"Water Dispenser" atau satu alat pemanas dan penyejuk air secara automatik dengan janaan eletrik semestinya menjadi satu kewajipan untuk ada di sesebuah rumah.
Midea X11 Water Dispenser Review |
Apalagi jika ada anak kecil yang sering mendambakan air panas/suam untuk bancuhan susu formula atau memanaskan air perahan susu ibu yang telah dibekukan.
Apalagi anda seorang pengemar minuman panas secara pantas dan sukar menunggu jika jerang secara konservatif dengan cerek atau dapur arang.
Kebanyakan "water dispenser" sekarang memerlukan anda berhutang untuk memiliki alat tersebut secara mutlak.
Seumpana stesen tv swasta berbayar, cerita berulang bayar mahal.
Sama juga dengan "water dispenser" yang lebih "mainstream" seperti Coway, Cuckoo, SK Magic dan sebagainya yang menggunakan bayaran bulanan sebelum memiliki water dispenser tersebut, seumpama membeli sebuah kereta dan motosikal.
Water Dispenser Penapis Air Tanpa Bayaran Bulanan
Benda sebegini penulis ingin elakkan sebenarnya, ingin mencari satu mesin "water dispenser" yang hanya memerlukan sekali bayaran dan terus memilikinya secara mutlak.
Ya, ada sahaja water dispenser dengan cara pembelian tersebut. Sebenarnya penulis sudah menggunakan "water dispenser" ini tanpa bayaran bulanan dan kualitinya sama dengan mesin air automatik yang lain.
Barang tersebut adalah.....
"Midea Indah Water Dispenser X11"
Water Dispenser Jenama Midea |
Sudah seminggu menggunakan sengaja penulis Midea Water Dispenser ini, sengaja penulis lewatnya sedikit untuk menjadikannya pengalaman sebagai ulasan.
Jangan bimbang artikel ini bukan tajaan Midea.
Rekabentuk Luaran Midea Water Dispenser X11
Warna putih dengan rekabentuk tipikal sebuah mesin air portable automatik di rumah, satu gambaran pertama yang agak menyenangkan.
Midea X11 Water Dispenser White |
Dari segi luaran cukup ringkas namun menarik hati apalagi dengan warna putih dan kelihatan cukup tegap.
Apa yang penting adalah bukan sekadar rekabentuk dan gaya luaran yang penulis ingin sampaikan.
Adakah prestasi dan produk yang keluar dari tapisan dari Midea ini betul-betul menyaingi water dispenser yang berlambak di pasaran.
Midea X11 Water Dispenser ini mampu mengeluarkan dua produk air yang telah di saring dengan beberapa penapis, air panas, air suhu bilik dan air sejuk.
sejuk panas normal midea |
Midea Water Dispenser ini mempunyai tiga butang yang perlu ditekan walaupun hanya satu "outlet" pengeluaran produk air yang bertapis.
Satu Outlet |
Pengeluaran Air Bersuhu Tinggi (Panas)
Setelah beberapa gelas dan jag bancuhan Neslo (nescafe campur milo), kopi O, Teh O dan ratusan bancuhan air susu formula bayi, air panasnya masih berguna dan cukup panas.
Kepanasannya sama tara dengan air jerangan di atas dapur atau cerek.
Pengeluaran Air Bersuhu Sederhana (Normal)
Bagi pengeluaran air normal iaitu air suhu bilik yang tidak panas dan tidak sejuk, agak mengelirukan sebenarnya.
Tidak pasti rumah penulis memang terletak di Kundasang atau Cameron Highland kerana air normalnya agak sejuk walaupun tidak seumpama iklan Sensodyne di mana kesejukan yang mampu mengenyitkan mata peminumnya.
Agak sejuk berbanding air botol mineral yang dibiarkan pada suhu bilik.
Pengeluaran Air Sejuk (Ala Peti Ais)
Tidak pasti sebab masih seminggu digunakan, namun penulis berpuas hati dengan air sejuknya.
Penat mencangkul tanaman di laman rumah dengan peluh dan keringat, segelas air sejuk dari Midea X11 Water Dispenser ini cukup melegakan.
Puas Hati Dengan Hasil Air Bersuhu
Secara total penulis masih berpuas hati dengan air yang keluar dari Midea X11 Water Dispenser ini. Air panas, air normal dan air sejuknya menepati suhu yang betul walaupun tanpa ukuran termometer yang tepat.
Filter Disahkan Halal |
Penapisan Air Dari Sumber Air
Water dispenser ini bukan sekadar kerjanya merebus dan menyejukan suhu air sahaja. Apa yang penting sebenarnya ialah tapisan (filtering) dari sumber air.
Empat Buah Filter Mudah Alih |
Terdapat empat kapsul tapisan yang boleh diganti pada bahagian belakang Midea X11 Water Dispenser ini.
Kerjanya tidak lain dan tidak bukan untuk menapis partikel yang masuk dari sumber air.
Servis Sendiri Dengan Mudah
Memandangkan ia berada di bahagian luar belakang penapis air ini, maka untuk menggantikannya tidak memerlukan 'awek' datang menukarkan filter penapis air seperti water dispenser berbayar bulanan lain sehingga menimbulkan fitnah dan maksiat.
Filter Mudah Tukar Di Bahagian Luar |
Kita sendiri boleh lakukannya.
Pada permulaan pemasangan, buang kotoran dari kilang pada media tapisan yang ada dalam kapsul dan dalam sekitar 5 botol air minuman sudah boleh gunakan.
Kenapa Penulis Memilih Midea X11 Water Dispenser ?
Perkara utama adalah kurangkan gaya hidup berhutang. Midea X11 ini tidak memerlukan bayaran bulanan. Hanya dengan pembelian sekitar RM530 sudah memiliki produk ini.
Tiada sebarang bayaran bulanan, sekadar penggantian kapsul penapis.
Oleh kerana agen penapisannya berada di bahagian luar, maka penggantian penapis cukup mudah. Beli sahaja penapisan dengan kedai melalui atas talian (online) pasang sahaja sendiri.
Jimat tanpa kedatang agen servis yang boleh mendatangkan maksiat.
Air yang ditapis dan diproses kepanasan dan kesejukannya juga begitu mencukupi dan boleh memuaskan hati.
Panasnya cukup, sejuknya diterima.
Penjimatan eletrik salah satunya, kerana terdapat dua suis pada penapis air Midea X11 Water Dispenser ini, jika tidak memerlukan air panas untuk jangka masa yang lama boleh menutup suisnya begitu juga untuk air sejuk.
Tidaklah ia sentiasa mendidihkan air walaupun kita meninggalkan rumah.
Kekurangan Dari Pembelian Ini
Dari aspek kekurangan pembelian Midea X11 ini adalah terdapat kawasan longgar dan diletakan salotape padanya. Mungkin agak renggang atau ketika dari kilang ia dibawa dengan tidak berhati hati.
Satu lagi masalah adalah, manual yang diberikan tidak begitu terperinci (detail). Sekadar mencukupi syarat adanya manual. Penulis terpaksa mendapatkan maklumat melalui carian Google dan Youtube untuk manual pemasangan dan tips.
Mana Boleh Beli Midea X11 Water Dispenser ?
Penulis membuat belian di aplikasi Shopee, sebuah kedai yang sememangya menjual Midea X11 ini.
Setelah dilihat, kedai ini bukan sahaja menjual satu penapis air Midea, namun, terdapat jualan filter penapis, beberapa alat ganti injap dan alatan pemasangan.
Tips Pembelian
Penulis membeli Midea X11 ini dengan harga RM530 ketika artikel ini di keluarkan. Terdapat dua sambungan, buat pilihan yang baik, RO joint dan joint biasa.
Dari pengalaman pemasangan penulis, jika menggunakan dua kepada paip di sinki lebih elok gunakan inlet yang biasa.
Boleh klik pautan ini untuk terus membuat penilaian awal dan terus pembelian :
BELI MIDEA X11 WATER DISPENSER ONLINE KLIK SINI
Sekali lagi penulis tegaskan ini bukan ulasan berbayar, sekadar berkongsi pengalaman memiliki Midea X11 Water Dispenser.
Anda fikir anda tahu Midea X11 Water Dispenser Tanpa Bayaran Bulanan dan Mudah Di Servis ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri