"Penyakit Ikan Laga Betta"
Ikan betta tidak kira ikan laga liar atau moden semakin meningkat permintaan. Maka semakin tinggi harganya.
Jenis dan Rawatan Penyakit Ikan Betta |
Penjagaan ikan betta bukan sekadar kepada pemberian makanan dan memberikan ikan tempat tinggal.
Dengan harga yang mahal semestinya jika berlaku kematian akan terasa juga kepada pembela.
Beberapa penyakit yang boleh menyerang ikan betta.
Kenali Tanda atau Simptom Ikan Terkena Penyakit
Setiap penyakit yang ada punca, tanda tanda atau simptom dan cara rawatannya. Namun, peminat dan pembela ikan betta
perlu tahu dan kenal jenis penyakit yang boleh menyerang ikan betta kesayangan anda.
Apabila sudah sudah dengan punca dan simptom lebih baik membuat pencegahan.
Dibawah ini adalah beberapa penyakit ikan betta yang sering menyerang, dan ada juga boleh membawa kematian.
1. Sisik Nenas (Dropsy)
Penyakit Sisik Nenas | Google Image |
Punca
kualiti air tidak sesuai (kotor)
Kandungan ammonia dalam air yang tinggi
Penyakit buah pinggang oleh betta
Kuman dalam makanan hidup seperti cacing atau kutu air.
Simptom
Perut betta mengembung
Sisik terbuka seperti buah nenas
Tidak aktif
Tidak mahu makan
Cara Pencegahan
Pastikan betta anda sempurna mengeluarkan najis. Cara mengeluarkan najis salah satunya dengan biarkan ia 'flare'
Cara Rawatan
Tukar air 100%
Gunakan air peraman yang bebas klorin
Masukkan garam ikan seperti garam kuning, garam biru atau air pati ketapang.
Tukar air setiap hari seperti mana kondisi air disebutkan tadi.
Letakkan ubat yang mengandungi agen untuk melawan bakteria dan kuman serta parasit.
Ada juga petua menyarankan gunakan air daun sireh.
[ Beli Garam Kuning Rawatan Dropsy : Garam Kuning Thailand Betta ]
Tahap Bahaya
Boleh dibawa mati. Peratusan untuk hidup amat rendah
2. Tompok Putih (White Spot)
Penyakit Tompok Putih | Google Image |
Punca
Parasit dalam air yang dikenali sebagai Ichthyophthirius Multifiliis.
Air kotor yang jarang ditukar sehingga membusuk.
Genetik ikan yang mudah terkena penyakit.
Simptom
Ekor ikan betta mula menguncup termasuk siripnya.
Hilang selera makan dan kelihatan letih dan tidak aktif.
Muncul tompok dan titik keputihan pada sirip, badan dan insang.
Ketidakselesaan kelihatan pada betta dengan menggeselkan badan ke bekasnya.
Cara Pencegahan
Pastikan suhu air tidak begitu sejuk. Parasit penyebab white spot sukakan suhu sejuk.
Jika musim hujan, sebolehnya letakkan betta atau anak ikan betta ditempat yang suam dan tidak begitu sejuk.
Pastikan kondisi air adalah berkualiti baik dan garam berubat diletakkan.
Cuci bekas sebersihnya sebelum meletakan ikan.
Cara Rawatan
Tukar air 100%
Gunakan air peraman yang bebas klorin
Masukkan garam ikan seperti garam kuning, garam biru atau air pati ketapang.
Tukar air setiap hari seperti mana kondisi air disebutkan tadi.
Letakkan ubat yang mengandungi agen untuk melawan bakteria dan kuman serta parasit.
3. Reput Sirip (Fin Rot)
Penyakit fin Rot | Google Image |
Punca
Kondisi air busuk tempat bakteria mudah membiak.
Disebabkan oleh sejenis bakteria yang memakan ekor dan sirip ikan laga.
Kandungan ammonia dalam air percepat pembiakan bakteria.
Simptom
Sirip dan ekor menjadi pendek dan tidak sempurna bentuknya.
Kesan koyak pada ekor
Warna dan fizikal ikan betta mula pudar dan tidak menarik.
Ikan kelihatan lemah dan tidak aktif.
Kelihatan warna merah atau hitam dibahagian terkena bakteria tanda kehadiran darah.
Cara Pencegahan
Jaga kualiti air dan sentiasa pastikan kadar ammonia dalam air sedikit.
Garam berubat sentiasa diberikan semasa menyalin air.
Cara Rawatan
Tukar air 100%
Gunakan air peraman yang bebas klorin
Masukkan garam ikan seperti garam kuning, garam biru atau air pati ketapang.
Tukar air setiap hari seperti mana kondisi air disebutkan tadi.
Letakkan ubat yang mengandungi agen untuk melawan bakteria dan kuman serta parasit.
[ Beli Melafix Ubat Sembuhkan Fin Rot Betta : API Melafix Natural Antibacteria ]
4. Sembelit (Bloated Belly atau swim bladder)
Penyakit Bloated Belly | Google Image |
Punca
Masalah penghadaman ikan yang tidak sempurna
Perut mengembung permulaan kepada sisik nenas.
Terdapat radang, parasit dan kuman dalam perut ikan.
Simptom
Bahagian perut membuncit dan mengembang bukan kerana betina yang telurnya banyak.
Sentiasa berada di dasar dan tidak aktif seperti ikan sihat
Cara Pencegahan
Pemberian makanan yang tidak terlalu berlebihan. Berikan makanan yang sesuai untuk ikan.
Penukaran air dengan betul.
Cara Rawatan
Tukar air 100%
Gunakan air peraman yang bebas klorin
Masukkan garam ikan seperti garam kuning, garam biru atau air pati ketapang.
Tukar air setiap hari seperti mana kondisi air disebutkan tadi.
Letakkan ubat yang mengandungi agen untuk melawan bakteria dan kuman serta parasit.
Puasakan ikan selama 3 hari.
Selepas 3 hari berikan hanya beberapa biji pelet, makanan hidup tidak digalakkan.
Membuat urutan pada perut ikan jika bersesuaian.
5. Velvet
Penyakit Velvet | Google Image |
Punca
Jangkitan dari parasit luaran seperti Oodinium.
Kadar ammonia yang tinggi.
Suhu dan kondisi air yang tidak berkualiti.
Tekanan atau 'stress' boleh menyebabkan ikan terkena penyakit.
Simptom
Badan dan sirip ikan kelihatan berhabuk kekuningan.
Ekor dan sirip menguncup.
Tidak aktif dan hilang selera makan.
Menggeselkan badan kepada bekas.
Cara Pencegahan
Penukaran air dengan betul. Air peram tanpa klorin dengan garam biru atau kuning
Cara Rawatan
Tukar air 100%
Gunakan air peraman yang bebas klorin
Masukkan garam ikan seperti garam kuning, garam biru atau air pati ketapang.
Tukar air setiap hari seperti mana kondisi air disebutkan tadi.
Letakkan ubat yang mengandungi agen untuk melawan bakteria dan kuman serta parasit.
Parasit ini senang merebak tetapi tidak boleh hidup di tempat yang gelap.
Suhu air adalah paling penting.
[ Beli Ubat Sembuhkan Penyakit Velvet : Velvet Fix Betta ]
6. Mata Terkeluar (Pop Eye)
Penyakit Pop Eye | Google Image |
Punca
Kualiti air yang kotor
Simptom
Mata ikan betta membengkak dan membonjol.
Cara Pencegahan
Penukaran air dengan betul. Sentiasa berikan ubat anti kulat dan anti fungal dalam air.
Cara Rawatan
Tukar air 100%
Gunakan air peraman yang bebas klorin
Masukkan garam ikan seperti garam kuning, garam biru atau air pati ketapang.
Tukar air setiap hari seperti mana kondisi air disebutkan tadi.
Letakkan ubat yang mengandungi agen untuk melawan bakteria dan kuman serta parasit.
Penyakit ini biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria dan kulat
Jika tidak dirawat boleh mendatangkan kematian.
7. Sirip Kuncup (Clamped Fin)
Penyakit Clamped Fins | Google Image |
Punca
Suhu air terlalu sejuk
Kualiti air yang tidak berkualiti
Simptom
Ekor dan sirip menguncup dan tidak terbuka.
Kesukaran untuk berenang
Warna mula pudar
Cara Pencegahan
Penukaran air dengan betul. Sentiasa berikan ubat anti kulat dan anti fungal dalam air.
Cara Rawatan
Tukar air 100%
Gunakan air peraman yang bebas klorin
Masukkan garam ikan seperti garam kuning, garam biru atau air pati ketapang.
Tukar air setiap hari seperti mana kondisi air disebutkan tadi.
Letakkan ubat yang mengandungi agen untuk melawan bakteria dan kuman serta parasit.
Antara penyakit yang mudah sembuh.
8. Jangkitan Kulat (Fungus)
Penyakit Fungus | Google Image |
Punca
Kulat yang memakan tisu luaran badan ikan betta.
Kualiti air yang tidak sesuai (kotor)
Terdapat luka yang tidak sembuh dan tidak dirawat.
Simptom
Tompok tompok putih seperti kapas dan putih berlendir.
Ekor dan sirip menguncup
Hilang selera makan kerana sudah tidak aktif bergerak.
Kulat menyebabkan badan betta tidak selesa dan geselkan badannya.
Cara Pencegahan
Penukaran air dengan betul. Sentiasa berikan ubat anti kulat dan anti fungal dalam air.
Rawat ikan yang terluka sehingga sembuh.
Cara Rawatan
Tukar air 100%
Gunakan air peraman yang bebas klorin
Masukkan garam ikan seperti garam kuning, garam biru atau air pati ketapang.
Tukar air setiap hari seperti mana kondisi air disebutkan tadi.
Letakkan ubat yang mengandungi agen untuk melawan bakteria dan kuman serta parasit.
Penyakit ini biasa menyerang bahagian mulut ikan betta. Kawasan yang terluka juga boleh dijangkiti
Punca Air yang Tidak Berkualiti
Kebanyakan penyebab dan punca ikan dijangkiti penyakit adalah kondisi air yang busuk, kotor dan tidak berkualiti.
Sentiasa pastikan anda membuat penukaran air (water change) dengan lebih kerap.
Usah biarkan air yang membusuk dan banyak ammonia yang menjadi tempat kegemaran parasit, bakteria dan kulat untuk hidup.
[ Beli Tension Gon Anti-Clorin Terbaik untuk Betta : Tension Gon Anti Chlorine ]
Pencegahan Penyakit Sebelum Terkena
Jaga pemakanan dan suhu air.
Garam berubat seperti garam kuning, garam biru dan pati ketapang sebolehnya diletakkan ketika ingin menukar air.
Rugilah ikan mahal-mahal tetapi gagal untuk diselamatkan.
Anda fikir anda tahu Kenali Jenis Jenis Penyakit Ikan Betta dan Cara Rawatan ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri