Resepi Pencuci Mulut dan Kek Senang dan Mudah untuk Beginner


"Resepi Pencuci Mulut Pemula"

Kek dan pencuci mulut walaupun selalu dipandang kecil namun cukup menguntungkan untuk bisnes.


Resepi Pencuci Mulut dan Kek Senang dan Mudah untuk Beginner
Resepi Pencuci Mulut dan Kek Senang dan Mudah untuk Beginner
Tidak perlu menghadiri kursus membuat pencuci mulut yang mahal-mahal untuk berjaya dalam bisnes kek, kuih atau bakeri.


Minat dan kesungguh, ditambah resepi dan rahsia sudah cukup sebenarnya.

Jom lihat beberapa pencuci mulut yang boleh dijadikan sebagai pemula untuk mahir dalam bidang masakan pencuci mulut.

Lebih bagus, boleh jadikan pencuci mulut di bawah untuk perniagaan.

1. Pavlova


Pavlova
Pavlova
Pavlova ni adalah sejenis kek dan pencuci mulut. Apa yang menariknya adalah nama pavlova ni adalah diambil dari nama seorang ballerina (penari balet perempuan) dari Russia yang bernama Anna Pavlova.

Pencuci mulut pavlova mula tercipta apabila ada tukang masak yang membuat satu jenis pencuci mulut untuk ballerina ini ketika persembahan 'tour' Anna Pavlova sekitar tahun 1920-an.

Dengan itu, nama pavlova kekal sehingga sekarang. Penulis pernah mencuba pencuci mulut ini, apa yang istimewa adalah ia merupakan 'dessert' yang cukup krim dan lembut.
Apalagi dengan perisa buah buahan. Dengan rasa krim dan buah memang menarik.

Jika ada yang ingin membuat sendiri pavlova boleh dapatkan resepi pavlova sedap pada pautan di bawah:



Tiada masa untuk buat cake ? Beli Disini | 12" Berry Pavlova


2. Moist Carrot Cake


Moist Carrot Cake
Moist Carrot Cake
Pencuci mulut ini lebih kepada kek. Perkataan 'moist' menggambarkan bahawa ia merupakan pencuci mulut yang bukan dari kategori yang membuatkan anda inginkan air.
Cukup popular di kedai Starbucks.

Digelar sebagai 'prize winning' cake. Cukup popular di hidangan ini sehingga ada masterchef yang memperjudikan peluang untuk kekal dengan membuat kek ini.
Apalagi pernah di kongsikan oleh Martha Stewart resipinya.

Bagi yang ingin mencuba sendiri, boleh dapatkan video cara cara membuat moist carrot cake di bawah;



3. Cheese Marble Brownies


Cheese Marble Brownies
Cheese Marble Brownies
Apabila bercakap mengenai brownies, pasti yang sudah mencuba hidangan ini terbayangkan tekstur biskut dan kek yang bergaul mesra di dalam mulut dengan perisa tertentu.

Apalagi dengan kehadiran keju yang masam masam masin. Cukup kecur air liur jika dibayangkan.

Bagi penggemar pencuci mulut ini, buatan Duncan Hines antara yang diminati.

Mungkin boleh dicuba sendiri oleh anda melalui pautan di bawah;



4. kek Buah Kukus


Kek Buah Kukus
Kek Buah Kukus
Menu pencuci mulut ini cukup popular dikalangan mereka yang sukakan kek. Ada yang menyatakan bahawa resepi ini sudah wujud lebih 50 tahun dahulu lagi.

Pelbagai jenis cara dan olahan oleh pembuat kek dalam mewariasikan kek buah. Ada yang gemarkan dalam keadaan yang lembap maka terdapat nama 'moist' di depan.

Ada juga dibuat dengan pelbagai jenis buahan mengikut citarasa. Apa lagi yang gemarkan masam dan manis, kek buah kukus mudah untuk dipelbagaikan.

Bagi yang mahu mencuba buat sendiri boleh dapatkan video resepi di bawah sebagai rujukan buat kek buah kukus.



5. Kek Butter Marble


Kek Butter Marble
Kek Butter Marble
Dari perkataan 'marble' ia lebih kepada paten warna dan corak kek tersebut. Mungkin pernah terlihat kek yang memiliki paten yang cantik dengan corak yang menarik.

Terkadang terasa sayang untuk dijamah apalagi di makan.

Dengan adunan mentega yang menhadirkan rasa lemak berkrim disukai ramai dengan perisa yang bewarna warni. 

Ada baiknya anda mencubanya sendiri dengan dapatkan video resepi mudah dan cepat dibawah;



6. Fudge Brownies


Fudge Brownies
Fudge Brownies
Ada sesetengah pencinta dan pembuat kek dan pencuci mulut akan mengesyorkan kepada pemula yang berminat membuat kek dan pencuci mulut untuk mencuba resepi ini.

Cukup ringkas bahan-bahannya apalagi ramuan serta cara membuatnya tidak serumit kek dan pastri yang kompleks.

Kelebihan brownies adalah kita boleh memperlbagaikan perisanya dan bahan-bahannya. Contoh, oreo, cookies, cheese ataupun nuttela boleh dijadikan bahan dalam brownies.

Boleh cuba lihat video bahan-bahan dan resepi membuat fudge brownies di bawah;




Tiada masa untuk buat cake ? Beli Disini | Nuttela Fudge Brownies

7. Sponge Cake


Kek Span
Kek Span
Kek span. Pasti ramai yang sudah kenal. Rasa-rasanya, terbaik untuk mereka yang ingin berjinak-jinak membuat kek.

Nampak sahaja mudah dan senang, jika dengan resepi dan panduan terbaik mungkin boleh dijadikan bisnes kek.

Jom belajar cara membuat kek span dengan bantuan video di bawah;



Resepi Sesuai Untuk Sendiri dan Bisnes Makanan

Untuk makan sendiri atau untuk mencuba perniagaan pencuci mulut dan kek dengan jenama sendiri. Boleh cuba hidangan di atas, juga disertakan video-video untuk anda miliki sebagai rujukan resepi.

Anda fikir anda tahu Resepi Pencuci Mulut dan Kek Senang dan Mudah untuk Beginner ?

Anda fikir sekali lagi....


Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan