Cara Beli Saham U.S Seperti Tesla, Apple, Disney, Meta Dengan Cara Mudah Melalui Gotrade

Sebagai seorang yang bukan yang akan menerima pencen atau wang saku bulanan apabila tidak bekerja nanti, terdetik di fikiran penulis, bagaimana mahu menampung hidup.

Beli Saham US Dengan Gotrade
Beli Saham US Dengan Gotrade

Jika dilihat pada nasihat pakar kewangan, seseorang akan stabil kewangan mereka apabila memiliki simpanan selama 6 bulan bayaran komitmen.


Dengan gaji bulanan mungkin sukar untuk membuat wang lebih sebagai simpanan. Biarkan duit beranak itu adalah antara cara untuk tambah 'populasi' duit dalam simpanan.

Main Saham untuk Tambah Simpanan Kewangan

Salah satu caranya adalah dengan melabur dalam saham. Melabur dalam saham ada risikonya, penulis bukan mahu mengajak anda yang terbaca bacaan ini untuk melabur sekadar berkongsi pengalaman.

Penulis pernah melabur dan berdagang dalam saham Malaysia iaitu Bursa Saham Malaysia (KLCI) namun ia lebih kepada mereka yang memiliki modal dan komitmen pelaburan yang agak besar sebelum mendapat untung bersih setelah ditolak fi broker.

Pelaburan Saham Stok dan Kripto

Oleh kerana itu penulis mencari pelaburan yang lebih sesuai untuk ikan bilis seperti penulis. Penulis menemui kripto dan masih kekal dengan kripto.

Pelaburan kripto ada risikonya memandangkan ia buka di selia oleh mana mana badan sekuriti (secara rasminya, sekadar usahasama ada) maka risikonya juga tinggi.

Terdapat satu lagi cara untuk bermain saham yang lebih sesuai dengan gaya pelaburan penulis iaitu melabur di stok Amerika.

Saham Saham Utama Di U.S untuk Dibeli

Sebenarnya ada episod di Running Man yang menjadi enzim untuk penulis mencuba stok saham ini iaitu saham di Amerika Syarikat.

Stock List In Gotrade Apps
Stock List In Gotrade Apps


Stok saham Amerika yang popular adalah seperti:

Tesla

Apple

Google

Microsoft

Nvidia

Meta (Facebook)

Netflix 

Disney

Ada juga saham yang biasa kita gunakan di mana mana seperti:

Coke

McDonalds

Starbuck

Ini beberapa dari bermacam syarikat yang ada dalam bursa Amerika yang cukup gah namanya, dan selalu juga kita gunakannya, penulis tidak katakan kereta model Tesla tetapi mungkin McDonalds sekurangnya.

Aplikasi Jual Beli Saham Di Amerika Syarikat

Penulis mula membuat sedikit kajian dimana mahu buat pembelian saham ini. Jika ingin melabur dan berdagang saham di Bursa Malaysia agak mudah memandangkan ia dalam negara kita. Boleh rujuk bacaan di bawah untuk melabur saham di Bursa Malaysia.

Kaji punya kaji penulis menemui satu aplikasi yang boleh dianggap cukup sesuai untuk pemula seperti penulis untuk membeli saham ternama seperti saham Tesla, Apple ataupun AirBNB.

Aplikasi ini diberi nama GoTrade.

Gotrade Personal Account
Gotrade Personal Account


Setelah hampir 3 bulan menggunakan GoTrade dengan deposit sudah tiga kali. Aplikasi Gotrade kena dengan jiwa penulis untuk membeli saham S&P 500 dan Nasdaq dari U.S.

Setakat ini tiada sebarang masalah dari segi deposit, belian dan jualan saham.

Beli Saham U.S Dengan Harga $1

Apa yang menarik dengan aplikasi saham Gotrade ini ia memerlukan hanya $1 untuk mula melabur.

Buy Gotrade Stocks Only $1
Buy Gotrade Stocks Only $1


Ya! Dengan sekitar RM4.70 (waktu artikel ini ditulis) anda mampu membeli saham stok Amerika dalam Nasdaq ataupun S&P 500 dengan harga tersebut.

Beza Denga Beli Saham Malaysia

Agak berbeza dengan belian saham Bursa Malaysia yang memerlukan belian secara lot (minima 100 lot) yang seumpama terkongkong untuk mengeluarkan modal.

Dengan Gotrade caranya seperti anda mengumpul stok tersebut dengan dana yang anda miliki (dalam USD).

Contoh Kiraan Belian Saham Di Gotrade

$1 pun sudah cukup untuk membeli stok saham Tesla ataupun Apple. Sebagai contoh harga stok saham Tesla sekarang USD$204.99, $1/$204.99 maka anda akan mendapat 0.004878 saham Tesla secara pecahan (fraction).

Tesla Stock In Gotrade
Tesla Stock In Gotrade


Jika ada wang lebih nanti tambahlah sedikit demi sedikit.InsaAllah stok saham US tidak akan hancur kerana mereka juga ingin jaga periuk nasi mereka melainkan peperangan.

Itu contoh cara bilangan saham yang akan anda dapat.

Apple Stock In Gotrade
Apple Stock In Gotrade


'Take Profit' Serendah $1

Cara mendapatkan untung pula anda boleh keluarkan dengan minima $1. Contoh, jika anda sudah membeli mana mana saham dan naik sudah ada lebihan $1 dari modal.

Keluarkan pun sudah boleh. Ini adalah antara sebab mengapa penulis merasakan aplikasi saham Gotrade ini bagus.

Mungkin anda sudah faham sedikit macam mana jual beli saham di Gotrade berlaku. Kini penulis ceritakan cara deposit.

Cara Deposit Modal (Wang) ke Gotrade

Memandangkan Gotrade mengutamakan pasaran saham U.S maka nilai matawang USD diperlukan.

Jika kita di Malaysia tukarkanlah dahulu wang anda dari MYR (Ringgit) kepada USD (US Dollar)

Terdapat dua cara untuk membuat penghantaran deposit kepada Gotrade.

1. Aplikasi Wise

2. International Wire Transfer (cth: bank anda)

How to Deposit to Gotrade
How to Deposit to Gotrade


Penulis cadangkan gunakan aplikasi Wise berbanding international transfer yang lebih mahal fi dan yuran penghantara.

Tukar Nilai Matawang ke USD

Bagaimana mahu tukar MYR kepada USD ?

Penulis akan terus terang kepada anda yang berminat, boleh gunakan aplikasi Wise (TransferWise) untuk menukarkan nilai matawang anda.

Boleh rujuk pautan bacaan di bawah tentang aplikasi Wise dahulu.

BACA JUGA: Tukar Matawang Secara Online Dengan Wise (TransferWise)

Apabila sudah ada USD dalam aplikasi Wise bolehlah hantar terus ke aplikasi Gotrade untuk deposit.

Penulis telah melakukan transaksi ini lebih 5 kali dan ia dipercayai.

Langkah Langkah Deposit Modal ke Gotrade

Setiap penghantaran ada fi. Itu penulis tidak akan selindung. Mari penulis ringkaskan cara deposit wang ke dalam Gotrade.

1. Download dan Pasang Aplikasi Wise

2. Masukkan duit dalam Wise

3. Buat tukaran kepada USD

4. Menu deposit ke Gotrade (gunakan via Wise)

5. 5-6 hari bekerja wang anda akan masuk

Deposit Withdraw Menu Gotrade
Deposit Withdraw Menu Gotrade


Cara keluarkan wang ada iras deposit. Pasti akan ada yuran atau fi untuk pengeluaran. Biasalah mereka boleh dianggap broker dan membantu anda.

Terdapat satu akaun simpanan dalam Gotrade yang membolehkan anda 'rileks'kan wang yang ada dan ingin keluarkannya bila bila masa.

Yuran/Fi dan Bayaran Tersembunyi

Setiap kali membeli saham tiada sebarang caj dikenakan. Caj dan fi hanya dikenakan ketika anda deposit dari aplikasi Wise.

Gotrade Fees Menu
Gotrade Fees Menu


Satu lagi ketika anda ingin keluarkan wang dari Gotrade untuk ke bank atau simpanan keluar anda.

Bantuan Ketika Terdapat Masalah dan Bantuan Di Gotrade

Adakah Gotrade boleh dipercayai dan senang dapat bantuan  ?

Ya, cukup mudah untuk berinteraksi dengan bahagian 'troubleshooting' mereka.Selagi masalah anda belum selesai mereka akan emel balas untuk bantu anda.

Ini pengalaman penulis, tiada sebarang bayaran atau insentif dari mereka untuk penulis berkata sebegini.

Penulis tahu ada yang bercita-cita membeli saham luar terutamanya dari Nasdaq dan S&P 500. Mungkin bacaan ini membantu anda sedikit sebanyak.

Gotrade Troubleshooting Feedback
Gotrade Troubleshooting Feedback

Cara Dapatkan Aplikasi Jual Beli Saham U.S Gotrade

Sudah faham dan berminat untuk menggunakan aplikasi Gotrade untuk melabur dan berdagang stok saham Amerika ? Boleh buat muat turun dan pasang di peranti anda.

Boleh daftar Gotrade dengan link dibawah untuk mendapatkan saham automatik percuma untuk anda:

Anda fikir anda tahu Cara Beli Saham U.S Seperti Tesla, Apple, Meta Dengan Cara Mudah Melalui Gotrade ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan