Wise (TransferWise) Aplikasi Tukaran Wang Asing dan Penghantaran Mudah dan Selamat

 Kita sudah menginjak ke zaman Web3.0, iaitu dunia digital interaksi yang lebih menyenangkan.
 

Wise Money Exchanger Transfer
Wise Money Exchanger Transfer

Jika dahulu untuk membuat hantaran atau tukaran ke luar negara memerlukan anda untuk ke pejabat, kiosk atau perkhidmatan tukaran wang.



Tukaran wang asing dan pemindahan bukan sahaja untuk warga asing yang bekerja di satu satu negara luar.
 

Siapa yang Biasa Buat Tukaran Wang Asing ?

Malahan jika ada anak anda belajar di luar negara (oversea) juga memerlukan tukaran wang untuk dibelanjakan di negara tertentu.

Pelancong juga yang travel ke luar negara pasti memerlukan wang tukaran apalagi jika ada yang umrah/haji di Mekah dan inginkan wang tambahan untuk belanja atau bayaran apa-apa.

Antara kegunaan aplikasi Wise ini adalah untuk;

1. Menukar nilai matawang

2. Hantar matawang kepada anak/sesiapa yang belajar luar negara

3. Hantar wang saku kepada pekerja luar negara

4. Hantar wang kepada keluarga di luar negara (jika bekerja disini)

5. Beli saham luar negara/deposit dalam USD (contoh, aplikasi Gotrade)

6. Jadikan akaun untuk melancong di luar negara

7. dan lain lain transaksi duit Malaysia untuk kegunaan di luar negara.

Antara negara yang boleh tukar dan menerima wang anda adalah;

Country Supporting Wise
Country Supporting Wise


1. Amerika Syarikat (USD)

2. Negara negara Eropah (Euro)

3. Singapura (Dollar Sin)

4. Australia (Dollar Aus)

5. British (Pound Sterling)

6. Canada (Dollar Canada)

7. Hungaria (Forint)

8. New Zealand (Dollar New Zealand)

9. Turkiye (Lira)

Aplikasi Online Hantar dan Terima Duit Tukaran Asing

Kini untuk berbuat sedemikian anda sudah tidak perlu lagi untuk ke cawangan atau mana mana pengurup wang untuk mendapatkan wang apalagi secara tunai yang memudahkan kehilangan wang and secara cuai atau dipaksa.
 

Anda boleh gunakan aplikasi Wise.

Wise Application
Wise Application 



Satu aplikasi tukaran wang asing yang dipercayai dan mudah untuk dihantar kepada penerima.

Guna Wise Untuk Trade Saham Stok United State
 

Penulis mula menggunakan aplikasi Wise ini apabila mula membuat dagangan untuk stok asing (saham Amerika, nasdaq dan S&P 500) yang memerlukan tukaran MYR kepada USD.

Aplikasi beli saham U.S Gotrade dapat dideposit dengan menggunakan aplikasi Wise ini.

Baca Juga : Beli Saham U.S Nasdaq dan SnP500 Dengan Gotrade
 

Setelah difahami dan gunakan sendiri, aplikasi ini sesuai untuk hantaran wang kepada nilai ringgit negara lain dan aplikasi ini akan terus membuat tukaran nilai matawang secara automatik.

Tanpa Guna Duit Tunai dan Secara Atas Talian

Tidak perlu bawa wang atau tunai yang banyak untuk hantar. Cuma depositkan dari mana-mana akaun bank yang sedia ada masukkan dalam aplikasi Wise anda dan buat hantaran ke mana-mana pihak dan orang yang memiliki akaun ini juga.

Wise Tranferring Money
Wise Tranferring Money


 
Pemilik yang menerima wang anda dalam bentuk nilai matawang yang diinginkan akan dapat mengeluarkannya dan memasukan dalam akaun bank mereka.


Tidak perlu risau untuk tukar nilai matawang kerana aplikasi ini akan automatik menukarnya terus.

Adakah Aplikasi Wise Trusted dan Boleh Dipercayai ?

Aplikasi Wise (transferWise dahulunya) ini mendapat rating 4.5 bintang oleh Trustpilot iaitu badan yang memberikan markah dan rating kepada aplikasi.
 

Ia juga memiliki gelaran "Verified" oleh Trustpilot. Bagi penulis apabila rating 4.5 cukup sudah boleh dipercayai.

Ia mudah dan ramah pelanggan mengikut pengalaman penulis setakat ini, segala transaksi yang penulis buat melalui Wise ini berjaya diterima.

Diperakaui dan Sah Oleh Bank Negara Malaysia
 

Aplikasi Wise ini juga diperakui oleh Bank Negara Malaysia di Malaysia di bawah kategori  remittance, money-changing and e-money issuance business.

Cara Mudah Daftar Akaun Wise

Pendaftaran Wise juga cukup mudah dan terjamin keselamatan anda.
Cara untuk anda mendaftar adalah seperti;

1. Download aplikasi Wise App di apps store atau Google Play Store atau di versi desktop
2. Daftar menggunakan alamat email, Facebook, Google ID atau Apple ID
3. Verifikasi melalui pengenalan diri, jika di Malaysia gunakan MyKad
4. Sudah boleh membuat deposit dan penghantaran wang


Jadi, mengapa tidak menggunakan Wise untuk membuat transfer dari Ringgit ke nilai matawang asing lain dengan hanya menggunakan aplikasi.
 

Tidak perlu untuk ke mana mana pengurup wang, malahan aplikasi ini adalah percuma KECUALI terdapat fi untuk penghantaran ke mana mana akaun Wise penerima.

Boleh gunakan kod referal dibawah, anda dapat RM150 dan penulis juga dapat RM150. Daripada tidak ada bonus langsung.

Anda fikir anda tahu Wise (TransferWise) Aplikasi Tukaran Wang Asing dan Penghantaran Mudah dan Selamat ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamulaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan