan dengan deretan kedai makan sahaja. Pelbagai jenis makanan dari pagi sehinggalah lewat malam pasti rambang mata untuk melihat 'signboard' kedai makan yang ada.

Permintaan Kedai Makan Bertambah

Dengan tanah kebun yang cukup luas, agak rugi jika hanya sebuah kedai makan dengan sejenis menu sahaja makanan yang didagangkan.

Tema medan selera atau dalam bahasa inggerisnya 'food court' cukup sesuai di kawasan berpenduduk yang ramai.

Memudahkan pelanggan membuat pilihan hanya berada di satu medan selera sahaja.

Jenis Menu Makanan 

Makanan dan Minuman seperti;

Sup Tulang
Sup Tulang


Aneka sup

Nasi ayam kunyi

Asam pedas

Masakan pantai timur

Masakan panas

Pelbagai jenis kudapan (pisang goreng)

Air buah

Air balang

Ditempatkan di dalam satu kawasan medan selera memudahkan para pelanggan membuat pilihan untuk mencuba.

Deretan Kedai Makan Pelbagai

Pastinya dengan deretan kedai makan yang banyak pastinya tempat duduk dan makan juga perlulah banyak. Dengan kapasiti tempat duduk yang banyak menjimatkan masa untuk memesan dan mendapatkan makanan.

Aneka Kedai Makan
Aneka Kedai Makan

Dengan aneka bentuk dan dekorasi tempat duduk pastinya lebih menggembirakan pelanggan. Ada dengan bangku biasa, kerusi panjang dengan kusyen lembut serta kerusi single seperti biasa.

Kedai dan Tempat Duduk
Kedai dan Tempat Duduk


Suasana Dengan Dekorasi Indah

Dari segi suasana dekosrasinya cukup indah dengan pohonan pisang hiasan di hadapan medan selera. Sekeliling medan selera yang turut ditanam pelbagai pokok renek. Menaikkan lagi 'nafsu' pelanggan yang ingin ke medan selera ini.

Bahagian Hadapan


Apalagi ia dibuka untuk malam hari. Hiasan lampu menerangi segenap sudut yang ada. Namun, berbekalkan lampu dengan talaan warna yang romantik.

Suasana Makan Chill
Suasana Makan Chill

Ruang Makan Tidak Berbumbung

Bagi mereka yang suka menikmati makan malam bertemankan bulan dan bintang dengan mendongak sahaja ke langit.

Ruang Makan Tanpa Bumbung
Ruang Makan Tanpa Bumbung


Dibahagian belakang food court memang disediakan kawasan tidak berbumbung yang lebih bebas dengan angin sepoi sepoi.

Namun, apabila hari hujan mungkin mendapat kuah yang lebih dalam makanan.

Dek Makan Tingkat Kedua

Mahu lebih berselera dengan makanan dan suasana pastinya pelanggan akan memilih untuk menikmati hidangan pada tingkat kedua yang lebih tinggi dengan hiasan lampu berjuntai menerangi makanan mana tahu terdapat serangga atau unsur asing mula meminati hidangan anda.

Dek TIngkat Atas
Dek TIngkat Atas

Segala kriteria dan spesifikasi yang telah penulis jelaskan melalui observasi pertama ini adalah sebuah medan selera yang dinamanakan Chillex Park Jalan Kebun Shah Alam.

Hiasan Lampu
Hiasan Lampu

Dua bahagian yang dibina secara dua tingkat, di bahagian kiri dan kanan.

Suasana Belakang Food Court
Suasana Belakang Food Court


Baharu sahaja dibuka semula, kerana sebelum ini pernah dibuka namun, diberi nafas baharu, mungkin.

Ulasan Penulis

Kebaikan

Pilihan menu makanan yang banyak untuk dipilih. Dari snek sehingga makanan berat. 

Dari segi kesesakan masih dalam keadaan baik, mungkin kerana baharu sahaja di buka. Tempat duduk memang banyak hujung ke hujung masih boleh cuba duduk.

Tempat Duduk Luas
Tempat Duduk Luas 

Suasana memang menarik dengan hiasan lampu serta warna tema fasiliti.

Pintu masuknya dari pelbagai arah. Tidak kira depan atau belakang malahan tepi juga boleh masuk tidak begitu dikongkongi satu pintu masuk sahaja.

Kelemahan

Parkirnya cukup luas namun agak sempit untuk melakukan aksi pusing stereng jika betul betul parkir di hadapan.

Informasi Pengunjung

Lokasi

Terletak di Jalan Kampung Batu 7 (jalan tengah Jalan Kebun). Petaknya berada diantara Jalan Haji Abdul Aziz dengan Jalan Ikhsan.

Chillex Park Food Court,

Jalan Kampung Batu 7, 

Kampung Jalan Kebun, 

40460 Shah Alam, Selangor 


Waktu Operasi

Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Waktu operasi bermula jam 4 petang sehingga 12 tengah malam.

Cara Pembayaran

Tunai

DuitNow

Sistem Layanan

Layan diri, pelanggan perlu membuat pesanan di gerai dan membuat bayaran langsung

Anda fikir anda tahu Apa yang Ada Di Medan Selera Chillex Park Jalan Kebun Shah Alam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan