"Gelaran Emas Viral"
Emas adalah satu galian yang apabila ditemui walaupun dibelakang rumah ketika enak dan khusyuk gembur tanah untuk menanam lada habanero, mampu membuatkan banyak pihak ingin membeli tanah anda.
Gelaran Unik Emas Di Pasaran |
Namun, sedarkah anda dengan kehadiran tukang tukang emas yang sudah ramai sekarang terutamanya di Kelantan, pelbagai rekabentuk dan nama kreatif tercipta.
Design Emas Nama Gelaran Unik
Sebagai satu cara untuk mempromosikan emas dan kedai, maka nama unik dengan motif rekaan yang kena dengan nama menjadi pilihan.
Jom kita kenali beberapa nama rekabentuk emas dengan nama yang cukup unik.
Tupak Dakap (Ketupat Dakap)
Sumber : Google Image |
Dengan rekabentuk bulat-bulat (nampak seperti bulat) dan susunan rapat-rapat antara segmen kepingan emas.
Sumber : Google Image |
Menampakan 'keakraban' antara segmen segmen kepingan emas yang dicantum seperti bentuk ketupat dakap (sejenis kuih Kelantan).
Sekkut Tawa (Biskut Kering)
Sumber : Google Image |
Direka seketul seketul dan dalam bentuk segiempat yang menyerupai bentuk biskut kering (sekkut tawa dalam dialek Kelantan).
Sumber : Google Image |
Ditambah pula hiasan berlian atau permata yang berbintik-bintik seperti lubang lubang halus pada biskut kering.
Lipe (Lipan)
Sumber : Google Image |
Ramai yang pernah melihat lipan, sejenis serangga berbisa yang banyak kaki dan banyak segmen.
Sumber : Google Image |
Begitulah juga barang kemas dengan gelaran lipan memiliki bentuk bersegmen-segmen kecil, bsersambung-sambung serta berselit selit dan 'berbisa' juga pada bayarannya.
Litoh (Lintah)
Sumber : Google Image |
Lintah haiwan yang berbentuk bujur dan leper dan akan mengembung bila kekenyangan. Maka, aplikasi dari rekabentuk ini, para pengukir emas Kelantan berusaha membentuk emas yang lebar serta halus pada penyambungnya.
Sumber : Google Image |
Seakan akan lintah.
Dunhill
Sumber : Google Image |
Jenis ini turut dipanggil 'lipan' tapi versi 'dunhill'. Rekabentuknya masih seperti bentuk 'lipan' akan tetapi saiznya lebih besar.
Kurang pasti mengapa ia digelar 'dunhill' oadakah kerana rokok jenama dunhill adalah antara termahal harganya dan emas ini, emas lipan dalam kategori 'dunhill'.
Perlu diingat jenama Dunhill bukan hanya untuk rokok, Dunhill juga ada memasarkan minyak wangi (perfume).
Bagi nama nama versi Kelantan di atas, kebanyakan adalah gelang dan rantai kerana orang Kelantan lebih gemarkan gelang dan rantai yang agak menonjol.
Daun Ketum
Sumber : Google Image |
Inovasi dan kreativiti makin mengikut peredaran zaman. Daun ketum sangat sensitif dan popular maka dijadikan rekaan daun ketum.
Dengan urat dan bentuk daun menyamai daun ketum sebenar, maka ia salah satu daun ketum mahal yang menjadi idaman.
Sumber : Google Image |
'Design' daun ketum adalah permulaan kepada idea dan sumber pengukir emas untuk menjadikan alam semulajadi sekeliling sebagai ilham.
Antara rekabentuk yang mengikut alam semulajadi adalah;
Daun Ganja
Sumber : WhatsApp |
Tidak salah apabila menjadi cincin atau barang kemas, ia salah apabila ia boleh direbus dan digunakan untuk berkhayal.
Sumber : Google Image |
Inilah 'design' daun ganja. Inspirasi dari Jamaica (tidak betul)
Daun Kari
Sumber : WhatsApp |
Jangan pula tertukar untuk masukkan ke dalam masakan. Daun kari ini tinggi nilainya.
Sumber : Google Image |
Usah dicium kerana ia tidak memiliki bau kari. Kalau sembang kari untuk emas jenis ini ada nilainya.
Daun Kaduk
Sumber : WhatsApp |
Penulis mengenali daun kaduk apabila ibu penulis dahulu meminta penulis memetik beberapa helai daun kaduk untuk dibuat gulai siput bendang.
Sumber : Google Image |
Rupa seperti daun sireh dan ia lebih bernilai dari daun kaduk sebenar yang hidup di sekitar 'cha' atau air longkang.
Daun Semalu
Sumber : WhatsApp |
Sifat semula jadi daun semalu adalah apabila disentuh akan kuncup dan 'malu'. Itu adalah daun semalu yang sebenar.
Sumber : Google Image |
Namun, apakah daun semalu ini akan kuncup apabila disentuh ? Mestilah tidak, yang kuncup hanyalah nilai duit dalam akaun simpanan.
Daun Sawit
Sumber : WhatsApp |
Belakang rumah penulis banyak pokok sawit, jika ditebas dan dipangkas ia tiada nilai kalau ke pajak gadai.
Sumber : Google Image |
Dengan 'design' seperti daun kelapa, ia seumpama 'lipan' kecil melingkari jari.
Bayam Brazil
Sumber : WhatsApp |
Penulis ada menanam sayur ulam ini, tidak tahu pula sudah dikomersilkan menjadi rekabentuk untuk barang kemas.
Sumber : Google Image |
Bayam Brazil ulam cukup ranggup, adakah bayam Brazil versi emas ini juga begitu ranggup ? Ranggi, mungkin ya.
Kebiasaannya untuk nama nama bunga, daun dan sayur adalah rekabentuk cincin.
Pelbagai Jenis 'Design' dan Nama Emas
Walau apa pun, nama, bentuk, harga, emas ada nilainya. Jika dalam Islam, kekayaan sesebuah negara diukur melalui sumber galian emas yang ada dalam negara tersebut.
Bagus sebenarnya memiliki simpanan emas, jika terdesak dengan ekonomi sendiri ia masih ada nilai walaupun beberapa gram beratnya.
Anda fikir anda tahu Nama Gelaran Emas dan Harganya Di Pasaran ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri