Cara dan Teknik Persediaan Sebelum Membiak, Menternak dan Membela Ikan Laga Betta

 

Menternak dan membela ikan laga atau betta (betah) ini terdapat dalam beberapa kategori. Ada yang menjadikan bela ikan laga sebagai hobi semata-mata, ada yang jadikan sebagai hobi dan eksperimen dan ramai yang lebih kepada ingin biak ikan laga untuk dapatkan duit.

persediaan_sebelum_breed_ikan_betta
Persediaan Sebelum Breed Ikan Betta

Walau apa pun niat dan matlamat anda dalam membela ikan laga beberapa persediaan dari awal sehingga akhir perlu ada.


Ia umpama strategi, bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati. Buat persediaan dan dalami info dan maklumat tentang ikan laga supaya apabila terjadinya sesuatu kita sudah boleh menghadapi dengan tenang.

Jom kita bahas persediaan memulakan bisnes/hobi ternak ikan betta moden atau liar.

1. Cara Penjagaan Air Ikan Laga

Faham dan tahu apa yang diperlukan ikan laga dalam bab air. Air berklorin semestinya bukanlah air yang terbaik untuk ikan laga.

Enap atau peram air paling kurang 3 hari air untuk ikan laga. Mahu lebih cepat beli anti-klorin, namun, jika tidak pasti banyak mana ingin letakkan anti-klorin lebih baik endap air itu.

Bukan ikan laga sahaja malahan ikan hiasan lain juga memiliki kesesuaian pH stabil tertentu untuk hidup. pH ikan laga adalah sekitar pH normal dan sedikit asid.

Ada cara untuk kawal dan stabilkan pH air iaitu dengan pati daun ketapang, ekstrak daun ketapang mampu memberikan kestabilan pada pH air untuk ikan laga anda.

Jika ikan anda mula membuat buih dan aktif dalam air sediaan anda, itu menandakan kandungan air anda adalah terbaik dan kegemarannya.

2. Cara Pemakanan Ikan Laga

3. Jenis Makanan Ikan Laga

4. Kenali Penyakit Ikan Laga

Penjagaan yang penting adalah dari segi kawalan dan pencegahan penyakit. Ada penyakit yang hanya boleh sembuh dengan sedirinya dan ada juga yang boleh menyebabkan ikan betta kita mati.

Terdapat beberapa penyakit yang sering menyerang ikan betta seperti;

- Sisik Nenas (Dropsy)

- Velvet 

- Tompok Putih (White Spot)

- Sembelit (Bloated Belly)

- Jangkitan Fungus

- Reput Sirip (Fin Rot)

Boleh rujuk pautan yang penulis sediakan dibawah yang akan menjelaskan terperinci mengenai penyakit yang boleh menjangkiti ikan betta kesayangan anda beserta cara pencegahan dan cara rawatan jika ikan anda terkena penyakit yang disenaraikan.

5. Cara Merawat Penyakit Ikan Laga

Dalam merawat penyakit ikan betta terdapat cara biasa yang boleh dibuat. Menukar dengan kerap air dengan air enapan yang bebas klorin.

Penambahan daun atau ekstrak daun ketapang juga boleh mengubati beberapa penyakit.

Selain daun ketapang, garam ikan tidak kisah garam biru atau garam kuning cukup terbaik merawat penyakit biasa yang dihidapi ikan betta.

Namun, terdapat banyak dipasaran ubatan yang boleh menyembuhkan dan mengekalkan kesihatan ikan betta contohnya;

- Melafix

- Betta Booster

- S1

- AOG


6. Langkah Langkah Biak Ikan Laga

Terdapat beberapa langkah dan tips untuk membiak ikan betta atau ikan laga. Cara dan rahsia adalah subjektif bagi lain lain pembiak (breeder).

Tidak semestinya terdapat dalam satu cara. Mengikut pengalaman penulis, terdapat beberapa langkah atau cara.

Seperti;

- Set Up Bekas Pembiakan (Pemijahan)

- Makanan Ketika Pembiakan Ikan betta

- Perkenalan (Percintaan) Induk Betta

- Satukan Betta Jantan dan Betina : Perkahwinan Ikan

- Proses Mengawan Ikan Betta

- Alihkan Induk Betta Betina

- Betta Jantan (Pejantan) Jaga Anak

- Alihkan Induk Betta Jantan 

- Beri Anak Ikan (Fry Betta) Makanan

Bagi lebih terperinci (details) untuk membiak ikan laga boleh rujuk pautan di bawah;

7. Penyediaan Makanan Anak Ikan Laga

Dalam fasa betta masih dalah keadaan anak ikan atau nama popularnya 'fry' makanan merupakan terpenting.

Untuk menggalakkan pembesaran dan mengelakkan kematian akibat kebuluran. Umur sehari sehingga 3 hari selepas menetas masih belum perlu untuk diberikan 'fry' makan.

Paling penting adalah bermula hari ke 4 sehingga sebulan umur anak ikan betta dari mula-mula penetasan.

Makanan hidup adalah paling baik, kerana memang fitrah ikan laga yang jenis hidupnya yang aktif.

Makanan hidup adalah terbaik.

Bagi lebih memahami makanan anak ikan yang paling sesuai dan terbaik boleh rujuk pautan di bawah; 

8. Persediaan Tempat Untuk Ikan Laga

Bekas atau akuarium juga mainkan peranan dalam proses pembiakan ikan betta.

Ketika kedua-dua induk yang ingin dikahwinkan perlu akan bekas pembiakan (pemijahan) yang sesuai.

Contoh bekas terbaik untuk tempat induk ikan betta untuk dikahwinkan adalah styrofoam bersaiz kecil.

Styrofoam boleh mengawal suhu air secara automatik kerana suhu air merupakan faktor penting ketika ikan betta sedang dalam proses kahwin.

Selain styrofoam, penulis biasanya menggunakan bekas seperti basin yang biasa dijumpai di dapur.

Bekas berukuran sekitar satu hingga dua kali dengan lebar satu kaki pun sudah memadai.

Apabila anak ikan betta mula berenang dengan sendiri tanpa bantuan dari bapanya, bolehlah diasingkan ke bekas yang besar.

Tempat pembesaran itu antara namanya.

Biasanya penulis akan memindahkan anak ikan laga ketika umurnya sudah berusia 10 hari dan ke atas untuk dimasukan ke dalam bekas yang lebih besar dari bekas ketika menetas.

Pengalaman Membiakan Ikan Laga Betta Sendiri

Ini adalah dari pengalaman penulis sendiri yang menjadikan pembiakan baka ikan betta sebagai hobi sampingan. Walaupun agak rumit dan leceh namun apabila anak anak ikan betta ini mula pecah warna dan menjadi cantik apabila sudah dewasa, pelaburan yang dijelaskan tadi berbaloi.

Harap mampu memberikan manfaat kepada pemula dan peminat ikan betta yang ingin membiakkan ikan betta anda sendiri.

Anda fikir anda tahu Cara dan Teknik Persediaan Sebelum Membiak, Menternak dan Membela Ikan Laga ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan