"Jenis Baja NPK"
Berkebun jarang tidak akan memberikan hasil jika ada cara dan teknik.
Kelebihan dan Kandungan Baja NPK |
Tidak kira anda berminat untuk menanam sayuran berdaun, sayur berbuah atau pokok yang mengeluarkan buah untuk jualan komersil.
Dengan teknik dan pengetahuan dalam penjagaan yang betul dengan izin Allah maka ada hasilnya.
Pemilihan Zat dan Nutrien Pokok
Pemilihan tanah merupakan satu perkara asas dalam penjagaan tanaman anda. Jika dikawasan lapang atau luas tidak begitu risau akan kandungan zat dalam tanah.
Bagaimana bagi penanaman versi minimalis iaitu berkebun dengan menggunakan polibag atau pasu ?
Bagaimana untuk mengekalkan zat untuk tanaman anda ?
Caranya semestinyalah penggunaan baja. Antara baja yang agak popular dan asas dalam bercucuk tanam adalah baja jenis NPK.
Baja kimia yang mengutamakan tiga unsur zat iaitu Nitrogen (N), Phosphorus (P), dan Kalium (K).
Kegunaan Zat dan Nutrien Nitrogen, Phosphorus dan Kalium untuk Tumbuhan
Sebelum itu kita ketahui kepentingan setiap unsur NPK ini, apakah kelebihan dan kegunaan tiga unsur ini untuk tanaman.
Nitrogen (N)
Unsur ini berguna untuk tumbesaran dan menghijaukan daun. Berfungsi menghasilkan klorofil untuk daun.
Terbaik untuk membantu proses fotosintesis untuk pokok dengan lebih baik. Fotosintesis ini adalah proses pokok untuk membuat makanannya sendiri.
Fotosintesis berfungsi baik maka makanan banyak seterusnya tumbesaran tanaman terjamin.
Jenis baja yang disarankan adalah jenis baja NPK 15.15.15. Warna baja ini biasanya warnanya hijau.
Phosporus (P)
Unsur ini berfungsi dalam kesihatan dan kekuatan akar pokok. Kegunaan P ini adalah untuk mengelakkan pokok mudah tumbang dan batangnya cepat lemah atau lembik.
Cengkaman akar tidak kuat kerana kekurangan unsur Phosporus. Penyerapan nutiren dan air juga akan terganggu jika akar tidak kuat.
Baja yang disarankan untuk digunakan adalah baja jenis CIRP. Warnanya ada dua jika bukan merah jambu, dalam versi ungu juga ada.
Kalium (K)
Unsur ini lebih kepada proses pembungaan dan pembesaran buah. Pokok atau tanaman sudah lama ditanam, tetapi tidak mahu berbunga dan berbuah atau mengeluarkan hasil.
Kekurangan unsur Kalium menjadi punca masalah ini.
Baja yang disarankan adalah NPK 12.12.17 yang bewarna biru.
Tahu Kekurangan Nutrien dan Zat Pada Tanaman
Penting untuk tahu tiga elemen atau zat ini kerana memudahkan kita untuk mendapatkan jenis baja yang sesuai.
Pembajaan secara tiada perancangan boleh merosakan ekosistem dan boleh mematikan tanaman itu sendiri.
Tips Pemilihan Baja NPK Sesuai
Jika pokok lambat besar dan daunnya tidak mahu hijau (pokok daun hijau, kalau daun kuning kuninglah) itu menandakan ia kekurangan zat Nitrogen (N)
maka dapatkan baja yang memiliki nilai ration N yang tinggi (tidak semesnya NPK 15.15.15 sahaja).
Apabila pokok mudah goyang atau tidak stabil sehingga membawa kepada tumbang atau senget, Phosporus (P) diperlukan.
Carilah baja yang memiliki ratio P yang lebih berbanding unsur lain.
Bagi yang inginkan pokok berbunga, berbuah dan mengeluarkan hasil, zat Kalium (K) perlu diperhatikan. Dapatkan baja yang memiliki unsur Kalium yang tinggi.
Terdapat juga NPK dengan ratio NPK 15.3.20, atau NPK 16.4.20
Pilih Ratio Kandungan Nitrogen, Phosporus dan Kalium Diperlukan Tanaman
Tidak semestinya nombor ratio tertentu sahaja, jika ada masa untuk membuat kajian sendiri boleh lihat kondisi pokok.
Jika nampak ada kekurangan (rujuk kelebihan zat N,P,K di atas) belilah baja yang memiliki nombor yang tinggi pada yang lain.
Semoga info ini membantu anda memilih jenis baja NPK yang sesuai untuk masalah tanaman anda.
Fahami kekurangan zat, dan carilah baja yang memiliki zat yang diperlukan.
Anda fikir anda tahu Cara Memilih Baja NPK Sesuai untuk Tanaman ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri