Chicken Chop Restoran Waly Jalan Garuda Telok Panglima Garang

 "Chicken Chop Waly Telok Panglima Garang"

Bagi penulis sebut sahaja tentang 'western food' (makanan barat) benda pertama yang terbayang adalah 'chicken chop'.

Chicken chop Waly Telok panglima garang
Chicken Chop Waly Telok Panglima Garang

Walaupun 'western food' adalah salah satu dari banyak jenis makanan dalam kategori 'wester food'.


Western Food dan Chicken Chop

Memang menjadi sinonim, jika ada kedai makan yang menjadikan 'western food' sebagai menu utama untuk pelanggan.

Menu 'chicken chop' akan ada.

Oleh kerana kewujudan 'chicken chop' begitu popular di serata alam pemakanan. Maka lahirlah kepingan (fillet) ayam yang pelbagai.

Seangkatan dengan sejuk beku (frozen) sosej, daging burger atau makanan sejuk beku lain. Situasi ini menghadirkan 'chicken chop' bukan lagi terlalu istimewa.

Salutan Tepung yang Melampau

Salah satu kriteria yang penulis tidak gemar apabila memakan 'chicken chop' adalah salutan tepung yang terlampau menutupi rasa 'fillet' ayam.

Apalagi yang sudah 'digenangi' oleh minyak.

Mampu menghadirkan rasa muak, meskipun bergelen-gelen air limau ditelan, rasa muak masih ada.

Chicken Chop Sedap Sekitar Telok Panglima Garang

Kali ini penulis ingin berkongsi satu hidangan 'chicken chop' yang sedap untuk ditelan. Dengan harga yang berpatutan.

Terpanggil untuk berkongsi 'chicken chop' ini kerana sudah lama tidak bertemu dengan 'chicken chop' yang mampu ditelan seumpama kedai western ternama lain.

Kedai makan ini menyediakan makanan tom yam, western, grill dan shell out.

Restoran Waly Jalan Garuda Telok Panglima Garang.

Chicken Chop Waly Telok Panglima Garang

Dari segi penampilan pertama (first impression) sudah cukup menarik. Bewarna warni. Ada kuning, ada oren, ada hijau, ada putih dan ada ungu.

Belum dijamah sudah membuatkan penulis terleka untuk mengambil gambar.

Terdiri daripada beberapa jenis bahan siap seperti;

1. Kepingan ayam bersalut tepung (dengan sos lada hitam)

2. Kentang goreng dengan sos cili

3. Sayur kubis bewarna ungu

4. Satu senduk 'coleslaw'

5. 2 helai daun salad

Dalam satu pinggan terdapat 5 bahan siap untuk dinikmati. Kita pergi satu persatu rasanya.

Bagaimana pula rasanya ? Adakah indah semata-mata ?

Kepingan Ayam (Chicken Fillet)

Ayamnya mungkin sebesar tapak tangan penulis. Dengan warna jingga keorenan. Dimandikan dengan sos lada hitam dan dijalurkan hias dengan keju, dari sini warnanya naik.

Fillet Ayam Chicken Chop Sedap
Fillet Ayam Chicken Chop 

Itu adalah bentuk dan pandangan fizikal.

Mula-mula dipotong dengan pisau yang disediakan, tidak terpisah kulit dan isi putih. Petanda ia betul-betul digoreng elok.

Kalau yang jenis gagal diterima penulis, biasanya kulit dan isi apabila dipotong akan buat hal masing-masing, yang ini masih terus bersama.

Apalagi, salut sedikit potongan kecil terus masuk ke mulut. Hmmm...kulit dan isi bergandingan dengan baik tanpa ada perbezaan ketara dari segi rasa.

Boleh tahan rasanya. Lembut pada isi yang putih dan garing manja-manja pada kepingan kulit dan tepung.

Rating : 3.5/5.0

Sos Lada Hitam (dengan keju cair)

Apa yang di cari penulis pada sos lada hitam adalah, rasa lemak dan pekat, pedas lada hitam yang tidak begitu menonjol dan kena dengan kepingan ayam.

Ya, untuk sos lada hitam ini ia memiliki kriteria yang penulis inginkan. Selain kepekatan pada sos lada hitamnya terdapat rasa berkrim dan sedikit rasa berangin pada sos.

Terdapat juga rasa seumpama oregano dan mint pada sosnya, mungkin itu adalah 'signature' sosnya.

Rating : 3.0/5.0

Kentang Goreng

Pernah cuba kentang goreng dari McDonalds ? Ada sedikit irasnya. Namun, bukan 100% sama. Ranggup dan tidak begitu berminyak.

Coleslaw dan Fries
Coleslaw dan Fries

Didatangkan bersama sos cili, mungkin dari jenama kimball atau life serta dicampur sedikit mayonnaise secukup rasa.

Tidak begitu istimewa namun boleh tahan.

Rating : 2.5/5.0

Sayur Kobis Ungu

Salad, kobis Unggu Chicken Chop
Salad, kobis Unggu Chicken Chop

Tidak begitu menonjol, hanya sekadar hirisan kobis ungu sebagai ulaman yang ranggup. Bayangkan anda baru keluarkan sayur kobis ungu, basuh, potong kecil-kecil dan terus membuat kunyahan dalam mulut

Rating : 2.0/5.0

Coleslaw

Satu skop diletakan di dalam pinggan hidangan. Isitmewa pada coleslaw chicken chop ini adalah rasa manisnya.

Entah kenapa ia merupakan kali pertama penulis menikmati coleslaw dengan krim mayonnaise namun tenggelam rasa masamnya kerana kehadiran rasa manis.

Rating : 3.0/5.0

Sayur Salad

Tidak jauh rasanya dengan salad yang baharu sahaja dibeli dan basuh terus dikunyah. Sekadar ulaman dan hiasan yang menghadirkan warna hijau di dalam hidangan.

Rating : 2.0/5.0

Harga Chicken Chop

Dari segi harga masih berpatutkan, memang kena sebagai antara hidangan paling banyak dipesan di restoran ini.

Harganya sekitar RM10 untuk satu pinggan.

Murah dengan hidangan yang disediakan dari segi portion dan rasanya.

Rating 3.0/5.0

Penulis cadangkan untuk anda memesan pat bingsu di kedai ini sebagai minuman atau penghilang dahaga. Banyak variasi jenis bingsu yang ada di kedai ini, contohnya yang di bawah.

bingsu mix fruit
Bingsu Mix Fruit

Perisa oreo pun ada.

Cuba Chicken Chop Waly

Bagi yang ingin mencuba hidangan chicken chop Waly Jalan Garuda Telok Panglima Garang ini boleh rujuk lokasi di bawah:

B129 Jalan Kebun Baru Batu 9, 

Kampung Batu 9 Kebun Baru, 

42500 Telok Panglima Garang, 

Selangor


Anda fikir anda tahu Chicken Chop Restoran Waly Jalan Garuda Telok Panglima Garang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum


Catat Ulasan

0 Ulasan