Jika dahulu penulis hanya memegang pegangan retorik dalam minda bahawa pejabat pos merupakan tempat membeli setem, menghantar surat dan parcel.
Pejabat Pos Aeon Bukit Rimau |
Dengan perkembangan dunia sekarang mana mana memerlukan kaunter yang lebih 'multitasking', termasuklah juga pejabat pos yang kini merupakan salah satu pusat hentian terbaik untuk sebarang urusan.
Pejabat Pos Kota Kemuning di dalam Aeon Bukit Rimau misalnya, menyediakan pelbagai jenis kemudahan urusan selain daripada urusan penghantaran surat/dokumen/parcel semata-mata.
Di Pejabat Post Kota Kemuning ini juga ada menyediakan urusan seperti;
Kaunter Pejabat Pos |
Kaedah Penghantaran
Perkhidmatan pos dan kurier
Setem dan alat tulis
Perkhidmatan Kewangan
Perbankan Peribadi
Amanah Saham
Insurans
Pemindahan Wang
Bil dan Bayaran
Utiliti
Kerajaan
Pembaharuan Cukai Jalan
Jenis Urusan Di Pejabat Pos |
Lokasi Pejabat Pos
Lot F1.01 & F1.02,
1st Floor AEON Big Bukit Rimau,
Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32,
40460 Shah Alam, Selangor
Waktu Urusniaga dan Operasi
10 pagi sehingga 6 petang dan dibuka setiap hari dari Isnin sehingga Ahad.
Pengalaman Berurusan Dengan Pejabat Pos Bukit Rimau
Pengalaman penulis sendiri pernah memperbaharui cukai jalan motosikal dan kereta penulis.
Anda perlu membawa salinan geran kenderaan dan jika anda sudah membayar insurans, hanya bawa kad pengenalan sahaja.
Urusan berkenaan Amanah Saham Bumiputera juga boleh dilakukan di sini, seperti pengeluaran atau kemaskini.
Tempat kemudahan sebegini amat terbaik untuk mereka yang sibuk dan kurang masa untuk membuat bayaran bil atau pembaharuan lesen kenderaan.
Ketika waktu makan tengah hari dan selepas balik kerja apalagi dibuka pada hari minggu memudahkan pengguna.
Anda fikir anda tahu Jenis dan Waktu Urusniaga Di Pejabat Pos Aeon Big Bukit Rimau Shah Alam ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri