Barangan Terpakai Berjenama Di JBR Bundle Johan Setia Klang

"JBR Bundle Klang"

JBR Bundle bukanlah nama asing bagi penulis jika mencari barang terpakai yang masih elok.

JBR Bundle Johan Setia Klang Selangor
JBR Bundle Johan Setia Klang Selangor

Bila ada sedikit kelapangan dan rasa ingin melihat dan mencari barangan berjenama (branded) dengan harga mampu milik penulis akan cuba mencuci mata di JBR Bundle.


Jika sebelum ini agak jauh dengan kedudukan kediaman penulis iaitu di cawangan JBR Bundle Kanchong Darat Banting dan di Glenmarie Shah Alam.

Bundle Di Johan Setia Klang

Kini terdapat cawangan lain iaitu di JBR Bundle Klang yang terletak di Johan Setia. Lokasinya cukup strategik untuk 'menyelam' dan merasai pemburuan barangan bundle.

Didirikan di atas tanah yang cukup luas yang dahulunya hanyalah tanah tanaman sayur secara haram.

Gedung Bundle yang Luas dan Besar

Dengan keluasan tapak yang luas memungkinkan kepada sebuah gedung pakaian bundle yang cukup besar. Seumpama lautan bundle yang menanti para penyelam atau sekadar snorkeling mencuci mata.

JBR Bundle Klang Hadapan


Gedung atau gudang JBR Bundle Klang ini meskipun besar jajahan takluknya pada permukaan bumi, terdapat dua tingkat yang menempatkan barangan bundle.

Berbanding keluasan dan kelebaran gedungnya, penulis yakin JBR Bundle Klang ini lebih besar berbanding JBR Bundle Kanchong Darat dan cawangan Shah Alam.

Apalagi stok bundle juga senang diperoleh memandangkan dekat dengan gudang simpanan bundle mereka di Jenjarom.

Apakah Barangan Bundle yang Ada Di JBR Bundle cawangan Klang ?

Antara barangan/pakaian yang ada di JBR Bundle adalah;

Jenis Barangan Bundle JBR Bundle


Pakaian Lelaki

Pakaian Wanita

Pakaian Kanak Kanak

Pakaian Bayi

Barangan Berjenama (Branded)

Winter dan Hiking

Topi dan Snapback

Kasut

Barang Mainan Kanak Kanak

Bric Brac

Barangan Rumah (Household)

Dengan kategori barangan yang penulis senaraikan diatas tadi mana mungkin JBR Bundle tidak memerlukan ruangan berupa gedung yang mampu menempatkan segala macam jenis pakaian dan barangan bundle.

Jeans Bundle JBR


Jeans adalah tipikal pakaian yang terdapat di bundle maka ia antara pilihan pakaian jika berkunjung ke JBR Bundle.



Seluar sukan atau seluar trek antara pakaian yang selalu penulis cari apabila berkunjung ke premis bundle yang ada memandangkan pilihan jenis kain dan rekabentuknya yang berlainan memberikan banyak opsyen untuk penulis dapatkan seluar trek yang menepati citarasa.




Selepas pakaian seperti seluar, baju atau jaket. Antara kegemaran yang sering dilakukan oleh peminat bundle adalah melihat, memilih dan membeli kasut terpakai tidak kira jenis loafer, converse, casual atau jenis sukan.



Beg tidak kira apa kegunaan untuk bersukan, hiking dan trekking ataupun yang sekadar ingin bergaya dengan beg yang berjenama tapi murah. Disini pelbagai pilihan yang ada



Pelbagai jenis topi dan snapback yang mungkin menjadi pilihan kepada peminat penggayaan topi sebagai aksesori kepala. Dengan pelbagai rekabentuk dan jenis pasti memudahkan peminat topi bundle membuat pilihan.


Barangan rumah seperti cadar atau sampul bantal juga boleh dibeli di JBR Bundle yang mana barangan sepertinya ini diletakan di bahagian 'House Hold'.


Penulis perasan salah satu sudut yang agak 'rare' sedikit jika bercerita mengenai barangan bundle iaitu buku. Ada juga buku terpakai di jual dengan harga yang berpatutan namun jika dilihat lebih kepada buku buku atau majalah dari rumah yang lupa untuk dijual kepada penjual surat khabar lama, tidak begitu vintaj bukunya.

Pakaian Bundle Bayi


Secara jujur yang penulis boleh katakan untuk ruangan ini, jarang sekali ibu bapa yang 'berani' membelikan pakaian bundle untuk bayi mereka melainkan untuk sebarang photoshoot atau sebarang majlis dalam keadaan yang terdesak dan sukar mendapatkan pakaian tersebut.

Suasana dan Persekitaran JBR Bundle Klang

Dengan masih mengekalkan tema merah dan hitam, JBR Bundle Klang sentiasa dipenuhi peminat bundle.



Namun, satu sahaja kekurangan apabila melibatkan infrastruktur berasaskan kontena iaitu kepanasan didalamnya.

Terdapat beberapa buah kipas yang besar ditempatkan disetiap penjuru dengan kipas siling yang sentiasa berputar.

Ruang Menunggu

Ruang menunggu atau untuk berhenti lelah pasti memberikan tenaga kembali selepas sibuk 'menyelam' mana tahu baharu teringat ingin mendapatkan barangan bundle yang tadinya terlupa.



Kawasan lobi yang memberikan peluang dan ruang kepada pengunjung yang baharu sampai untuk membuat pilihan ke mana arah untuk ku tuju sebelum mula menyelam pencarian barangan bundle.

Apa yang menarik menyelam barangan bundle di JBR Bundle adalah pilihan barangan dengan pilihan saiz yang inshaAllah akan ditemui.

Dengan kesabaran belekan dan sedikit selakan pasti akan menemui barangan bundle pilihan anda.

Harga Purata Barangan Bundle Di JBR Bundle Klang

Dari segi harga pula, terdapat pakaian dan barangan bermula dengan harga RM5. Secara purata adalah harga sekitar RM12 hingga RM30.

Dari pengalaman memang barangan yang pernah penulis beli tahan lama.

Bagi yang ingin cuba menyelam dan membuat cucian mata barangan dan pakaian bundle di JBR Bundle ini boleh rujuk informasi di bawah;

Informasi Pengunjung

Lokasi

Terletak di antara Bandar Parkland (Bukit Tinggi 3) dengan Kg Sijangkang.

Lot 104273, 

Tempat Revolusi Hijau Batu 5, 

Kampung Johan Setia, 

41200 Klang, Selangor

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari (bergantung kepada cuti umum) dibuka dari jam 10 pagi sehingga 8 malam.

Kemudahan

Tandas

Fitting Room

Tempat Menunggu

Peti Minuman Sejuk

Makanan Ringan

Kawasan Parkir Kenderaan

Paling luas antara cawangan JBR Bundle lain.

 

  Anda fikir anda tahu Barangan Terpakai Berjenama Di JBR Bundle Johan Setia Klang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan