Setting Payment Control Playstore
Zaman moden cabaran untuk ibu bapa dalam 'parenting' juga mula memerlukan kemahiran yang tinggi.
|
Cara Setting Google Playstore Payment |
Capelom, congkak dan buku komik Pendekar Laut bukan lagi mainan kanak-kanak. Semuanya gajet. Dek kemalasan untuk melayan kerenah anak anak maka gajet menjadi talian hayat.
Ikut semasa dan gaya terkini, apa salahnya.
Salahnya akan timbul apabila berlakunya isu membabitkan pembelian atas talian (online) tanpa pengetahuan ibu bapa.
Elak Pembelian/Bayaran Permainan Secara Automatik
Contohnya seorang kanak-kanak yang gemar bermain permainan atas talian, yang memerlukan pembayaran dan pembelian watak atau skin permainan contohnya.
Tanpa ada kemahiran dan kepakaran dari ibu bapa dalam memantau anak anak ketika menggunakan gajet ibu bapa sendiri, maka kerugian ratusan mungkin ribuan ringgit tanpa sedar.
Dalam info kali ini penulis akan berkongsi kepada ibu bapa untuk mengawal pembelian dan pembayaran tanpa faedah (bukan faedah 'interest') tetapi kerugian apabila anak anda yang masih belum mumaiyiz atau baligh menggunakan dana bank anda tanpa sebarang amaran.
Cara Setting Play Store Anda Tidak Auto Bayar
1. Klik icon Google Play Store anda untuk masuk ke tempat yang ingin di tuju.
2. Klik pada gambar akaun anda untuk menuju ke bahagian tetapan atau setting dalam bahasa inggeris.
3. Sudah sampai di bahagian setting, klik sahaja perkataan setting tersebut.
4. Akan keluar beberapa pilihan segebini, pilih Authentication dimana perkataan ini memberi maksud pengesahan yang memerlukan anda mengesahkan sesuatu
5. Pilih Biometric Authentication dengan menjadikan tombol tepi yang bewarna kelabu kepada warna hijau. Klik sahaja padanya.
6. Anda akan dibawa ke 'tab' seterusnya untuk mengesahkan bahawa anda yang ingin mengubah kelabu kepada ikon hijau berkenaan. Pastikan akaun yang dipilih adalah akaun anda, kalau akaun jiran sebelah itu masalah lain pula nanti.
7. Selesai langkah di atas tadi, anda perlu keluar kembali untuk satu lagi tetapan iaitu pilih pula ' Require Authentication for Purchase. Bermaksud tetapan ini diperlukan pengesahan jika ada sebarang transaksi atau bayaran tertentu nanti.
8. Dipaparan seterusnya pilih 'For all Purchases Through Google Play On This Device'. Pilihan ini bermaksud, sebarang transaksi pembelian atau pembayaran dalam gajet/telefon/tab atau sebarang device yang sedang anda akan gunakan ini akan meminta pengesahan sebelum bayaran diteruskan.
9. Contohnya disini, Football Manager ini memerlukan bayaran sebanyak RM37.90 sebelum dipasang (install) dalam device anda. Bermaksud permainan ini anda perlu bayar untuk bermain.10. Apabila anda sudah tetapkan (setting) sebagaimana yang penulis ajarkan di atas, sebelum sebarang pembelian/bayaran memerlukan pengisian kata kunci (password). Tiada lagi kerisauan bahawa wang anda dalam bank terus di tolak (deduct) kerana pembelian secara automatik.
Skill Parenting Selangkah Ke Hadapan Berbanding Anak Anak
Semoga dapat membantu para ibu bapa dan penjaga dalam menjaga kewangan ketika waktu sukar sebegini.
Kanak-kanak yang belum tahu dan belum matang fikiran semestinya tidak akan tahu akan kesukaran mendapatkan wang.
Baru baru ini ada kes di mana, anaknya membeli permainan atau watak mainan secara talian sehingga si penjaga kehilangan sehingga ribuan ringgit.
Diharap melalui tip dan kaedah ini dapat mengelakan dari kes sama berulang. Jangan jadikan kematangan anak sebagai kayu ukur, kita sebagai penjaga dan ibu bapa semestinya tahu membuat pantauan dan lebih kedepan berbanding mereka.
Anda fikir anda tahu Cara Setting Google Play Store Supaya Tidak Automatik Membuat Bayaran ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri