Penulis bukannya peminat atau penggemar nan, roti nan. Jika ke kedai mamak roti canai paling kurang kalau bab makan.
Roti Nan Cheese Warung Selekoh |
Tetapi selera penulis mula berubah apabila berjaya menemui satu kedai makan pagi di sekitar Telok Panglima Garang yang menyediakan hidangan roti nan cheese.
Pada awalnya, mestilah penulis mulakan dengan menu yang popular di sini iaitu roti nan keju.
Seusai membuat pesanan dibahagian hadapan kedai penulis cuba mendapatkan tempat duduk yang semakin berkurangan tempatnya kerana agak ramai pelanggan.
Sebelum terlupa, kedai ini mengamalkan sistem layan diri. Buat pesanan di bahagian depan, cari tempat duduk dapatkan air minuman apabila di panggil.
Warung Selekoh Jalan Merpati Telok Panglima Garang
Kedai ini yang terletak di selekoh Jalan Merpati sedikit ke hadapan dari simpang Jalan Merpati - Jalan Nuri, Kg Kebun Baharu Batu 9 Telok Panglima Garang. Mengambil kepada kedudukan kedainya yang berada diselekoh, kedai ini dinamakan Warung Selekoh.
Berbalik pula kepada roti nan keju kedai ini.
Mula-mula singgah di hadapan penulis, terbau adunan roti yang masih panas yang pastinya dibakar di dalam pasu gergasi.
Roti Nan Cheese |
Warna kekuningan dengan sedikit kesan terbakar menyatakan dengan jelas bahawa roti nan keju ini masih panas dan keluar dari 'oven' tanah liat yang pastinya panas.
Sebagai pengunjung kali pertama, penulis membuat cubaan memicit-micit roti nak yang dibelah seakan taco ini, sungguh gebu. Jika ia permainan bayi, mungkin nyit nyit bunyi.
Facebook | Warung Selekoh Telok Panglima Garang
Rasa Roti Nan Keju (Cheese) Warung Selekoh
Bagaimana pula rasanya ?
Roti Nan Cheese Meleleh |
Roti nan keju yang panas pastinya membuatkan mulut terbuka buka menghalakan haba keluar.
Jika dari rasa roti nan keju ini, satu gigitan cukup lembut ditambah pula dengan rasa masin keju yang cair di dalam lapisan roti yang masih panas.
Rahsia mengapa roti nan keju dari Warung Selekoh ini cukup kaya dengan keju adalah mereka tidak kedekut dalam meletakkan keju dalam roti nan mereka sebelum dibakar.
Cheese Semangkuk Dalam Roti Nan | Sumber: Pemilik Warung Selekoh |
Lihatlah sendiri jumlah semangkuk keju diletakkan setiap roti nan mereka.
Kuah untuk Roti Nan
Makan roti nan tanpa kuah ibarat menangguk ikan di dalam tong minyak, sah sah tidak kena.
Kuah Kari Biasa |
Kuah 'default' untuk roti nan keju ini adalah kuah kari kambing kosong. Jika ingin rasa daging kambing boleh pesan dengan kari kambing sebagai lauk, jika sekadar memesan roti nan dapat kuah sahaja.
Jika pesan kuah kambing bersama daging kambing harga lain pula.
Kari kambing
Apabila roti nan cheese yang panas ni dikepit pula dengan daging kambing berperisa gulai, sedap.
Lauk Kari Gulai Kambing |
Kena dengan kombinasi tersebut. Lembut roti nan, masin dari keju, berempah gulai kambing, cukup kena untuk sarapan.
Lauk Ayam Tandori
Bukan sekadar kuah kari kambing yang boleh dinikmati dengan roti nan cheese ini, terdapat juga ayam tandoori, ayam yang warna merah tu.
Ayam Tandori Dengan Limau |
Warnanya memang ayam tandoori, namun dari segi rasa, mungkin pada hari tersebut sahaja, perapan ayam tersebut agak masin, masin bukan terlalu masin tetapi jika bergabung dengan masin keju pada roti tempayan ia menghilangkan rasa ayam tandoori secara langsung.
Jadi penulis lebih memilih untuk menjamah roti nan keju ini dengan daging kambing bersama gulainya.
Masin keju dan masin perapan ayam tandoorinya tidak begitu menepati kriterima 'balance' dalam lidah penulis.
Kelembutan dan Kualiti Masih Kekal
Memandangkan 'portion' dan bahagian sekeping roti nan keju ini agak banyak. Perut waktu pagi biasalah bukan mahu banyak makanan dalam perut, sekadar alas lantai perut sahaja, bawa baliklah roti nan keju ini untuk sesi makan seterusnya.
Roti Nan Cheese Lembut |
Sebenarnya sengaja ingin tahu apakah yang akan terjadi jika ia sudah sejuk adalah masih sama dengan yang panas-panas tadi.
Ya, masih sama dari segi kelembutannya, semua sama kecuali panas. Kalau ingin panas, panaskan sahaja dalam ketuhar atau gelombang mikro lagi cantik.
Cheese Dalam Roti Nan |
Walaupun dibawa balik, masih lembut adunan rotinya.
Setiap kali penulis ingin menikmati roti nan cheese, pasti Warung Selekoh Jalan Merpati, Telok Panglima Garang ini penulis kunjungi.
Menu Lain yang Disediakan
Teh Tarik Warung |
Warung ini bukan sahaja menyediakan roti nan cheese sahaja, terdapat juga makanan sarapan lain seperti nasi berlauk, nasi kerabu, nasi lemak dan menu terbaharu mereka nasi ayam goreng berempah.
Harga Set Roti Nan Keju dan Kari Kambing
Dari segi harganya pula masih berpatutan dengan rasanya
Roti Nan Keju - RM 10
Roti Nan Biasa - RM 5
Kari Kambing - RM 9
Ayam Tandoori - RM 6
RM10 untuk satu hidangan roti tempayan (naan) mungkin agak kurang berpatutan harganya untuk makan setiap pagi untuk marhaen.
Namun, bagi yang ingin mencuba dan menikmati secara berkala atau kadang kadang mungkin harganya masih boleh dipertimbangkan memandangkan portion keju dalam roti tempayan ini.
Bagi RM 9 kari kambing penulis membayangkan sepinggan atau seceduk daging kambing berkuah kari yang akan dihidangkan namun sekadar portion kecil dalam mangkuk sambal belacan.
Namun, rasa kambing karinya cukup enak menyebabkan ia dirasakan tidak cukup.
*tertakluk kepada perubahan warung, harga semasa penulis terima
Rating Warung Selekoh Di Google Maps
Dengan rating di google maps 4.7 dari 5.0 dari lebih 20 orang votes, pasti ia memuaskan ramai pelanggan.
Boleh juga membuat pesanan melalui Foodpanda atau GrabFood memandangkan ketika makan penulis sering mendengar 'ten ten tenn tennng' pesanan delivery masuk.
Waktu Operasi Warung Selekoh
Waktu operasi Warung Selekoh Jalan Merpati ini dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Mula dibuka pada jam 6.30 pagi ditutup pada jam 12.30 petang.
Bagi peminat roti nan cheese yang sudah jemu dari mamak, boleh cuba pula roti nan keju dari anak-anak muda Kelantan dengan penampilan 'budak juruh' ala anak anak tabligh di warung pagi ini.
Anda fikir anda tahu Sarapan Roti Nan Cheese Warung Selekoh Jalan Merpati Telok Panglima Garang ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri