"Kronologi Filem Marvel Studios"
AWAS! Artikel ini mengandungi Spoiler
Dengan gabungan gambar-gambar dan klip-klip video bersambungan. Dari perlahan sehingga laju.
Urutan Tonton Filem Marvel |
Latar belakang warna merah darah ikan mula keluar. Perlahan lahan perkawatan 'Marvel' yang bewarna putih datang menerpa skrin dengan perlahan lahan.
Filem Marvel Studios Dengan Trademark
Akhirnya, dengan skrin latar belakang 'maroon' dan tulisan 'Marvel Studios' terpampang di skrin.
Itu menandakan anda akan ditayangkan dengan sebuah filem hasil produksi 'Marvel Studios'.
Filem Adaptasi Karakter Ciptaan Stan Lee
Mana ada peminat filem dan animasi yang tidak tahu akan 'Marvel Studios'. Merupakan satu produksi yang membawa hasil karakter ciptaan Stan Lee dari komik ke layar pawagam
Ironman, Captain America, Spiderman dan lain lain 'man' lagi semuanya dibawah naungan Marvel Studios.
Walaupun ada beberapa filem adiwira yang dihasilkan oleh pengeluar filem lain, sebelum pihak Marvel Studios 'mengambil alih' semua karakter-karakter adiwira ini.
Pengeluaran Filem Adiwira Marvel Berterabur
Bagi yang mengikuti setiap filem yang menampilkan adiwira-adiwira dalam The Avengers ini mesti akan memerlukan talaan minda yang agak tinggi untuk kaitkan dengan filem filem tersebut.
Ini kerana jika dilihat tahun dikeluarkan filem-filem ini tidak berturutan atau mengikut kronologi sebenar kejadian.
Bagi yang baharu sahaja mengikuti filem filem adiwira dari Marvel ini lagilah pening jika tidak tahu mana satu yang dahulu dan mana satu kemudian.
Urutan Perjalanan Kisah Filem Adiwira Marvel
Sebenarnya, kisah kisah dari Hulk, Captain America, atau Iron Man sehinggalah The Avengers (beberapa siri sekuel) ada turutan jalan cerita tertentu.
Cara Menonton Filem Marvel Mengikut Urutan
Kali ini penulis, senaraikan filem filem dari Marvel Studios mengikut urutan jalan cerita dari awal sehingga akhir.
Penulis ulas sedikit sinopsis pada filem filem tersebut mengikut acuan dan pandangan penulis sendiri.
Mungkin akan menimbulkan beberapa 'spoiler' dan ringkasan filem dari pemahaman penulis sendiri.
Captain America: The First Avenger
Pengenalan kepada kisah Captain America. Bagaimana superhero ini bermula dan wujud sehingga sekarang.
Dalam filem ini banyak tertumpu kepada 'peperangan' antara SHIELD dan HYDRA.
Dua 'NGO' yang membantu menyeimbangkan kejahatan dan kebaikan pada dunia.
Dalam filem ini, kehadiran SHIELD seperti Nick Fury dan Agent Romanoff dalam misi memperkuatkan SHIELD dengan konflik dalam mewujudkan Project Insight.
Oleh kerana Captain America wujud ketika zaman perang dunia kedua, maka ia boleh dianggap kemunculan pertama adiwira dalam gabungan Avengers.
Kehadiran The Falcon dan Buck Barnes juga diperkenalkan kepada dunia. Red Skull yang telah terkena kuasa Tasseract telah dihukum menjaga Soul Stone di Vormir
Selaras dengan serum yang dilihat di The Incredible Hulk, ia berwarna biru dan diaktifkan oleh sinar Vita. Tabung berisi serum di The Incredible Hulk dilabelkan dengan amaran sinaran sinar-Vita.
Captain Marvel
Pengenalan kepada watak Captain Marvel (Mar-Vell). Boleh dikatakan titik mula kepada pembentukan 'The Avengers'.
Nama 'Avengers' sendiri tercipta dari gelaran Danvers pada jet pejuangnya, menjadikan Nick Fury yang masih kesakitan dicakar Flerken (si oyen) menggunakan nama 'The Avengers' untuk kali pertama.
Tasseract iaitu salah satu unsur kuasa 'rare' diperkenalkan. Menjadi rebutan dalam filem ini yang membentuk konflik beberapa bangsa angkasa lepas, Skrull, Kree dan puak Ronan.
Sebelum tonton Guardians of Galaxy, The Avengers Infinity Wars dan Endgame, filem ini perlu difahami
Iron Man
Dalam filem ini lebih fokus kepada kehadiran watak Iron Man dalam dunia adiwira. Masih belum ada lagi keahlian Iron Man dan Avengers.
Sebagaimana filem Captain America pertama sebagai satu pengenalan watak adiwira Iron Man
Semasa Tony menanggalkan jasnya, prototaip perisai Captain America ada di latar belakang. Howard Stark, ayah Tony, merancang perisai di Captain America: The First Avenger.
Iron Man 2
Iron man kedua yang memfokuskan kepada perbalahan antara dua anak kepada pencipta zaman dahulu.
Antara anak kepada Howard Stark dan rakan penciptanya, Ivan Vanko. Dibantu pemilik Hammer Industries, Justin Hammer.
Kaitan filem ini dengan sequel Avengers adalah di mana, kelibat Nick Fury dan Black Widow yang cameo dalam proses melobi Tony untuk menyertai pakatan Avengers.
Ditambah juga kehadiran Agent Coulson yang turut menjadi wakil The Shield dalam Iron Man kedua ini.
The Incredible Hulk
Pengenalan kepada kewujudan incredible Hulk apabila eksperimen tentera untuk melahirkan 'super soldier'.
Dalam filem ini, ditunjukan watak, sifat dan kekuatan hulk.
Hulk masih belum bersatu dengan Bruce Banner. Apabila Hulk keluar maka hilanglah Banner, begitulah sebaliknya.
The Avengers
Dalam The Avengers pertama ini, lebih kepada pra perebutan enam biji batu kuasa oleh Thanos nanti. Dengan bantuan 'The Others' Thanos menjalankan misi awalnya melalui Loki.
Masih tiada kehadiran Thanos dalam filem ini melainkan dalam Post-Credit filem.
Konflik bermula apabila SHIELD cuba untuk ekstrak Tasseract (batu biru). Loki ingin merampasnya dan berlaku insiden.
Lebih mudah, Loki adalah yang diperangi oleh The Avengers (Captain America, Iron Man, Hulk, Black Widow,Hawkeye). Loki dibantu kehadiran Chitauri.
Tugasan pertama pasukan The Avengers. Loki tewas dan bersama Tasseract Loki di bawa balik ke Asgard oleh Thor.
Dalam adegan pasca-kredit pertama, The Other mengatakan kepada tuannya bahawa manusia bukan "celaka" yang dijanjikan dan menyerang Bumi lagi "akan menghukum mati" tuannya, Thanos menoleh dan tersenyum.
Petanda kehadiran Thanos.
Iron Man 3
Keegoan watak Tony Stark melahirkan banyak penjahat (Villain). Dalam filem Iron Man 3 juga, kejahatan muncul kerana sifat ego Tony Stark yang memperkecilkan Aldrich Killian.
Tony Stark di serang habis habisan sehinggalah kediamannya sendiri hancur menyebabkannya terpaksa 'melarikan' sehingga Alaska.
Kesan dari The Avengers pertama masih dirasai Tony Stark kerana traumanya masih ada jika terdengar ungkapan 'New York' ketika Chitauri Invasion.
Selepas kejadian 'The Avengers' di New York itu, dalam filem ini menunjukan kesan fizikal dan mental terhadap Tony Stark.
Ada sedikit kaitan dengan Captain America, namun ia adalah tema warna Iron Patriot (War Machine) yang dihadiahkan oleh Tony Stark kepada Rhodes (US Army).
Tiada sebarang babak atau 'event' langsung mengenai kaitan dengan filem marvel lain selain, kemunculan watak lain sebagai kawan dan kenalan.
Captain America: Winter Soldier
Captain America sendiri boleh dikategorikan sebagai hasil kajian 'winter soldier'.
Ramai sebenarnya 'winter soldiers' ini, kajian berlaku ketika zaman Henry Pym dan Howard Stark masih muda trang tang tang.
Dalam sekuel filem Captain America kali ini, konflik antara Hydra dan Shield mula memuncak.
Bermulalah kemunculan semula 'boneka' zaman dahulu, Winter Soldier sambil memperkenalkan watak Bucky Barnes yang lebih 'kuat' karakternya.
Kehadiran Nick Fury dan skuad Shield dalam filem ini sukar ditutup lagi. Sememangnya, jika ada Captain America pasti ada kaitan dengan Shield secara langsung.
Guardians of the Galaxy Vol. 1
Bagi filem pertama Guardians of Galaxy, lebih kepada bagaimana kru-kru ini bertemua.
Semuanya bermula di planet Xandar. Quill ingin menjual Orb (Power Stone) , Gamora mahukan Orb untuk ayahnya, Thanos. Rocket dan Groot turut berebut Orb.
Ketika ditangkap, Drax yang sudah berdendam dengan Thanos, cuba membunuh Gamora untuk keluarganya. Dengan kepakaran Rocket si Rakun semua terlepas ala-ala siri Prison break.
Dalam filem ini tidak banyak kaitan dengan filem Marvel lain, hanya pengenalan kepada kru dan kisah Guardians of Galaxy
Guardians of the Galaxy Vol. 2
Dalam sekuel seterusnya ini, banyak tertumpu kepada asal usul Quill. Tentang kewujudan ayahnya Ego yang memiliki cita-cita menakluk galaksi.
Niatnya sama seperti Thanos untuk mengambil alih alam semesta. Mantis yang hidup di planet milik Ego mula diserap ke dalam pasukan Guardians of Galaxy.
Masih tidak begitu terkait dengan filem marvel lain selain, memperkenalkan kepada dunia marvel kewujudan makhluk dan planet di dalam galaksi.
Namun, niat dan tujuan Thanos sudah mula muncul dengan kehadiran Nebula.
Avengers: Age of Ultron
The Ultron sebenarnya memang sudah wujud. Ciptaan Doctor Henry 'Hank' Pym (Ant man).
Ultron mula memiliki sifat 'Thanos' untuk pupuskan manusia dan wujudkan populasi robot sepertinya, kerana banyak kerosakan dilakukan manusia.
Dalam proses memiliki badan sintetik, ultron terpaksa berperang dan memaksa Helen Cho membuatkannya badan sintetik.
Badan yang memiliki batu keinginan Thanos pada dahi. Mind Stone (Batu Kuning).
Dalam proses menghalang Ultron, badan tersebut dicuri walaupun sudah dimasukan sedikit 'roh' ultron. Pihak Avengers merampas badan berkenaan, Tony Stark dan Bruce Banner cuba memasukan J.A.R.V.I.S ke dalam jasad berkenaan.
Dengan bantuan Thor, makan wujudlah Vision yang lebih cintakan alam semulajadi. Peperangan di Sokovia, mencetuskan persengketaan dalam Civil War.
Ant-Man
Doctor Henry 'Hank' Pym adalah ant man pertama di zaman awal kewujudan SHIELD.
Di zaman Howard Stark, ayah kepada Tony Stark.
Hank keluar daripada SHIELD kerana SHIELD cuba mendapatkan kajian dan teknologi kajiannya dalam projek pengecilan (berkonsepkan quantum physics).
Pengenalan kepada Scott Lang iaitu Ant Man zaman moden. Dengan karakter dan sifatnya dimasukan dalam filem beserta sejarahnya dahulu sehinggalah dia menjadi Ant Man setelah mencuri suit berkenaan.
Dalam post credit film, Wilson dan Steve Rogers telah berjaya memerangkap Winter Soldier (Bucky) dan sedang membincangkan apa yang harus dilakukan. Setelah memutuskan untuk tidak memberitahu Tony Stark, Wilson menyatakan bahawa dia tahu siapa yang harus dihubungi. Scott Lang salah seorang.
Ant man di panggil menyertai Civil War
Captain America: Civil War
Filem ini merupakan pasca filem Avengers Age of Ultron, iaitu hasil dari kerosakan dan kematian yang disebabkan Avengers. Kerosakan yang berlaku pada The Avengers pertama juga menjadi isu.
Setiusaha Ross mula ingin mengehadkan tugasan para Avengers, dengan memantau aktiviti mereka dalam satu aturan yang diberi nama Sokovia Accords.
Mula konflik apabila Captain America dan Ironman mula berbeza pendapat akan situasi ini.
Maka wujudlah dua puak, yang menentang dan menerima Sokovia Accords.
Apalagi terdapat seorang warga Sokovia yang menjadi jarum untuk memecahkan ikatan antara ahli Avengers.
Dengan menganiaya Barnes pembuat angkara di Viena menyebakan dia diburu oleh Black Panther dan mengapikan isu pembunuhan ibu bapa Stark ketika Barnes masih bersama Hydra.
Dalam episod Civil War ini, adalah pengenalan kepada The Black Panther dan Spiderman versi Marvel.
Black Widow
Bermula dengan kehidupan awal sebelum direkrut menjadi bangsa Black Widow. Natasha si Black Widow memiliki keluarga.
Kisah Black Widow diteruskan setelah dilepaskan oleh Captain America dalam Civil War. Black Widow hidup sebagai pelarian dan menemui semua keluarganya yang terpisah.
Beberapa konflik dengan Dreykov iaitu penjahat dalam filem ini.
Kematian Black Widow si Natasha di dalam End Game seumpama berakhirnya watak Black Widow dalam Avengers.
Namun, dalam post credit terdapat klu bahawa selepas Avengers Endgame Black Widow akan diganti, meskipun bukan Natasha
Spider-Man: Homecoming
Dalam versi terbaharu Spiderman, kita jadikan kewujudan watak Spiderman yang muncul dalam Captain America:Civil War.
Walaupun Mary Jane agak tidak sesuai dan Aunt May yang agak 'Tomei".
Demi mendapatkan bantuan ekstra, Tony Stark mendapat rekruit baharu iaitu Spiderman.
Dengan gajet dan alatan canggih dari Iron Man, Spiderman kali ini tidak 'bersendirian' dan tiada lagi cakap-cakap adakah Spiderman akan menyertai The Avengers.
Sekadar lawatan biasa (dalam negara) budak-budak sekolah. Spidey kali ini memerangi penjahat yang mencipta peralatan berdasarkan batu yang juga menjadi rebutan Thanos nanti.
Bermula dengan kisah Chitauri. Terkait Thanos, Loki dan Thor. Ketika berlakunya The Avengers yang pertama.
Kuasa yang pernah mencipta Red Skull ketika zaman Captain America : The First Avenger dan yang memberikan Wakanda menjadi satu lokasi berteknologi.
Permulaan kepada pelapis dan protege Iron Man. Spiderman!
Doctor Strange
Selain dari kisah permulaan wujudnya watak 'Doctor Strange' dalam filem Marvel. Dalam filem ini ada secebis dari 'puzzle' mengenai 'time travel' dalam The Avengers:Endgame.
Boleh dikatakan filem ini adalah asas untuk penciptaan mesin masa oleh Tony Stark dalan Endgame. Boleh kaitkan dengan ketika Doctor Strange 'bermain' dengan buah epal.
Dalam Endgame juga, Hulk datang berjumpa The ancient one. Dalam filem 'Doctor Strange' ini adalah info mengenai masa dan dalam filem Marvel.
Masih ingatkah mengenai 'batu hijau' ? Ya! time stone.
Black Panther
Pengenalan lebih terperinci mengenai watak Black Panther dalam edisi Marvel kali ini.
Jika sebelum ini Captain America : Civil War kita boleh melihat kehadiran sulung Black Panther.
Filem Black Panther ini lebih menceritakan bagaimana wujudnya Wakanda, bagaimana terciptaan watak Black Panther dan beberapa cebisan yang menjurus ke arah peperangan besar di Wakanda dalan The Avengers:Infinity Wars.
Thor: Ragnarok
Lebih kepada masalah perebutan kuasa dalam keluarga Odin. Kehadiran Hela, kakak kepada Thor dan Loki yang ingin menguasai Asgard dan semesta.
Masih ingat akan Quinjet yang membawa Hulk dalam The Avengers:Age of Ultron yang membawa Hulk 'hanyut' entah ke mana.
Sebenarnya ia sambungan kepada 'kehanyutan' Hulk bersama Quinjet yang mana Hulk berjaya bermastautin di Sakaar, tempat pengumpulan sampah dan barang lusuh dari angkasa.
Disinilah pertemuan semula Thor dan Hulk berlaku dan Quinjet tersebut ada gunanya untuk Thor kembali.
Peperangan besar di Asgard telah menyebabkan beberapa 'timeline' lain seperti;
-Penduduk Asgard dibawa ke Norway, sebagaimana dalam The Avengers:End Game.
-Valkyrie lebih timbul wataknya
Cukup info untuk kisah Thor dan Asgard untuk dimasukan dalam End Game.
The Avengers: Infinity War
Watak baharu diperkenalkan, iaitu watak kejahatan yang boleh dikatakan cukup besar kesannya dalam filem Marvel.
Thanos, salah satu kewujudan makhluk yang dalam kategori Titans. Kemunculan mungkin dalam filem Eternals
Memiliki niat yang agak positif namun dengan cara yang tidak dihalalkan.
Berpendapat alam semesta cukup 'serabut' dan ingin memperbetulkan ekosistemnya dengan memberikan kesimbangan (balance) dalam alam semesta dengan menghilangkan separuh (beberapa) dari populasi semesta.
Dalam merealisasikan visi, matlamatnya itu, maka terdapat cara dengan mendapatkan 6 biji batu kuasa yang ada sebelum melaksanakan segala aktiviti tidak bermoralnya itu.
Dalam naskah The Avengers ini lebih kepada kisah pencarian batu-batuan oleh Thanos bersama sekutu, dan halangan dari The Avengers dan sekutu.
Boleh lihat kembali 'timeline' yang penulis senaraikan di atas apakah kaitan dengan semuanya.
Ant-Man and The Wasp
Dalam ant man sekuel kedua ini lebih kepada pengenalan untuk watak "The Wasp" atau sidekick kepada ant-man iaitu Hope anak kepada Doctor Hank Pym.
Konflik berlaku apabila, Ava, cuba untuk menyembuhkan dirinya menggunakan quantum chamber pada masa yang sama Hank Pym ingin kembalikan isterinya iaitu The Wasp asal, Janet Pym.
Lebih kepada perebutan beberapa pihak untuk mendapatkan Lab milik Hank Pym.
Kaitan antara Hank Pym dan Avengers adalah kajian yang pernah dibuatnya antara artificial intelligence dan robot.
Pendek cerita, menghasilkan The Ultron, yang muncul pada The Avengers: The Age of Ultron.
Dalam timeline kisah marvel, filem ini adalah sebelum dan ketika Thanos memetik jari dalam The Avengers: Infinity Wars, memandangkan babak ketika Scott Lang terperangkap di dalam van yang 'catchy' honnya yang turut muncul ketika Endgame ketika sedang menyedut particle.
5 tahun kemudian...
ada seekor tikus sebenarnya.....
WandaVision
Wandavision adalah sebuah siri drama yang menampilkan 9 episod semuanya. Lebih kepada hubungan Wanda (lebih dikenali scarlet witch) dan Vision.
Selepas Avengers mula 'assemble' dengan pergolakan di Sokovia dan beberapa drama antara Wanda dan Vision dalam Captain America : Civil War.
Siri WandaVision ini lebih kepada hubungan antara mereka. Selepas ternadinya pelbagai 'aktiviti' dalam End Game, maka siri ini adalah rentetan apa yang berlaku kepada Wanda dan Vision selepas 3 minggu kejadian The Avengers : End Game tamat.
Doctor Strange juga 'cameo' dalam episod "The Series Finale".
The Falcon and the Winter Soldier
Selepas 6 bulan kejadian End Game, dimana sam diberikan shield oleh Captain America yang tua, kisah hidup Buck dan Sam bermula.
(akan dikemaskini)
Spider-Man: Far From Home
8 bulan selepas kematian Iron Man (Tony Starks), Spiderman dari Queens cuba untuk 'move on' dengan menyertai rombongan trip ke Eropah.
Dalam filem ini kehadiran The Shield (Nick Fury dan Agent Maria Hill) seumpama mentor kepada Spiderman memandangkan ketiadaan Tony Stark iaitu Iron Man menjadi mentor.
Kumpulan 'haters' iron man menjadi penjahat dalam filem ini, dengan diketuai oleh mysterio.
Filem selepas kejadian 'Avengers : Endgame' ini seolah olah menujukkan persoalan, adakah spiderman akan menjadi pengganti Iron man ?
Loki
Kisah Loki sepatutnya berada sebelum kejadian pertama penyatuan The Avengers iaitu mula-mula Thor dan Asgard bermula.
Namun, cukup terbaik untuk difahami setelah The Avengers:End Game sudah berlaku
(akan dikemaskini)
Eternals
(akan dikemaskini)
Cara Menonton Filem 'Superhero' Marvel Ikut Urutan
Harap dapat membantu bagi peminat filem Marvel untuk menikmati filem filem marvel secara urutan.
Boleh dikatakan ini adalah cara sebenar untuk menonton filem Marvel.
Mengikut urutan cerita memudahkan untuk penonton memahami plot atau jalan cerita. Lainlah kalau memang 'fan boy' bila tanya babak yang mana pun boleh ingat.
Boleh Tonton Secara Streaming Timeline Filem Marvel
Dengan kehadiran beberapa platform streaming untuk tontonan, maka ia lebih memudahkan kita dalam menonton filem filem dari Marvel dan watak Marvel secara urutan timeline yang betul.
Kewujudan HBO GO, dan terbaharu Disney+Hotstar lebih membantu dalam memberikan kaitan antara filem Marvel dan watak adiwira Marvel mengikut jalan ceritanya.
Berkecamuk keluaran produksi adalah kerana jualan hakcipta dan paten oleh Marvel menjadikan Spiderman dalam banyak versi, kisah Hulk juga agak tergantung.
Mungkin nanti Marvel Studios akan membuat platform streaming mereka sendiri pada masa hadapan.
Anda fikir anda tahu Kronologi Timeline Filem Filem Adiwira Marvel Mengikut Jalan Cerita ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri