"Cara Beli Cryptocurrency"
Dunia matawang kripto bermula ketika dunia baharu habis lelah dihentam kejatuhan ekonomi dunia pada 2008.
Cara dan Tempat Beli Cryptocurrency |
2009 bitcoin mula diperkenalkan sebagai 'back up matawang' jika berlakunya lagi krisis matawang.
Dunia semakin maju, kini kita ke zaman metaverse di mana, kita bukan sahaja boleh menerokai alam yang sedia ada.
Tetapi kita hidup dengan teknologi.
Di Malaysia pengetahuan, gaya hidup dan perdagangan matawang (sebenarnya ia bukan matawang, lebih kepada aset digital) masih terlalu baharu.
Bagi yang mencari pembaharuan dan alternatif 'beranak'kan pendapatan yang cuba menjadikan aset digital kripto sebagai alternatif wang fiat.
Sebahagian mereka ini (termasuk penulis) tidak sampai 5% jika dibandingkan dengara luar. Apalagi El-Salvador yang menjadikan aset digital sebagai matawang alternatif mereka.
Bagi yang baharu ingin mengenali dan berjinak jinak mendapatkan aset digital kripto tidak kira;
Bitcoin
Ethereum
atau aset digital yang ada beribu ribu di dalam pasaran termasuk cardano, xrp, BNB atau Solana. Boleh membeli dibeberapa pasaran 'marketplace' aset digital kripto seperti;
Pertukaran Aset Digital (Exchanger)
Ini cara pertama untuk anda mendapatkan aset digital yang ada di dunia. Melalui apliaksi pertukaran (exchanger).
Apa yang menarik pembelian di exchanger adalah anda boleh membuat pembelian modal atau coin secara P2P iaitu melalui urusan belian dengan orang perseorangan.
1. Binance
Malangnya di Malaysia, ia tidak di'halal'kan untuk bertapak meskipun memiliki syiling BNB sendiri yang ketika ini mencecah $500.
Menariknya jika anda simpan sahaja coin pasti ada pulangan interest selain dari mendapat coin baharu dilancarkan jika staking BNB.
Exchanger yang berpusat di Kepulauan Cayman ini mendapat tempat pertama di coinmarketcap
Rewards : Gunakan kod 303718187 ketika mendaftar untuk mendapatkan Bitcoin percuma bernilai 20%
2. Huobi Global
Sama juga seperti Binance ia merupakan exchanger yang membolehkan pembeli aset digital kripto mendapatkan token dan coin yang ada.
Dengan cara pembelian terus, dagang atau 'transfer'. Huobi Token adalah token rasmi mereka.Selain membeli jika anda menyimpan kripto anda, anda akan mendapat interest pulangan yang tinggi bersama Huobi Earn.
Rewards : Gunakan kod qxhu2223 ketika mendaftar untuk mendapatkan cashback sebanyak 50% jika membuat belian coin di huobi.
3. Luno
Aplikasi ini selamat di gunakan di Malaysia. Mendapat kelayakan untuk menjadi 'penjual' kripto rasmi di Malaysia oleh Securities Malaysia.
Namun, tidak semua coin dan token ditawarkan, hanya Bitcoin, Ethereum, Bitcoin Cash, XRP, dan Litecoin. Harap ia akan menambah bilangan token dan coin kripto di masa depan.
Jika ingin mengumpul Bitcoin dan Ethereum penulis cadangkan gunakan Luno memandangkan ia selamat di Malaysia.
Rewards : Gunakan kod U9S2WM ketika mendaftar untuk mendapatkan Bitcoin percuma bernilai RM25
4. Kucoin
Dengan latar belakang warna hijau, itu sahajalah yang membezakan aplikasi ini dengan lain lain exchanger kripto yang ada.
Turut memiliki coin sendiri iaitu KCS sebagaimana BNB dan HT.
5. MEXC
Apa yang bagus mengenai MEXC adalah ia menjual, perdagangkan coin dan token yang masih belum popular dan harganya masih rendah.
Sebelum memasuki pasaran di Binance, Huobi dan exchanger besar lain, anda boleh membelinya disini.
Terbaik untuk mereka yang sukakan coin yang murah dan untuk perdagangkan.
Diatas penulis senaraikan exchanger yang selalu dan sedang penulis gunakan untuk membuat belian aset digital kripto di Malaysia.
Sebenarnya terdapat banyak lagi exchanger seperti
Coinbase
Crypto.com
Gate.io
Bitfinex
Boleh rujuk pautan ini senarai semua exchanger cryptocurrency yang ada di dunia. Senarai Exchanger Crypto Seluruh Dunia.
Defi Apps dan Dompet Digital (E-wallet)
Boleh dikatakan sebagai alternatif jika anda tidak begitu arif membuat belian melalui exchanger yang penulis senaraikan diatas.
Melaui e-wallet sehingga kini masih belum lagi ada sistem P2P iaitu pembelian modal atau coin secara perseorangan yang finya tiada.
1. Trust Wallet
Dompet digital ini antara yang dipercayai dan ramai penggunanya. Lebih kepada tempat simpanan kripto anda, namun, anda juga boleh mebuat belian secara orang ketiga (third party).
2. Metamask Wallet
Jika anda seorang pengumpul aset digital kripto pasti memerlukan wallet ini. Apalagi apabila dunia metaverse semakin dikenali.
Anda boleh membeli kripto berupa token dan coin disini. Ada juga permainan yang memerlukan anda memiliki wallet ini apalagi jika anda seorang pereka NFT.
3. Pancakeswap
Merupakan satu dari banyak banyak Dapps yang ada. Pelbagai jenis coin dan token yang bermacam macam namanya boleh dibeli.
Tidak kira yang besar marketcap atau baharu sahaja beberapa hari dilancarkan. Menggunakan binance smart change (bsc) untuk pertukaran.
Bermakna untuk membeli anda perlu memiliki coin BNB.
4. Uniswap
Tidak jauh bezanya dengan pancakeswap atau defi apps yang lain. Cuma uniswap menggunakan platform ethereum dalam sistem pertukarannya.
Jika pancakeswap memerlukan BNB untuk membeli coin dan token, uniswap pula menerima Ethereum (ETH)
5. Nexo Wallet
Ini adalah kegemaran penulis, buat belian modal untuk membeli kripto atau beli kriptp secara bank in.
Seumpama simpanan di bank anda boleh mendapat pulangan berupa faedah (interest) dengan membuat simpanan. Ada juga aplikasi seperti Celcius dan BlockFi yang mana sama sahaja penggunaan dengan Nexo wallet.
Contoh dan Cadangan Tempat untuk Beli Kripto
Sebenarnya banyak lagi aplikasi dan platform untuk membuat belian kripto. Penulis hanya memberikan sedikit contoh dan cadangan.
Boleh buat kajian sendiri dari segi ranking, cara penggunaan, bayaran fi untuk membeli, menjual atau trade, minimum yang boleh dikeluarkan atau dideposit.
Anda perlu ambil kira hal sebegini.
Ini adalah contoh dan perkongsian dari pengalaman dan bukan merupakan nasihat kewangan untuk anda. Masih belum terlambat untuk anda aktif dalam dunia kripto.
Anda fikir anda tahu Cara dan Tempat Untuk Beli Aset Digital Kripto ?
Anda fikir sekali lagi.
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri