"Paradise 101 Island Langkawi"
Sebuah pulau buatan manusia di pulau Langkawi, Kedah. Dengan konsep yang diberikan oleh pemilik dan pengusaha dengan slogan; play (main), relax (rehat) dan refresh (segarkan) ada maknanya.
Memang sebuah pulau buatan yang mungkin tidak sebesar mana, namun, memang memberikan pengunjung sesuatu yang lain dari yang lain.
Selepas marina island di Lumut, ini merupakan pulau buatan manusia kedua penulis berkunjung.
Tidak seperti yang ada di Lumut.
Cara Untuk Ke Paradise Island 101 Langkawi
Jika anda dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi boleh gunakan jalan menuju ke Skycab Langkawi.
Tempat untuk ke Pulau Paradise 101 ini adalah dalam perjalanan untuk ke Skycab Langkawi.
Pengunjung perlu mendapatkan bot untuk ke pulau ini. Untuk mendapatkan bot untuk ke pulau ini pengunjung perlu ke jeti paradise 101 dari darat.
Jeti untuk ke pulau Paradise 101 Langkawi ini adalah antara Pantai Kok dan Telaga Harbour Marina Langkawi.
Untuk memasuki atau menuju ke jeti darat ini agak sukar sedikit. Penulis masuk melalui Perdana Quay, cari sahaja Perdana Quay, dengan mercu tanda dua kubah kuning.
Ambil laluan paling kanan dari arah masuk, terus menuju ke arah pantai. InshaAllah akan nampak satu khemah dan mungkin ramai orang mungkin juga akan kelihatan jeti dan bot berupa feri ke Paradise Island 101.
Mungkin ini hanya sementara, penulis tidak pasti, kunjungan penulis ini adalah pada 2019.
Dapatkan kereta sewa pandu sendiri disini : Kereta Sewa Langkawi
Apa yang Ada di Paradise Island 101 Langkawi ?
Bayangan pertama penulis adalah sebuah pulau dengan tempat makan serta tempat singgahan untuk melihat laut.
Itu pandangan pertama penulis sebelum membeli tiket dan menaiki bot.
Selepas mendapatkan tiket di khemah yang ada (boleh rujuk bawah untuk harga tiket), bertanyakan sedikit sebanyak apa yang aktiviti di Paradise Island.
Penulis perlu menaiki sebuah bot (lebih kepada bot, bukan feri) selama dua minit sahaja untuk sampai dari jeti darat menuju ke jeti pulau buatan ini.
Tidak puas sebenarnya kurang lima minit untuk sampai, namun keterujaan untuk pertama kali jejakkan kaki itu sukar digambarkan.
Sampai sahaja, penulis sudah dijemput oleh kedengaran lagu dari pulau, lagu terkini dengan pembesar suara yang agak kuat.
Sebelum keluar sudah rasa 'happening' di sini.
Berjalan dalam 100 langkah semestinya, anda akan disambut dengan pintu gerbang bahawa anda sudah sampai di Paradise Island 101 Langkawi.
Berjalan Sekitar Paradise Island 101 Langkawi
Untuk kali pertama kunjungan ini, penulis tidak merancang untuk melakukan aktiviti yang ada, kerana masih dalam mood perkenalan.
Sekadar pusing-pusing menikmati suasana.
Di kiri terdapat 'set up' permainan air. Ala-ala permainan di taman tema air, tetapi dalam laut.
Singgah sekejap melihat informasi laut untuk hari ini.
oleh kerana tidaklah sebesar mana pulau ini, untuk melintasi satu keratan rentas pulau ini hanya beberapa langkah sahaja.
Jika di bahagian sebelah jeti adalah ada permainan dan tempat makan, disebelah menghadap laut lepas pula terdapat beberapa tempat yang boleh dikategorikan sebagai 'instagrammable', memang terbaik untuk bergambar.
Sarang Burung Gergasi
Penulis hanya membayangkan platform dan pelantar sahaja menghadap laut. Namun, terdapat tarikan lain sebenarnya. Sarang burung gergasi.
burung apa ?
burung apa ?
Semestinya, terdapat pelantar menghadap laut. Dengan kerlipan cahaya matahari terpantul dari air yang bergelombang kecil-kecilan.
Serta hembusan bayu laut menyapa pipi bersama haba panas yang suam.
Memancing ? Penulis gagal mengetahui kebenaran untuk aktiviti tersebut. Semestinya ada pakej untuk ini, dengan syarat-syarat tertentu.
Dalam perjalanan untuk menghabiskan 'walkthrough' Paradise 101 Island ini, penulis mulakan dengan sebelah kanan dari arah jeti.
Boleh rasai pengalaman dengan lebih realistik pada video di bawah ;
Dewan Majlis
Terdapat sebuah dewan yang dirasai mungkin meriah jika ada yang ingin melangsungkan majlis kahwin di sini.
Tandas ada dibahagian ini.
Untuk bahagian kiri pula, kiri pulau jika anda menghadap dari arah jeti. Disini sebenarnya menjadikan penulis teruja.
Terdapat satu pelantar tinggi boleh dikatakan sebagai pelantar tinjau boleh melihat sekitar kawasan sekeliling.
Penulis ingatkan hanya dua jenis sarang burung yang ada. Sarang burung seterusnya cukup menarik kerana ramai 'anak anak burung apa' boleh masuk bergambar.
Contohnya;
Tempat Makan Di Paradise 101 island
Jangan risau jika anda lapar dan dahaga di pulau ini. Memandangkan anda berada di pulau yang bertropika dan agak panas.
Tiada kedai makan sakit juga. Tidak perlu ke tanah besar terdapat restoran di sini.
Dengan pelbagai hidangan.
Pilih sahaja. Apa yang menariknya, anda perlu gunakan RM30 tiket anda sewajarnya kerana ia adalah bayaran untuk makanan. Ini untuk pakej individu.
Aktiviti Di Paradise 101 Island Langkawi
Apa yang boleh penulis berikan secara kasar melalui pemerhatian apa yang boleh anda lakukan di sini adalah semestinya;
1. Sukan air, main main ala-ala sunway lagoon. Aqua park namanya.
2. Mainan tipikal pantai ala ala mainan pulau, snorkeling, jet ski, parasailing. Berkayak pun ada. Zipline. Banana boat semestinya ada.
3. Naik bot pusing-pusing ala ala cruise
Untuk sebarang pakej dan aktiviti boleh rujuk laman sesawang paradise 101 island. Oleh kerana ini bukan artikel berbayar, pengalaman sahaja penulis kongsikan.
Ini bahagian dua untuk review versi video.
Informasi Pengunjung
Jeti untuk ke Paradise 101 Island adalah jalan untuk ke Skycab Langkawi.
Ketika penulis mahu ke jeti ini, aplikasi waze dan google maps gagal membantu.
Masuk melalui perdana quay
Lokasi Paradise 101 Island
Paradise 101 Langkawi,
07000 Langkawi, Kedah
Harga Tiket
Untuk naik bot, pusing-pusing, makan (untuk sehari tiada had masa) : RM30/seorang
(ini harga 2019 pengalaman penulis, harga tertakluk kepada perubahan)
Dapatkan tiket dan pakej belian secara online di Shopee : Pakej Murah Paradise 101
Waktu Operasi Paradise 101 Island Langkawi
Dibuka setiap hari. Beroperasi bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang.
Untuk pakej lain boleh rujuk laman sesawang paradise 101 island Langkawi.
Untuk itinerary, info, tips dan travelog lebih detail lawat : snapbackpacker.com
Anda fikir anda tahu Pengalaman Play, Relax dan Refresh Di Paradise 101 Island Langkawi ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri