Cara dan Tips Anak Ikan Betta (Fry) Supaya Cepat Besar

 "Tips Ikan Betta Cepat Besar"

Pemeliharaan ikan laga atau nama komersilnya ikan betta (betah) semakin agak tular.

Cara Cepatkan Pembesaran Anak Ikan Laga
Cara Cepatkan Pembesaran Anak Ikan Laga

Penulis sudah memiliki pengalaman dengan ikan laga dari zaman kecil lagi, itu pun adalah ikan laga kampung atau ikan laga imbellis.


Namun, sekarang agak tular pemeliharaan ikan laga moden, iaitu ikan laga hibrid.

Kegilaan Membiak Ikan Laga Moden

Ikan betta moden memiliki lebih nilai berbanding ikan laga liar dari segi kecantikan, bentuk tubuh dan kepelbagaian spesis.

Hobi Bela Ikan Betta
Hobi Bela Ikan Betta 

Warna dan kriteria sifat yang ada pada ikan betta moden yang boleh berubah-rubah dan akan timbul sahaja paten baharu adalah salah satu mengapa ikan laga moden lebih digemari.

Breeder Ikan Betta Semakin Ramai

Malahan kini ramai pula pemula pembiak (beginner breeder) yang lahir termasuk penulis.

Penulis menjadikan beberapa idola dalam pembiakan ikan betta sebagi sumber rujukan. Kali ini penulis akan berkongsi apa yang penulis berjaya ceduk dari idola dan pakar yang sudah boleh dikatakan terkenal.

Sukar Membiakan Ikan Betta Sebagai Pemula

Ikan betta dari segi membiakkannya agak rumit bagi pemula, bagi yang sudah berpengalaman ia adalah sangat biasa.

Dari mengahwinkan ikan betta, membesarkan anak (fry) sehinggalah mengasingkan ikan betta itu adalah beberapa perkara asas dalam membiak ikan betta, tidak kira betta moden atau betta liar.

Tips Mempercepatkan Tumbesaran Anak Ikan Betta

Kali ini penulis akan berikan beberapa panduan dan tips yang penulis membuat kajian sendiri mengambil dari pengalaman breeder ikan laga yang lain.

Bagaimana untuk mempercepatkan tumbesaran ikan laga yang kita biak ?

1. Pemilihan Induk yang Matang dan Sihat

Sepatutnya untuk mendapatkan baka ikan yang terbaik memang bermula dari induk atau ibu bapa betta yang terbaik.

Induk Ikan Betta Matang
Induk Ikan Betta Matang

Induk yang memiliki sifat yang aktif, besar dan matang dari fizikal dan mental serta bebas penyakit.

Induk matang biasanya berumur 5 bulan dan ke atas, 4 bulan lebih juga ada yang dikira sudah matang dan sesuai untuk menjadi induk.

Pilih kedua-dua induk yang nampak aktif dan sihat, inshaAllah akan melahirkan anak-anak ikan yang secara genetiknya sihat dan mudah membesar.

[ Beli Tank Betta Senang Basuh | Klik Sini ]

2. Berikan Makanan Secukupnya

Sumber protein dan zat sememangnya menjadi perkara pertama. Tambahan bagi fry yang masih kecil. Ketika kecil fry ikan betta memerlukan zat, nutrien berupa protein untuk pembentukan fizikal ikan.

Pellet, makanan hidup adalah antara sumber makanan terbaik untuk ikan laga ketika masih kecil.

Makanan Hidup Kutu Air Moina
Makanan Hidup Kutu Air Moina

Bermula selepas kehilangan 'yolk' pada fry ikan pada usia 4 hari, memberikan makanan adalah yang terbaik. Paling elok diberikan makanan hidup seperti baby brine shrimp (bbs) atau artemia, kutu air, dan infusoria.

Makanan hidup memiliki sumber protein yang tinggi untuk anak ikan betta.

Makanan hidup juga terbaik untuk pembelajaran dan 'senaman' pada anak ikan untuk lincah dan kekuatan diri, dengan mengejar makanan hidup.

Boleh lihat jenis jenis makanan terbaik dan sesuai untuk anak ikan laga di bawah;

Beri makan dua kali sehari, pagi sekitar 8-9 pagi dan petang 5-6 petang adalah waktu terbaik.

[ Beli Cyst Arthemia (Telur BBS) | Klik Sini ]

3. Pindah Fry (Anak Ikan) Ke Bekas Lebih Besar

Apabila anak ikan sudah mula boleh berenang dengan bebas, biasanya ketika fry berumur 4-5 hari, bolehlah menukar tempat yang lebih besar dan luas dengan air enapan baharu.

Pindah Fry ke Bekas Lebih Besar
Pindah Fry ke Bekas Lebih Besar


Selain mengurangkan penyakit ia juga memberikan ruang dan peluang kepada anak ikan. Tidak berebut oksigen dan makanan dalam keadaan yang agak bersesak.

Peluang untuk anak ikan betta hidup lama dan seterusnya sihat serta membesar dengan jayanya.

4. Kerap Tukar Air 

Kebersihan dan kesihatan merupakan faktor utama dalam pembesaran ikan. Water change (WC), penukaran air dengan kerap mampu mempercepatkan pembesaran anak ikan betta.

Tukar Air Ikan Kerap
Tukar Air Ikan Kerap

Air yang bersih adalah bebas dari bakteria dan virus yang boleh menyerang anak ikan dan boleh menghalang ikan dari lambat besar.

Bayangkan anda, jika anda sakit, adakah anda lalu makan ? Semestinya tidak.

Air yang bersih juga mengelakkan dari kekurangan oksigen yang membantu pembesaran ikan. 

Air kotor biasanya menghadirkan kuman dan hidupan berbahaya yang bukan sahaja memberikan penyakit namun menjadi pesaing kepada anak-anak ikan betta untuk mendapatkan sumber oksigen terlarut di dalam air.

Beli Penyedut Kotoran Dalam Aquarium | Klik Sini

Belajar Teknik Biak Betta Dengan Otai

Itu adalah beberapa tips dan panduan cepat untuk anda mendapatkan anak-anak ikan yang sihat dan besar.

Jika kena dengan cara dan mengikut panduan yang diberikan, umur 3 minggu sudah dapat dilihat ikan sudah besar dan memiliki warnanya tersendiri.

Panduan ini penulis ceduk dan fahami sendiri melalui perkongsian pengalaman daripada 'otai' dan idola dalam dunia ikan betta.

Anda fikir anda tahu Cara dan Tips Anak Ikan Betta Supaya Cepat Besar ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamulaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan