" Kandungan dan Fungsi Vaksin Covid-19 "
Bermulalah era suntikan vaksin Covid-19 di Malaysia apabila, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyidin Yasin pada 24 Februari 2021.
Bagaimana Vaksin Covid 19 Berfungsi |
Namun, apakah yang terkandung dalam vaksin Covid-19 ini ?
Ramai yang menyuarakan pendapat sendiri tidak kiralah anda tidak pernah mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sehinggalah anda seorang Professor Madya.
Lainlah jika anda adalah seorang pakar dalam virology dan vaksin, boleh lah diambil pandangan.
Timbul Teori Konspirasi Kandungan Vaksin Covid-19
Apa lagi ramai penganut 'palatao' dan pengikut teori konspirasi yang 'tahu' kandungan yang ada dalam vaksin covid-19, ada yang berkata ada lemak babi. Tidak kurang juga yang berkata ini adalah cara puak 'New World Order' meletakan mikrocip dalam vaksin untuk mengesan pergerakan kita.
Padahal orang tersebut menulis komen di 'Facebook' dengan menggunakan telefon pintar dengan GPS built in yang sentiasa terbuka 'Location Information'.
Kebiasaan vaksin kandungannya adalah virus itu sendiri. Virus yang sudah dimatikan dan ada juga virus yang dilemahkan dan sudah tidak aktif untuk menyerang sistem pertahanan manunisa.
Sebelum lebih jauh fahami bagaimana virus covid-19 menyerang sel badan manusia.
Bagaimana Virus Corona (COVID-19) Menyerang Manusia ?
Virus Corona Covid-19 adalah tersangat halus sehingga boleh memasuki sel.
Virus ini lebih kepada menyerang sel. Bentuknya yang memiliki banyak antenna (duri atau jarum) memudahkan tugasnya.
Apabila virus ini menyerang sel organ (lebih popular sel di paru-paru), virus ini akan menyuntik genetiknya dalam bentuk DNA atau RNA iaitu 'resepi' untuk mencipta protein virus tersebut.
Apabila melepaskan DNA atau RNA ke dalam sel manusia, sel tersebut akan 'digodam' dan dengan bantuan DNA atau RNA virus tersebut mereka akan mengambil alih sel manusia untuk mencipta protein dengan DNAnya untuk membiak.
Seumpama proses pengeraman, cuma virus ini tidak melepaskan telur tetapi genetik (DNA atau RNA) melalui 'duri-duri'.
Sebab itulah mRNA virus Covid-19 ini diambil pada 'duri-duri'.
Bagi Covid-19, para pakar telah menggunakan satu teknik dan metod baharu dengan menjadikan mRNA sebagai kandungan dalam vaksin Covid-19.
Apakah itu mRNA ?
Setiap benda hidup termasuk manusia dan virus ada sel. Di dalam sel terdapat kromosom. Di dalam kromosom terdapat DNA.
DNA adalah pengenalan seseorang. Dalam DNA terdapat RNA yang berfungsi untuk membawa 'data' dari DNA untuk proses membuat protein.
Protein adalah struktur asas pada benda hidup.
'm' bermaksud 'messenger' iaitu utusan. Bahasa mudahnya mRNA ini adalah 'resepi' untuk membuat protein mengikut acuan dari DNA.
Resepi ini akan digunakan oleh Ribosome dengan bantuan amino acid (dari nutrien kita makan) untuk membuat protein. Protein ini asas kepada pembentukan sel, tisu, organ sehinggalah menjadi manusia.
Bagi kegunaan virus covid-19 pula, mereka memerlukan protein ini untuk membiak dengan lebih banyak.
Apakah Kandungan Dalam Vaksin Covid-19 ?
Pakar mengekstrak mRNA (resepi protein) dari sel virus Covid-19 untuk dijadikan kandungan vaksin.
Jangan risau mRNA bukan 'seketul' organisma hidup, jadi ia tidak berbahaya.
Antena atau Duri Duri (Warna Merah) | Google Image |
Kita kenal Virus Corona versi 2 ini bentuknya seperti buah durian, berduri duri. Para pakar mengambil mRNA dari 'duri-duri' ini untuk dijadikan kandungan vaksin.
Tiada sebarang sel virus Covid-19 yang lengkap digunakan. Sekadar 'cebisan resepi' untuk virus Covid-19 membuat protein untuk membiak.
Apa yang berlaku apabila kita disuntik vaksin mRNA Covid-19 ?
Vaksin mula di suntik kepada manusia melalui bahu biasanya. Kandungan bendalir yang mengandungi mNRA antena (duri-duri) virus Corona masuk ke dalam badan.
suntik vaksin |
Target adalah sel yang ada dalam badan manusia, tidak kira sel - sel pada daging, pada kulit atau organ mana-mana.
mRNA milik virus ini akan memasuki lapisan membran sel dan akan bertindak dengan ribosome yang sememangnya ada dalam sel tersebut.
Gabungan mNRA (covid) dan Ribosome (sel manusia) , melalui beberapa proses sebelum membentuk protein sehingga terlahirnya satu material berbentuk 'duri duri' pada virus corona.
Antena dan duri duri covid palsu terbentuk |
Apabila terhasilnya antena covid ini, maka sistem pertahanan antigen-antigen yang bertindak membunuh patogen asing dalam badan mula mengenalpasti apakah 'makhluk' ini. Jika mereka tidak mengenalinya maka perlu diperangi.
Kelemahan antigen ini adalah lambat membuat 'senjata' baharu untuk menghapuskan benda asing tersebut, kerana itulah ia perlu mengenalpasti dahulu sebelum membunuh benda asing yang ada dalam sistem tubuh.
Antibodi Menyerang Patogen |
Apabila kenal pasti jenis protein yang terdapat pada benda asing tersebut (antena covid, duri duri) baharulah sistem antibodi membuat protein yang mampu melawan benda asing ini.
Antibodi manusia boleh sahaja untuk membina protein untuk menghapuskan benda luar yang ada namun memakan masa. Sebelum sempat sistem pertahanan menghasilkan protein yang mampu menghapuskan benda asing, virus covid-19 sudah membiak dan merebak.
Oleh kerana inilah, vaksin perlu disuntik sebagai pemberitahuan awal bahawa wujudnya sesuatu sebegini, sempatlah sistem pertahanan badan mencipta mekanisme untuk menghapuskan Virus Covid-19 ini jika, tubuh dimasuki Virus Covid-19.
Kejadian sebenar adalah lebih kompleks namun penulis cuba ringkaskan konsepnya sebagai sebuah cerita
Serangan Virus Covid-19 Kepada Tubuh yang Telah Divaksin
Memandangkan tubuh sudah memiliki pengenalan dan protein yang boleh menghapuskan antena virus covid-19, apabila virus ini memasuki badan dan cuba untuk menyuntik mNRAnya ke dalam sel manusia, sistem pertahanan badan sudah kenal akan ancaman yang masuk.
Antibodi Tubuh Kenal Virus Covid Sebenar |
Seterusnya akan menghapuskan antenna yang cuba menyuntik mNRA milik covid-19 memasuki sel. Enzim atau protein yang telah dihasilkan oleh sistem antibodi badan ini di simpan oleh B-Cell yang akan merembeskan 'senjata' untuk mengelakan covis-19 berjaya menyuntik mNRAnya kerana antena nya sudah tiada.
Disclaimer : Ini adalah pemahaman penulis sendiri melalui pencarian dan pembacaan sendiri melalui internet.
Anda fikir anda tahu Kandungan Vaksin Covid-19 dan Bagaimana Vaksin Covid-19 Berfungsi Dalam Badan ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri