" Oneworld, Sky Alliance dan SkyTeam "
Seperti pepatah lidi seikat, kalau satu lidi mudah patah, kalau banyak lidi digengam sukar untuk dipatahkan.
Apa Itu Oneworld, Star Alliance dan SkyTeam |
Begitulah perumpamaan, kalau seorang tidak berani, kalau bawa geng semua dilanggar. Begitu juga jika syarikat atau entiti tertentu. Jika melakukan kerjasama pasti akan berjaya.
Antara bidang yang turut melakukan kehidupan seperti Whatsapp group ini adalah syarikat penerbangan.
Star Alliance, Oneworld dan SkyTeam
Mesti ada yang pernah terlihat badan pesawat yang memiliki tulisan atau lambang yang tertera Oneworld, Sky Alliance dan Skyteam.
Apa nama semua ini ?
Malaysia Airlines sendiri memiliki nama Oneworld pada sebahagian pesawat milik mereka.
Bagi penulis seorang #Planspotter tidak pelik dan hairan dengan perkataan ini, kerana sudah biasa dilihat pada kanta DSLR.
Apakah ini semua iluminati ? Cup! jauh sekali dengan perkataan itu.
Apa itu Alliance Airlines ?
Sebenarnya, terdapat tiga kumpulan pakatan penerbangan yang ada di dunia. Mungkin ada lagi tetapi yang terbesar adalah tiga pakatan ini.
Pakatan sebegini adalah untuk memperkuatkan lagi peluang untuk bersaing dalam bidang penerbangan.
Contoh sahaja, filem KL Gangster atau Crows Zero, untuk bersaing semestinya perlu ada kumpulan dan pakatan.
Pakatan ini adalah;
1. Star Alliance
2. Oneworld
3. Sky Team
Setiap pakatan ini dianggotai oleh beberapa ahli, ahlinya semestinyalah syarikat penerbangan (airlines).
Airlines Alliance Syarikat Penerbangan Dunia
Dalam pakatan atau kumpulan ini mereka memiliki 'codeshare' tersendiri atau trademark code tersendiri mengikut jenis pakatan.
Kita kenali satu persatu pakatan (alliance) yang ada;
1. Star Alliance
Star Alliance Livery | Google Image |
Diwujudkan pada 1997 dan berpusat di Frankfurt, Germany. Merupakan pakatan pertama sekali wujud dari ketiga-tiga pakatan syarikat penerbangan.
Menggunakan slogan “The Way The Earth Connects”.
Antara syarikat pernerbangan yang berada di bawah Star Alliance adalah;
Aegean Airlines
Air Canada
Air China
Air India
Air New Zealand
ANA
Asiana Airlines
Austrian Airlines
Avianca
Brussels Airlines
Copa Airlines
Croatia Airlines
EgyptAir
Ethiopian Airlines
Eva Air
Lot Polish Airlines
Lufthansa
Scandinavian Airlines
Shenzhen Airlines
Singapore Airlines
South African Airways
SWISS
Tap Air Portugal
THAI Airways
Turkish Airlines
United Airlines
2. Oneworld
Malaysia Airlines Oneworld Livery | Google Image |
Merupakan kumpulan pakatan kedua ditubuhkan iaitu pada tahun 1999. Pakatan ini ditempatkan pusatnya di New York, Amerika Syarikat.
Menggunakan “An alliance of the world’s leading airlines working as one” sebagai slogan pakatan.
Antara airlines yang menjadi pemula kepada pakatan Oneworld adalah;
British Airways
American Airlines
Cathay Pacific
Qantas
Seterusnya dianggotai oleh beberapa airlines lain seperti;
American Airlines
British Airways
Cathay Pacific
Finnair
Iberia
Japan Airlines
Malaysia Airlines
Qantas
Qatar Airways
Royal Air Maroc
Royal Jordanian
S7 Airlines
Sri Lankan Airlines
*Termasuklah Malaysia Airlines pada 2013.
3. SkyTeam
Korean Air Skyteam Livery | Google Image |
Pada Jun 2000 SkyTeam mewujudkan pakatan mereka. Menjadikan “Caring more about you” sebagai slogan, pakatan ini berpangkalan di Belanda.
Airlines yang mula bersama pakatan SkyTeam adalah;
Aeromexico
Air France
Delta Air Lines
Korean Air
Diikuti oleh syarikat penerbangan lain;
Aeroflot
AerolÃneas Argentinas
Aeroméxico
Air Europa
Air France
Alitalia
China Airlines
China Eastern Airlines
Czech Airlines
Delta Air Lines
Garuda Indonesia
Kenya Airways
KLM Royal Dutch Airlines
Korean Air
Middle East Airlines
Saudia
TAROM
Vietnam Airlines
XiamenAir
Sebab Penubuhan Airlines Alliance
Penubuhan pakatan (alliance) sebegini selain dari memberikan keuntungan bersama kepada syarikat penerbangan dengan perkongsian laluan dan jadual penerbangan bersama.
Kelebihan Airlines Alliance Kepada Penumpang
Ia lebih memberikan pulangan kepada penumpang.
Banyak kelebihan kepada penumpang yang menggunakan khidmat dari tiga pakatan Oneworld, Star Alliance dan SkyTeam ini.
Contohnya dari segi;
1. Pengurusan Transit Penerbangan
2. Urusan Tempahan Tiket
3. Sistem pengurusan Bagasi
4. Mata ganjaran atau Rewards Penumpang
Boleh dikatakan ia situasi 'menang-menang' untuk syarikat penerbangan dan pengguna penerbangan tidak kira untuk travel atau bisnes.
Anda fikir anda tahu Apakah Maksud Oneworld, Star Alliance dan SkyTeam Pada Pesawat ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri