Coating Cat Kereta Baharu Di Sensha Coating Kota Kemuning Shah Alam

 "Coating Kereta Di Sensha Coating"

Memiliki kenderaan baharu lain rasanya, walaupun anda pernah bukanlah kali pertama memiliki kenderaan.

Coating Kereta Di Sensha Coating Kota Kemuning
Coating Kereta Di Sensha Coating Kota Kemuning

Rasa sayangnya lain macam bila baharu sahaja memiliki kenderaan yang masih belum dikoyakan plastiknya. Bau 'kilang' pun belum pudar.


Pasti setiap pemilik kenderaan baharu risau dan gusar jika ada sebarang kotoran atau calar pada kereta idaman yang baharu sahaja dimiliki.

Ada juga selepas subuh sudah mula mengelap kereta supaya nampak berkilat dan bersilau.

Apa itu Coating Kereta ?

Cat merupakan 'kulit' pada kereta anda. Sebarang kekotoran, pudar dan calar halus pada cat kereta menyakitkan permandangan apalagi kereta yang masih baharu.

Terdapat satu kaedah penjagaan kereta yang dinamakan 'coating'. Coating cat kereta. Apakah proses coating kereta ini ?

Tujuan dan Kelebihan Coating Kereta

Coating kereta adalah satu proses penjagaan kereta untuk melindungi cat pada kereta daripada warna pudar atau lusuh, kekotoran yang degil dan calar yang halus seperti terkena batu kecil atau sedikit cakaran 'manja'.

Itu adalah tujuan kenapa ada yang membuat coating pada kenderaan mereka apabila membeli kereta baharu misalnya. Coating adalah untuk menghilangkan kesan berikut;

- Menambah kilatan cat

- Buang pudar cat kerana oksida

- Calar halus

Suka penulis jelaskan bahawa coating tidak akan berguna kepada kesan calar kasar (teruk) seperti kesan kemalangan dan goresan siling khianat.

Coating ini hanya berfungsi melapisi coating cat yang sedia ada pada cat kereta.

Kereta Bagaimana Sesuai untuk Proses Coating

Lazimnya, kereta yang baharu dibeli akan dihantar untuk 'coating'. Pada kebenarannya tidak semestinya kereta atau kenderaan yang baharu keluar dari kedai sahaja perlu dilapiskan dengan filem coating, kereta atau kenderaan yang baharu menukar cat juga boleh untuk coating.

Jika anda sudah hilang rasa kasih sayang dengan kereta anda dan memiliki bajet yang lebih, kereta atau kenderaan lama juga boleh dilakukan proses 'coating'.

Penulis memberikan gambaran bahawa kebiasaannya kereta baharu sahaja orang akan membuat coating.

Jenis Jenis Coating Kereta

Dalam bahasa mudah kita 'laminate' lapisan kereta kita, namun bukan sampai tahap 'wrap' kereta. Pernah buat assignment bukan ? Laminate dengan filem lutsinar.

Proses coating ini akan dilakukan dengan melindungi cat kereta anda dengan filem lutsinar. Terdapat dua jenis filem yang penulis tahu setakat ini, glass coating dan ceramic coating.

Kos dan Harga Coating Kereta

Penulis pernah membuat bancian (survey) terhadap harga coating kereta, harganya sama dengan julat (range) harga 'tinted' kenderaan.

Pada zaman dahulu ada yang mencecah RM3000, namun sekarang harganya sekitar RM250 sehingga RM2000. 

Terdapat banyak pakej untuk coating. Harga bergantung kepada jenis, waranti dan ketahanan filem coating. Bergantung kepada jenis coating, glass atau ceramic.

Coating ceramic lebih mahal berbanding glass.

Pengalaman Coating Kereta Di Sensha Coating Kota Kemuning

Dalam pencarian kedai yang boleh menyediakan servis coating penulis menemui satu kedai yang boleh dicuba.

Ia terletak di Kota Kemuning, ini kedai yang terdekat dengan penulis.

Penulis menemui satu kedai coating kereta yang agak tinggi dan baik 'review' pelanggan dan agak dekat dengan tempat tinggal penulis.

Nama kedai tersebut adalah Sensha Coating Kota Kemuning.

Masuk facebook page mereka untuk melihat pakej coating yang ada. Sudah membuat pilihan pakej boleh buat pesanan.

Sebelum datang coating, perlu buat janji temu (appointment) dahulu. Penulis membuat 'appointment' melalui Facebook Page.

Cepat balasannya. Bagi tempahan slot (booking) berikan butiran seperti;

Nama anda

Nombor telefon anda

Model kereta anda

Nombor plate kereta anda

Tarikh yang diinginkan anda

Lokasi Kedai

Isikan dan tunggu balasan mesej dari pihak Sensha Coating untuk waktu. Bagi penulis, pertanyaan kepada pihak mereka agak pantas dan dijawab.

Pada hari untuk coating anda akan diperjelaskan lebih detail tentang pakej yang ada.

Ketika ini anda boleh buat pilihan dengan lebih terperinci dan dapatkan maklumat dengan personel yang ada.

Apabila setuju dengan pakej, mereka akan membuat pemeriksaan badan kereta untuk periksa adakah calar atau kerosakan yang sedia ada pada kereta.

Mereka akan memberikan info tersebut pada anda dan apabila tiada sebarang masalah bolehlah diteruskan coating.

Pakej Coating Sensha Coating

Penulis memilih pakej Ceramic Coating Standard dengan harga RM499 dengan waranti 3 tahun.

Tempoh Masa Proses Coating

Proses coating mengambil masa sekitar 5-6 jam bergantung kepada jumlah 'appointment' pada hari tersebut.

Penulis sarankan supaya ada yang menghantar atau datang dengan dua kenderaan. Bolehlah pulang dahulu ke rumah.

Selepas siap pihak Sensha Coating Kota Kemuning akan menelefon anda. Setelah 4 jam Perodua Bezza Advance penulis berjaya dipasang coating. 

Ulasan Penulis

Bagi penulis coating kereta sekadar mengilatkan kereta sahaja dan calar halus sahaja yang dilindungi. Hampir RM500 untuk coating yang tidak mampu lindungi calar yang besar, jika ada wang lebih bolehlah coating kenderaan anda.

Bukan satu kemestian untuk coating berbeza dengan tinted kenderaan yang 'perlu'.

Lokasi Sensha Coating Shah Alam

Bagi yang ingin mencuba coating di Kedai Sensha Coating Kota Kemuning Boleh rujuk lokasi di bawah;


Anda fikir anda tahu Coating Perodua Bezza Di Sensha Coating Kota Kemuning Shah Alam ?

Anda fikir sekali....

Assalamulaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan