"Boh Tea Centre Sungai Palas Cameron Highland"
Apabila mendengar dan bercerita mengenai Cameron Highland pasti akan terbayangkan akan kehijauan ladang teh. Dengan bayu sejuk kawasan tanah tinggi yang menyamankan seolah olah berada di kawasan percutian hawa sederhana.
Boh Tea Centre Cameron Highland |
Kawasan Pelancongan Tanah Tinggi
Cameron Highland yang terletak di negeri Pahang ini memiliki pelbagai tarikan kawasan ala-ala luar negara yang bercuaca sejuk.
Dengan bunga-bungaan indah, kawasan berbukit yang menghijau, bangunan yang ala eropah sudah mengambarkan Cameron Highland adalah tempat perlancongan pilihan ramai.
Salah satu tarikan di kawasan sejuk seperti Cameron Highland, adalah hamparan kehijauan kekuningan ladang teh.
Permandangan Ladang Teh yang Cantik
Tidak lengkap jika singgah atau melancong di sini tanpa ada kepingan kenangan dengan latar belakang ladang teh yang indah.
Permandangan Ladang Teh |
Bermula dengan kawasan kilang memproses teh dengan jenama Boh. Telah menjadi ilham kepada pihak perladangan untuk mewujudkan satu kawasan tarikan perlancongan dengan tema teh.
Tempat Menarik Dalam Boh Tea Centre, Cameron Highland
Bukan sekadar keindahan latar belakang indah tanaman teh yang terbentang luas, di Boh Tea Centre Cameron Highland ini terdapat beberapa tarikan yang boleh dilawati, antaranya:
1. Kafe
Bangunan pertama yang akan pelancong temui adalah kafe. Kafe yang bertemakan makan dan minum sambil melihat keindahan ladang teh.
Kafe Pelbagai Makanan Berasaskan Teh |
-Kek
-Roti
-Tart
-Kuih
dan dengan minuman semestinya berasaskan teh dan minuman ringkas.
Dapatkan satu senarai menu yang ada ketika beratur, disitu telah ditulis segala harga dan menu makanan dan minuman yang ada.
Tidaklah nanti terpinga-pinga memilih makanan dan mengira berapa harganya.
Disarankan untuk yang datang, bahagikan kepada dua tugasan, seorang dapatkan tempat duduk dan seorang lagi beratur untuk makanan dan minuman.
Penulis mencuba beberapa makanan yang ada disini, sebagai pelengkap tiba di kafe ini, takkanlah mahu minum teh sahaja.
Beberapa makanan mengajak penulis untuk mencuba, dengan tanpa usul periksa penulis telah memilih;
-Green Tea Tiramisu Cake
-Strawberry Cheese Cake
-Strawberry Tart
-Orchard Splash (Iced Tea)
Menu Makanan Di Boh Tea Centre |
Cukup enak hidangan yang dipilih dengan pilihan air yang kena untuk dua hidangan berasaskan kek. kesemua hidangan yang penulis dapatkan diatas termasuk sebotol air mineral berharga.....boleh rujuk di bawah.
Bolehlah untuk sekali sekala.
Cara untuk dapatkan makanan disini adalah layan diri. Beratur, dapatkan makanan, bayar dan dapatkan minuman.
Sudah ?
Makan Tepi Tingkap |
Ladang Teh Dengan Bunga |
2. Anjung Tinjau Permandangan
Selesai makan, bolehlah dapatkan sedikit kenangan dan menjamu pula mata dengan keindahan alam. Telah tersedia satu kawasan untuk pengunjung mendapatkan gambar dengan latar belakang ladang teh.
Walkway Ke Anjung Bergambar |
Apalagi dengan tiupan angin lembu yang dingin menyapa pipi dan segenap kulit, sukar untuk dirasai di majoriti kawasan Malaysia yang beriklim tropika.
Di Atas Anjung Tinjau Boh Tea Centre |
Datang ketika orang ramai akan berlaku rebutan kawasan untuk mendapatkan kawasan sesuai untuk 'posing'.
3. Kedai Barangan Teh dan Cenderamata
Sudah kenyang, sudah penuh memori kad dengan gambar kenangan sekitar anjung tinjau, terdapat satu kedai jualan barangan teh berjenama Boh dilaluan untuk keluar dari bangunan Boh Tea Centre.
Ingat mahu cuci mata sahaja, namun, pancingan dari 'tester' air di hadapan berjaya membuatkan penulis masuk ke dalam kedai mendapatkan barangan berasaskan teh.
Produk Dari Teh |
Banyak lagi sebenarnya barangan hasil dari teh yang ada, yang mungkin tiada dijual di pasaraya berhampiran rumah juga ada.
Green Tea Milk Tea 3 in 1 |
4. Galeri Boh Tea
Nak diberikan jolokan muzium bukanlah sampai tahap muzium namun apabila keluar sahaja dari tempat membeli produk hasil teh terdapat beberapa mesin memproses teh yang lama diletakkan di bahagian luar.
Sebagai maklumat dan info serba sedikit mengenai pemprosesan teh oleh jenama Boh dari dahulu.
Pelbagai Kemudahan Dalam Boh Tea Centre
Itulah beberapa kawasan yang ada di Boh Tea Centre, Sungai Palas ini. Bukan semata-mata tempat mengambil gambar dengan latar belakang ladang teh yang menghijau. Terdapat tempat-tempat mini yang lain di dalamnya.
Boleh makan-makan, cuci mata ambil gambar dan dapatkan barangan teh selain dari melihat bentuk mesin membuat teh dan kilangnya sendiri.
Spot Bergambar Di Boh Tea Centre
Jangan lupa untuk bergambar di hadapan nama 'BOH Tea Centre Sungai Palas' di dinding tersergam indah sebagai tanda anda sudah 'was here'.
Tempat makan juga menarik, apalagi jadikan makanan sebagai subjek dan latarnya adalah ladang teh.
Bukan itu semua sahaja, sebenarnya mercu tanda yang popular jika ke sini adalah satu binaan yang tertulis B-O-H dengan permandangan ladang teh dan sedikit latar anjung tinjau tea centre.
Disitu jangan lupa untuk mengambil gambar kenangan.
Untuk lebih kenal dan teruja dengan apa yang penulis tuliskan ini, jom lihat video dari youtube dibawah.
Boleh berikan 'like' jika anda terhibur haha.
Informasi pengunjung
Lokasi Boh Tea Centre
Untuk masuk ke sini, pengunjung perlu masuk ke simpang menuju ke Gunung Berinchang.
Jalannya agak sempit dan jangan memotong serta kurangkan kelajuan.
Jangan terlepas ke puncak gunung pula.
Ini alamatnya;
Boh Tea Centre Sungai Palas,
Brinchang, 39000
Cameron Highland, Pahang
Waktu Operasi Boh Tea Centre
Dibuka setiap hari kecuali hari isnin.
Mula beroperasi pada jam 9 a.m dan mula ditutup pada jam 4.30 p.m.
Harga Tiket
Percuma
Harga Makanan (yang dicuba)
Green Tea Tiramisu + Strawbery Cheesecake + Strawberry Tart + Orchard Splash + Mineral Water = RM 37.80
Anda fikir anda tahu Apa yang Ada di Boh Tea Centre Sungai Palas Cameron Highland Pahang ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri