Anggap sahaja ekonomi juga sebagai pelari marathon ala-ala Forrest Gump yang berlari serata kaki melangkah.
Pekerjaan Survive Ketika Kegawatan Ekonomi Dunia |
Akan ada satu masa ia akan berehat dan melepaskan lelah sebelum bergerak kembali.
Begitulah ekonomi, ia tidak akan terus melonjak terus ke planet Marikh, akan sahaja sampai ke Marikh tetapi akan berhenti dan turun seketika untuk mendapatkan rehat dan isi bahan api.
Dalam perdagangan dan yang tahu akan ekonomi menganggap ini sebagai 'retracement'. Ketika retracement ini akan berlaku sedikit pengucupan ekonomi dengan peningkatan harga barang kerana nilai matawang sudah murah.
Cara Negara Kurangkan Inflasi Negara
Maka untuk mengurangkan inflasi pihak bertanggungjawab akan mula menaikkan interest atau sebagainya untuk kurangkan aliran wang dalam market dan menaikkan nilai matawang.
Sebagai contoh di Malaysia, Bank Negara Malaysia menaikkan OPR, iaitu 'bunga' dalam pinjaman untuk mengurangkan inflasi.
Kesan dari ini, berlaku kelembapan dalam ekonomi dan berlakunya 'recession' atau kegawatan ekonomi.
Antara kesan dari kegawatan ekonomi ini adalah pengurangkan kos oleh sektor tertentu, pengurangan kos ini termasuklah pembuangan kerja.
Namun, terdapat beberapa sektor dalam pekerjaan yang kesannya tidak begitu besar sehingga bankrap dan hilang terus daari mata dunia.
Terkesan juga namun bukan 100%
Sektor Pekerjaan Kurang Terkesan Dengan Recession
Apakah sektor pekerjaan tersebut, boleh rujuk dibawah;
1. Kesihatan dan Badan Penjagaan Kesihatan (Industri Kesihatan)
Biasanya dalam perkhidmatan ini mereka adalah doktor, jururawat, doktor gigi, pakar kesihatan mental, pekerja am hospital atau radiografer pastinya penting untuk masyarakat.
Kemalangan atau tidak sihat akan berlaku juga tidak kira kegawatan ekonomi apalagi darurat perang dan pandemik.
Jagaan apabila berlakunya sakit apalagi bayi mesti akan tetap lahir jika sudah takdirnya.
Itu untuk jagaan fizikal, di zaman kegawatan pastinya mereka yang bekerja sebagai pakar psikiatri lebih diperlukan memandangkan mental masyarakat sudah koyak dan rabak dalam situasi kegawatan ekonomi.
2. Pekerja Keselamatan Awam
Apakah pekerjaan dalam kategori ini ? Bomba, pertahanan awam, polis, tentera, badan beruniform yang bertindak sebagai bantuan kepada masyarakat.
Tidak dinafikan Bomba contohnya, di Malaysia Bomba bukan sahaja melalukan tugasan memadamkan kebakaran namun lebih kepada badan penyelamat.
Kebanyakan pekerjaan dalam sektor ini adalah dari unit beruniform. Bayangkan jika mereka semua ini tidak bertugas, pasti keselamatan lebih terancam.
Kerja dan skop kerja seperti mereka pastinya tidak akan terjejas ketika krisis ekonomi.
Mana tahu FRU diperlukan apabila mental individu sudah koyak kerana hutang.
3. Pakar IT (Industri Teknologi Maklumat)
Kerja dalam skop ini tidak kira sebagai pemprogram (programmer) atau bahagian selenggara (maintenance) pastinya penting dan amat diperlukan ketika zaman kegawatan ekonomi berskala besar.
Kebanyakan pekerja dalam syarikat sudah dibuang maka alatan elktronik IT masih diperlukan syarikat untuk meneruskan perjuangan ketika 'recession'.
Pastinya pakar dalam bidang IT sukar untuk tidak memiliki peluang pekerjaan meskipun dalam krisis ekonomi dunia yang amat memerlukan dunia digital.
Apalagi dari aspek telekomunikasi.
Mereka yang bekerja untuk menguruskan sisa pepejal, sisa kumbahan atau cucian masih diperlukan dalam krisis ekonomi.
Apa lagi skop pekerja utiliti yang menguruskan sistem paip (tukang paip) atau mereka yang pandai dalam pendawaian (wiring)
Sektor utiliti sebegini tidak akan terhenti kerana kepakaran mereka masih ditagih ketika kegawatan ekonomi.
5. Penjaga Akaun (Accountant)
Dalam kegawatan ekonomi para pekerja yang mahir dengan perbelanjaan pasti akan kekal dengan jawatannya.
Segala modal, urusan pengeluaran dana dan rekod keuntungan akauntan amat mahir dalam situasi ini.
Apa lagi ketika syarikat atau perusahaan yang sedaya boleh mahu mengurangkan kos dan kekal 'survive' ketika krisi ekonomi dunia.
6. Kaunselor/Penasihat Kredit dan Hutang
Dalam krisis ekonomi dunia, apabila individu sudah tidak lagi memiliki sumber kewangan untuk membayar komitmen maka ia menjadi hutang dan tanggungan.
Ketika inilah pihak yang pakar dalam pengurusan hutang dan kredit memainkan peranan.
Mereka akan memberikan nasihat dan prosedur atau panduan kepada penghutang yang sukar melunaskan hutang dan cara untuk mengurus hutang dan kredit yang ada.
7. Pekerja Penghantaran Makanan/Barangan/Servis
Pekerjaan ini sudah semakin popular di Malaysia. Jika dulu 'mat despatch' atau 'runner' sahaja yang ramai. Kini dengan kehadiran sistem pesanan secara atas talian permintaan untuk tugasan ini memang banyak.
Sudah dibuktikan ketika zaman darurat pandemik Covid-19, pekerjaan penghantaran ini memang menjadi salah satu tugasan barisan hadapan (frontliner).
Meskipun ketika gawat ekonominya, pastinya tiada banyak hantaran makanan dan belian atas talian, namun, barangan dan servis penting untuk syarikat atau perusahaan dalam penghantaran barangan atau dokumen amat berguna.
Apa lagi ia lebih menjimatkan berbanding mengupah pekerja sendiri untuk penghantaran.
8. Farmasi dan Kedai Kesihatan/Ubatan
Sama sahaja dengan hospital dan klinik namun ini dalam versi paling dekat dengan masyarakat.
Ahli farmasi pastinya kenal akan ubatan dan cara rawatan dan pastinya kita tidak boleh halang atau cadang bilakan takdir kita untuk sakit.
9. Peruncit/Kedai Serbaneka/Pasaraya
Walaupun harga barangan/makanan sudah mahal dan sukar didapati, masih terdapat makanan dan barangan keperluan untuk terus hidup di jual.
Di sinilah pentingnya pasaraya nanti walaupun sudah terlalu terdesak pastinya ia masih berguna.
Tenaga kerja manusia masih diperlukan memandangkan robot masih belum mampu menggantikan tenaga manusia ketika ini.
10. Mekanik Kenderaan
Dalam kegawatan ekonomi, kenderaan masih digunakan dan ada masanya ia 'sakit' seperti manusia.
Memerlukan selenggara dan pembaikian jika berlaku kerosakan. Kepakaran 'forman' atau mekanik amat diperlukan untuk urusan penghantaran atau jentera lain yang masih digunakan.
11. Pekerja Pengangkutan Awam
Dalam kegawatan ekonomi pengangkutan awam akan menjadi pilihan terbaik untuk berjimat.
Pekerja dalam sektor pengangkutan awam akan lebih diperlukan untuk menyelenggara, menguruskan urusan tiket, laluan atau pengawasan pengangkutan awam.
12. Firma Peguam/Majistret
Benda terkait duit dan ekonomi masih memerlukan dokumen atau pengesahan dari firma guaman.
Banyak situasi akan berlaku ketika kemelesetan ekonomi, firma guaman antara pihak penyelesai untuk permasalah tertentu.
Bukan terkait urusan harta benda semata, namun emosi atau urusan terkait jenayah pasti banyak ketika darurat ekonomi.
13. Veterinar
Cukup penting untuk pakar haiwan yang boleh membantu haiwan yang terjaga atau yang liar.
Pastinya ada sahaja manusia yang akan membuang haiwan peliharaan kerana sudah tidak mampu untuk disara lagi, maka kehadiran mereka ini cukup penting.
14. Pekerja Sosial
Dalam situasi sukar pasti akan ada pekerja sosial. Walaupun nampak pendapatan mereka ini hanyakan sukarela, namun pasti ada sedikit rezeki yang lebih dari derma dan bantuan seumpama elaun.
Ditambah pula dalam situasi yang agak runcing ketika kemelesetan ekonomi, ramai yang tidak mampu menemui badan yang memerlukan yuran mahal, pekerja sosial adalah pilihan.
15. Penjual Insurans
Insuran bukan sekadar insuran nyawa atau insuran hidup. Kereta atau apa apa yang bernilai boleh diinsurankan.
Bagi mereka yang masih mampu berdiri dan tidak terkesan akan resesi ekonomi, pasti akan mendapatkan bantuan anda untuk mendapatkan insurans tertentu.
Resesi Bukan Kiamat
Memandangkan resesi ini waktu ekonomi 'berehat' seketika maka mereka yang berjaya mendapatkan pelaburan ketika harga rendah sebegini pasti menguntungkan.
Sejarah resesi sebelum ini ada melahirkan jutawan dan hartawan dalam sekelip mata kerana melabur ketika harga pasaran dunia berada dalam rendah.
Seperti penulis katakan awalnya, sektor yang penulis senaraikan di atas bukanlah tidak terkesan langsung dengan kemelsetan ekonomi tetapi masih boleh bertahan mengharungi kegawatan ekonomi.
Bagi yang inginkan 'security' dalam bidang yang ingin diceburi risau akan dibuang kerana kegawatan ekonomi, kerja sebegini boleh dianggap boleh dijadikan pertimbangan.
Anda fikir anda tahu Senarai Jenis Pekerjaan Boleh 'Survive' Ketika Kemelesetan Ekonomi ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamulaikum
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri