Kelebihan dan Manfaat Pinjaman LPPSA Dalam Pembelian Rumah Penjawat Awam

 Memiliki rumah adalah satu keperluan dalam kehidupan manusia. Bekerja siang hingga malam ada yang membuat kerja lebih masa (overtime) salah satunya adalah kerana ingin memilik rumah.

Kelebihan Pinjaman Perumahan LPPSA
Kelebihan Pinjaman Perumahan LPPSA


Sampai bilakah kita mahu tinggal di dalam rumah orang lain dengan cara menyewa ?


Pasti dalam fikiran setiap manusia inginkan rumah dan tempat perlindungan sendiri. Bayaran sendiri dan pemilikan sendiri.

Cara Membuat Pinjaman Perumahan Di Malaysia

Dalam pembelian perumahan terdapat beberapa cara untuk mendapatkan pinjaman perumahan. Kes ini penulis tujukan kepada penjawat awam. Ini adalah salah satu kelebihan bekerja sebagai penjawat awam.

Penjawat awam boleh membuat pinjaman perumahan melalui tiga cara, selain dari pembelian tunai;

1. Pinjaman Perumahan Dengan Bank

2. Pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

3. Pinjaman Pemaju

Kebaikan Membuat Pinjaman Perumahan Dengan LPPSA

Kali ini penulis akan berkongsikan kelebihan dan kebaikan yang ada pada skim pinjaman LPPSA yang menjadi 'talian hayat' kepada pekerja perkhidmatan awam untuk memiliki rumah mereka sendiri.

1. Pinjaman sehingga umur 90 tahun (skim pencen)

2. Tiada sebarang alasan dan terkesan kerana 'blacklist' oleh CTOS atau rekod buruk CCRIS oleh Bank Negara.

3. Pinjaman boleh secara penuh 100%, namun begitu 10% deposit perlu dibayar dahulu dan LPPSA akan kembalikan 10% tersebut. 'Full loan' pembiayaan perumahan senang cerita.

4. Bank konvensional hanya membenarkan 70% sahaja pinjaman lulus jika ingin membuat pembelian rumah ketiga. Bagi peminjam LPPSA tiada sebarang masalah untuk memiliki 4 buah rumah sebagai pelaburan.

5. Bank biasanya akan melihat segala komitmen anda dalam urusan pelepasan pinjaman. Dengan melihat penyata bank dan slip gaji. Dengan pinjaman LPPSA gaji bersih diutamakan, komitmen lain seperti kereta, motosikal, atau apa apa komitmen lain tidak dikira.

6. Bagi rumah yang masih dalam pembinaan pembiayaan LPPSA tidak akan mengenakan faedah (interest). Tiada 'bunga' pembinaan sehingga 36 bulan atau 3 tahun.

7. Terdapat perlindungan sekitar RM100,000 (mengikut belanjawan negara tahun 2021)

Jadi amat beruntunglah penjawat awam yang boleh menggunakan LPPSA dalam pembelian rumah sendiri. 

Semoga artikel ini membantu penjawat awam memahami dan bersyukur dengan wujudnya Lembaga Pembiayaan Perumahan Penjawat Awam dalam membantu penjawat awam memiliki kediaman idaman sendiri.

Anda fikir anda tahu Kelebihan dan Manfaat Pinjaman LPPSA Dalam Pembelian Rumah Penjawat Awam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan