"Tinggal Ikam Lama Di Rumah"
Hobi memelihara ikan bukan sesuatu yang asing. Apalagi memelihara ikan hiasan yang cantik warnanya.
Tips Tinggal Ikan Lama |
Ramai sudah mula menceburi bidang ini, sebagai hobi dan akhirnya menjadi sumber pendapatan.
Ikan laga (betta) dan ikan gapi biasanya menjadi pilihan.
Tinggalkan Ikan Belaan untuk Travel atau Balik Kampung
Kita sebagai manusia tidak lari dari masalah, ada masa kita perlu selalu bersama ikan dan ada masa kita perlu meninggalkan mereka untuk bercuti dan travel di mana-mana atau pulang ke kampung.
Meninggalkan ikan belaan pada asasnya adalah dari segi penjagaan makanan, benda bernyawa semestinya makanan menjadi masalah jika ingin ditinggalkan lama.
Biasanya, air tidak perlu disediakan sebagai minuman untuk ikan peliharaan.
Penulis senaraikan beberapa panduan dan tips untuk anda meninggalkan ikan laga atau ikan gapi untuk jangkamasa sekitar tiga dan seminggu.
Buat penukaran air (water change) dua hari atau sehari sebelum tinggalkan ikan.
Najis ikan dan lebihan makanan boleh menjadi sebatian ammonia dalam bekas ikan, hal ini boleh merosakan
kualiti air. Tambahan pula najis dan lebihan ini boleh menyebabkan bekas/akuarium menjadi keruh dan kotor.
Air yang kotor mengundang bakteria jahat atau virus yang boleh menyerang ikan
2. Bagi Makan Secukupnya
Makanan Pellet Ikan |
Jika selalunya anda memberikan makanan dua kali sehari, sebelum meninggalkan ikan anda, cuba beri lebih kepada kebiasaanya, dalam kes ini lebih kepada dua kali sehari.
Supaya untuk pastikan ikan kenyang, makanan dalam badan mungkin akan menjadi lemak apabila nutrien sudah cukup.
Untuk 5 atau 7 hari, ikan masih segar walaupun berpuasa.
Seminggu sebelum tinggal beri makan lebih sedikit pada biasa.
3. Biskut Makanan Tahan Lama
Biskut Makanan Ikan Tahan Lama |
Penulis biasanya akan gunakan makanan keras seumpama biskut ini setiap kali meninggalkan ikan untuk melancong atau balik kampung.
Memang terbukti berkesan. Namun, mungkin kurang berkhasiat.
Sekarang sudah banyak jenama untuk biskut makanan ikan tahan lama ini dan dalam pelbagai saiz dan bentuk.
Setiap kedai ikan dan akuarium pasti ada.
Ikan akan kikis sedikit-sedikit biskut ini sebagai makanan. Sukar untuk hancur.
4. Letak Daun Ketapang, Daun Mahang dan Daun Pisang
Daun daun ini selain mampu memberikan kualiti air terbaik untuk ikan laga atau ikan gapi.
Oleh kerana ketahanan daun-daun ini dalam air, ia mampu menghasilkan makanan kepada ikan.
Benda pertama yang terhasil adalah lumut. Lumut-lumut halus akan mula tumbuh dipermukaan daun. Anak ikan atau ikan dewasa makan lumut.
Mereka akan mengutis-ngutis lumut sebagai makanan.
Hasil lain yang boleh wujud dari air peraman daun daun ini adalah infusoria.
Kultur Infusoria Makanan Ikan Hidup |
Sejenis mikroorganisma halus seperti paramesium dan amoeba, cukup terbaik sebagai sumber protein ikan.
5. Tumbuhan Air Sebagai Makanan
Tumbuhan Air Untuk Akuarium |
Tumbuhan air seperti 'duckweed' dan lumut rambut memang sesuai untuk menjadi makanan alternatif ikan.
Ikan laga dan ikan gapi tergolong dalam kategori omnivor, tumbuhan makan, hidupan pun makan.
Sebenarnya cara ini adalah antara termudah untuk dilakukan. Selain tahan lama dalam air, ia boleh mengurangkan tekanan (stress) pada ikan.
Cukup terbaik untuk anak ikan (fry) yang belum aktif.
6. Mintak Tolong Jiran atau Suadara Mara Terdekat
Ini adalah talian hayat terakhir, jika begitu sukar untuk mendapatkan apa yang penulis sarankan di atas boleh gunakan tips ini.
Minta atau upah jiran dan saudara yang dekat untuk beri makan pada ikan anda.
Tips ini tidak memerlukan sebarang penjelasan kerana ia mudah difahami.
Jika anda jenis tidak berkawan dan sukar didekati mungkin mendatangkan masalah.
Tips Tinggalkan Ikan untuk Ikan Hiasan 5 - 7 Hari
Tips yang penulis berikan ini bukan hanya khas untuk ikan laga dan ikan gapi.
Ada juga sesuai dengan ikan hiasan lain, namun, ikan laga dan ikan gapi lebih afdal kerana mereka agak tahan lasak.
Bagi 5 atau seminggu untuk meninggalkan ikan masih boleh menggunakan cara ini, melainkan minta tolong orang beri makan.
Lebih pada masa tersebut mungkin ada baiknya anda jual atau lepaskan ikan belaan anda.
Anda fikir anda tahu Tips Mudah untuk Tinggalkan Ikan Laga dan Ikan Gapi Untuk Bercuti atau Balik Kampung ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri