Pengalaman Menerima Suntikan Vaksin Sinovac Covid 19 Di PPV Mahsa University Kuala Langat

"Vaksinasi Di PPV Mahsa University"

Bermula dengan pendaftaran vaksinasi pada April, penulis berjaya mendapat tempat untuk vaksinasi sekitar Julai.

Suntik Vaksin Sinovac Di PPV Mahsa University
Suntik Vaksin Sinovac Di PPV Mahsa University

Pada 23 Julai 2021 penulis berpeluang untuk mendapatkan suntikan dos pertama, vaksin Covid 19 di Mahsa University.


Memandangkan penulis menetap sekitar Banting, Mahsa University adalah salah satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk sekitar Kuala Langat.

Selain Mahsa University, Banting terdapat dua lagi PPV iaitu Dewan Kompleks Sukan Kuala Langat dan Hospital Banting.

Janji temu petang diberikan kepada penulis dan dibawah penulis kongsikan pengalaman mendapatkan vaksinasi di PPV Mahsa University.

Tiba Di PPV Mahsa University

 1. Mahsa University walaupun terletak di pinggir pekan Saujana Putra namun kawasan parkirnya cukup terhad.

Jika datang awal dapatlah parkir di depan-depan, jika sudah lewat pasti memerlukan anda parkir di bahu jalan yang memerlukan anda berjalan jauh.

2. Terus masuk ke pintu utama Mahsa University. Tujulah jalan dihadapan. Namun, pastikan betul tempat yang dituju.

Dibahagikan dua laluan 'Dose 1' dan 'Dose 2'. Jadi, penulis memilih beratur di barisan Dose 1.

Menunggu Giliran Masuk

3. Bagi penerima Dose Pertama diletakan di bahagian paling hujung jalan. Disediakan kerusi plastik yang disusun di atas kaki lima.

Syukur kerana teduhan infrastruktur bangunan meskipun bersebelahan padang bola.

4. Anggota RELA akan datang memeriksa aplikasi MySejahtera anda satu per satu. Pastikan telefon bimbit anda sentiasa terpasang dan aplikasi MySejahtera dibuka.

Profile penulis pada MySejahtera diperiksa. Pengesahan bahawa tiada jangkitan Covid 19.

5. Beberapa ketika penulis dibenarkan melalui sekatan kaunter pertama. Imbas (scan) MySejahtera pada papan tanda kod QR disediakan.

Gunakan pengimbas biasa bukan dalam menu vaksinasi.

Pengambilan Borang Di Khemah

6. Selepas mengimbas, terus menuju ke arah khemah yang disediakan dan kerusi plastik yang disusun seperti ingin mendengar ceramah politik.

Anda diberikan sehelai kertas seperti satu bancian (survey) dan pengesahan.

7. Ketika di khemah ini, penulis disarankan untuk mengisi kotak pengesahan penyakit dan kontak rapat covid 19 dan mengisi nama mengikut kad pengenalan dan nombor I.C sahaja.

Sebarang tanda tangan tidak dibenarkan lagi.

Memasuki Lobi Ballroom Mahsa University

8. Apabila selesai baris-baris hadapan untuk beratur masuk, tiba giliran penulis untuk terus beratur dalam keadaan teratur seperti kanak-kanak yang sedang menunggu giliran di kantin.

Penulis diingatkan supaya mengeluarkan kad pengenalan (I.C) dan aplikasi MySejahtera sentiasa di buka ketika proses ini.

Dipintu 'Ballroom', dewan vaksinasi Mahsa University yang terasa sejuk pendingin hawanya, staf akan memeriksa nama di bahagian vaksinasi pada aplikasi MySejahtera adakah sama dengan nama lengkap pada I.C.

9. Seusai melangkah beberapa langkah, seorang staf akan memeriksa borang yang telah diisi tadi dengan imbasan suhu ala ala lapangan terbang.

Ya! Pengimbas dengan kamera

Selepas diimbas suhu dan layak meneruskan perjalanan, penulis perlu menunjukan borang tadi kepada seorang lagi staf, (awek Mahsa hns hns), dan staf tersebut memberikan sekeping lagi borang yang sama beserta nombor giliran seperti mana mana kaunter kerajaan.

Disini penulis tahu jenis vaksin yang diberikan apabila staf tersebut mengisikan kandungan vaksin yang akan disuntik, Sinovac!

Pengisian Dua Keping Borang

10. Langkah seterusnya, penulis diberikan peluang untuk mengisi borang-borang tadi di kerusi dengan meja ditepinya, kerusi ketika kelas tutor di zaman universiti dulu atau kerusi kelas tuisyen.

Maka bermulalah detik pengisian tempat kosong pada tempat kosong yang perlu diisi.

11. Sudah lengkap diisi ? Staf lain pula akan memeriksa apakah tepat dan siap pengisian borang tadi.

Jika majoriti sudah siap maka penulis dan lain lain diarahkan untuk bangun dan beratur menuju ke stesen seterusnya.

Bahagian Pengesahan Diri

12. Bahagian ini agak sejuk sebenarnya, kerana sudah memasuk dewan yang juga dipanggil 'Ballroom' yang membangkitkan suasana 'Dinner' di kolej dan ngiangan lagu gamelan ketika majlis konvo.

Dikaunter ini, nombor giliran akan dipanggil.

Pergerakan disini berdasarkan kekosongan kerusi di hadapan, jika ada kerusi dihadapan penulis kosong maka penulis perlu memenuhinya.

Disini, setelah nombor giliran dipanggil, terus menuju ke kaunter. Terdapat banyak kaunter, lebih dari 7 kaunter.

Disini akan dipastikan bahawa nama pada MySejahtera dan kad pengenalan adalah sama. Kehadiran anda di PPV akan disahkan. Lebih kepada kaunter kedatangan.

Bahagian Konsultasi Kesihatan

13. Selesai, maka ada staf lain yang menanti untuk ke stesen seterusnya. Masih sama, kerusi dengan jarak 1 meter diletakan secara petak petak papan dam.

Disini, merupakan stesen konsultasi kesihatan.

Staf akan menunjukan kaunter yang mana penulis perlu tujui. Penulis menemui seorang abang yang menjadi wakil konsultasi kesihatan yang berpakaian batik kuning, agak ramah orangnya, selepas menceritakan kisahnya hari tersebut secara ringkas dan padat.

Dia bertanyakan penulis akan alahan terhadap ubatan atau alahan lain, faktor kesihatan yang membolehkan kegagalan pengambilan vaksin, selain dari nasihat dan pantang larang selepas dicucuk vaksin.

Nasihatnya, jangan makan makanan berminyak, kurangkan aktiviti lasak dan durian! Jangan makan durian. Hmmm...

Menunggu Giliran Suntikan Vaksin

14. Seterusnya, waktu pengambilan vaksin bermula..jeng jeng jeng...

Penulis beratur mengikut kehadiran selepas kaunter konsultasi kesihatan.Bagi penulis bahagian ini seumpama menunggu hukuman dijatuhkan.

Bergerak mengikut kekosongan kerusi di hadapan. Kemudian, terdapat individu yang keluar dari lingkungan papan menunjukan jarinya ke arah penulis.

Ya, masa penulis telah tiba...terus menuju ke arah lingkungan yang membentuk kubikal.

Masuk 'Bilik' Suntikan Vaksin

15. Staf mula memberikan panduan langkah seterusnya, penulis diperlukan membuka aplikasi MySejahtera dan masuk ke menu vaksinasi klik pada link untuk imbasan kod QR.

Selepas membuat imbasan ini, akan tertera

Vaccinated!

pada ruangan vaksinasi MySejahtera.

Menerima Suntikan Vaksin Sinovac

16. Seterusnya, penulis diperlukan duduk untuk dicucuk vaksin Sinovac. Alhamdulillah, doktor perempuan hehe.

Sebelum dicucuk vaksin, doktor terbabit memberikan satu kad, kad temujanji untuk diisi. Tulisan bulat-bulat penulis mula berubah bentuk kepada leper leper memandangkan agak 'nervous' muahahahaha.

Doktor terbabit bertanyakan kepada penulis

"Vaksin apa yang akan diambil ?"

"Sinovac", jawab penulis

"Lihat sini", sambil doktor terbabit menunjukan jarum yang telah diisi cecair.

"Lihat, 0.5ml kan ?", sambil dia menyuruh penulis melihat sengatan pada picagari tersebut.

Penulis sekadar mengangguk dalam keadaan agak gementar. Biasalah si penakut jarum dan duri semalu.

Apabila disapu dengan alkohol (steril mungkin) pada bahagian yang akan disuntik.Penulis yakin bahawa penulis akan menerima dos Sinovac dalam beberapa saat kemudian.

"Tengok sini" kat doktor itu lembut

Boleh pula dia suruh penulis melihat jarum yang sedang menuju ke bahu penulis.

"Tengok, dan masuk bukan ?"

"Ya" balas penulis ringkas.

"Tengok sini, kosong kan ?", menerangkan lagi bahawa kandungan 0.5ml vaksin sinovac berjaya memasuki bahu penulis.

"Ok, sudah", sambung si doktor penyuntik Sinovac.

"Lepas ni ke mana pula?", tanya penulis kepada doktor tersebut dengan harapan minda penulis gagal mengesan bahawa penulis baharu sahaja disuntik.

"Terus duduk dekat sana, nanti petugas akan bantu", sambil doktor menunjukan kumpulan manusia yang sedang duduk secara teratur di hadapan penulis.

Kaunter Urusan Janji Temu Kedua

17. Seterusnya penulis menuju ke kawasan terbabit yang sudah cukup hampir dengan skrin dan pentas dalam Ballroom Mahsa ini.

Sama seperti sebelumnya, staf akan memberikan laluan dan panduan kepada penulis untuk ke kaunter mana.

Dapat sahaja pertemuan dengan staf yang akan memberikan tarikh temu janji seterusnya, ini adalah peringkat akhir.

Berikan kad kecil bewarna oren putih kepada staf yang menghadap komputer tersebut beserta kad pengenalan.

Siap ? Penulis boleh balik.

Berehat (Cool Down) Selepas Suntikan

Opps..belum boleh balik, staf membawa penulis untuk berehat seketika di kerusi yang sama baris dengan tempat menunggu untuk janji temu.

Mungkin dalam 15 saat penulis dibenarkan keluar.

Borang tadi akan ditanda dengan warna merah melalui kaedah 'stamping' (bahasa pasarnya, dicop).

Keluar dan nikmati penggambaran di booth gambar vaksinasi, dengan memegang 'placard'...


"I'm Completed 1st Dose"

Pastikan Sentiasa Ada Bersama

Apa yang penting adalah sentiasa membawa;

1. Kad Pengenalan / Passport

2. Telefon Bimbit/Gajet Aplikasi MySejahtera

3. Power Bank/Charger

4. Pen/Pensel

Begitulah 'throwback' dan 'flashback' penulis

Anda fikir anda tahu Pengalaman Menerima Suntikan Vaksin Sinovac Covid 19 Di PPV Mahsa University Kuala Langat ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan