Jenis Pokok Lidah Jin (Snake Plant) Di Pasaran dan Cara Penjagaan


"Kenali Pokok Snake Plant"

Ketika penulis masih kecil dan masih menetap di kampung, pokok ini terbiar sahaja di tepi tepi semak. Dijadikan sebagai pagar kecil disekeliling rumah papan kampung penulis.


Kenali Jenis Lidah Jin Snake Plant
Kenali Jenis Lidah Jin Snake Plant
Warnanya yang hijau tua dengan jalur kuning muda pada bingkai luar daun ini dinamakan pokok lidah jin atau pokok lidah mentua.


Lidah Jin Outdoor Liar Di Kampung

Bagi penduduk kampung, pokok lidah jin ini tidaklah begitu digemari atau sebagaimana viral seperti sekarang. Sekadar salah satu dari ratusan tanaman lain, yang biasa di tanam di kawasan laman luar 'outdoor'.

Lidah Jin Indoor Di Bandar

Di bandar-bandar lidah mentua yang juga dikenali sebagai senseviera ini menjadi pilihan tanaman dalaman (indoor) mungkin kerana tiada ditemui tempat untuk ditanam di laman luar.

Mungkin rumah 'bangsawan' ada sahaja laman yang luar, kita bercerita mengenai rumah 'marhaen'.

Tumbuhan Hiasan Tular

Pokok ini cantik sebenarnya, namun, pelbagai ulasan retorik yang menjadikan tumbuhan ini terlalu di 'overrated' kan.

Bab menyedut habuk, mungkin tidak begitu menembusi tembok pemikiran penulis, namun jika keindahan dan kecantikan untuk tumbuhan seumpama lidah ini menjadi pilihan penulis.

Kita biasa melihat satu sahaja jenis lidah jin atau lidah mertua ini iaitu dengan asas warna hijau tua dan kuning pada bahagian tepi.

Jenis Jenis Pokok Lidah Jin Hiasan Dalam Pasaran

Namun, tahukah anda terdapat beberapa lagi jenis lidah jin yang cantik dan boleh dijadikan hiasan dalam rumah atau luar rumah.

1. Sansevieria Futura Superba


Sansevieria Futura Superba
Sansevieria Futura Superba
Warna Daun : Hijau
Pembesaran Sepenuhnya : 10 tahun
Tinggi : 1 - 1.50 m
Lebar : 25 - 50 cm
Kawasan Sesuai : Cerah
Kekuatan : Tidak Kuat

2. Sansevieria Zeylanica


Sansevieria Zeylanica
Sansevieria Zeylanica
Warna Daun : Hijau
Pembesaran Sepenuhnya : 10 tahun
Tinggi : 1 - 1.50 m
Lebar : 25 - 50 cm
Kawasan Sesuai : Cerah dan Separa Teduh
Kekuatan : Tidak Kuat
Cadangan Saiz Pasu : 17 cm

3. Sansevieria Trifasciata Laurentii


Sansevieria Trifasciata Laurentii
Sansevieria Trifasciata Laurentii
Warna Daun : Banyak Warna
Pembesaran Sepenuhnya : 10 tahun
Tinggi : 1 m - 1.25 m
Lebar : 25 - 50 cm
Kawasan Sesuai : Cerah dan Separa Teduh
Kekuatan : Tidak Kuat



4. Sansevieria Moonshine


Sansevieria Moonshine
Sensevieria Moonshine

Warna Daun : Hijau
Pembesaran Sepenuhnya : 10 tahun
Tinggi : 1 - 1.50 m
Lebar : 25 - 50 cm
Kawasan Sesuai : Cerah 
Kekuatan : Tidak Kuat

5. Sansevieria Trifasciata Robusta


Sansevieria Trifasciata Robusta
Sansevieria Trifasciata Robusta
Warna Daun : Hijau
Pembesaran Sepenuhnya : 10 tahun
Tinggi : 1 - 1.50 m
Lebar : 25 - 50 cm
Kawasan Sesuai : Cerah dan Separa Teduh
Kekuatan : Tidak Kuat

6. Sansevieria Cylindrica | Skyline


Sansevieria Cylindrica (Skyline)
Sansevieria Cylindrica (Skyline)
Warna Daun : Hijau
Pembesaran Sepenuhnya : 10 tahun
Lebar: 25 - 50 cm
Kawasan Sesuai : Cerah
Kekuatan : Tidak Kuat
Tanah Sesuai : Well drained



7. Sansevieria Silver Flame


Sansevieria Silver Flame
Sansevieria Silver Flame
Warna Daun : Hijau
Pembesaran Sepenuhnya : 10 tahun
Tinggi : 1 - 1.50 m
Lebar : 25 - 50 cm
Kawasan Sesuai : Cerah dan Separa Teduh
Kekuatan : Tidak Kuat

8. Sansevieria Trifasciata Green Flame


Sansevieria Trifasciata Green Flame
Sansevieria Trifasciata Green Flame
Warna Daun : Banyak Warna
Pembesaran Sepenuhnya : 10 tahun
Tinggi : 1 - 1.50 m
Lebar : 25 - 50 cm
Kawasan Sesuai : Cerah dan Separa Teduh
Kekuatan : Tidak Kuat

9. Sansevieria Black Gold


Sansevieria Black Gold
Sansevieria Black Gold
Warna Daun : Hijau Tua berjalur Kuning
Pembesaran Sepenuhnya : 10 tahun
Tinggi : 1 - 1.50 m
Lebar : 25 - 50 cm
Kawasan Sesuai : Cerah dan Separa Teduh
Kekuatan : Tidak Kuat

10. Sansevieria Black Dragon


Sansevieria Black Dragon
Sansevieria Black Dragon
Warna Daun : Hijau Tua Sepenuhnya
Pembesaran Sepenuhnya : 10 tahun
Tinggi : 1 - 1.50 m
Lebar : 25 - 50 cm
Kawasan Sesuai : Cerah
Kekuatan : Tidak Kuat

11. Sansevieria Golden Hahnii | Golden Bird Nest


Sansevieria Golden Hahnii | Golden Bird Nest
Sansevieria Golden Hahnii | Golden Bird Nest
Warna Daun : Kuning berjalur hijau
Pembesaran Sepenuhnya : 10 tahun
Tinggi : 1 - 1.50 m
Lebar : 25 - 50 cm
Kawasan Sesuai : Cerah
Kekuatan : Tidak Kuat

12. Sansevieria Hahnii | Bird Nest


Sansevieria Hahnii | Bird Nest
Sansevieria Hahnii | Bird Nest
Warna Daun : Hijau dengan bintik bintik hijau muda
Pembesaran Sepenuhnya : 10 tahun
Tinggi : 1 - 1.50 m
Lebar : 25 - 50 cm
Kawasan Sesuai : Cerah
Kekuatan : Tidak Kuat

13. Sansevieria Masoniana


Sansevieria Masoniana
Sansevieria Masoniana
Warna Daun : Hijau muda dengan jalur ombak hijau tua
Pembesaran Sepenuhnya : 10 tahun
Tinggi : 1 - 1.50 m
Lebar : 25 - 50 cm
Kawasan Sesuai : Cerah
Kekuatan : Tidak Kuat

Sebenarnya terdapat 70 jenis spesis dalam keluarga lidah jin iaitu keluarga Senseviera ini.
Beberapa spesis ini banyak ditemui dan mudah ditemui untuk hiasan dalam atau luaran rumah.

Cara Penjagaan Pokok Lidah Jin

Memerlukan Kawasan bercahaya, sedikit teduhan masih diterima.Letakkan dalam rumah dengan suhu minium 10 darjah celcius.

Suhu terbaik adalah sekitar 21 darjah celcius hingga 32 darjah celcius.

Elakkan rendam dalam air kerana senang reput. Tahan dengan serangan haiwan penyakit namun boleh diancam haiwan perosak.

'Snake Plant' memiliki sistem akar yang pendek (tidak merebak jauh), sesuai diletakkan dalam pasu kecil dan berbentuk bulat.

Lidah mentua ini memiliki rhizome (ubi) yang tebal dan tahan boleh menampung air yang lama, oleh itu tidak digalakkan untuk siraman yang banyak.

1. Jangan siram berlebihan
2. Cahaya matahari terus adalah terbaik
3. Gunakan baja kaktus
4. Gunakan tanah yang mudah air meresap, pasir lebih elok.

Mengapa Lidah Jin (Snake Plant) Sesuai Untuk Indoor ?

Apa yang menjadikan tumbuhan lidah jin atau dalam bahasa inggerisnya 'snake plant', sesuai untuk dalaman (indoor) adalah kerana tumbuhan ini memiliki kelebihan seperti;

1. Tidak memerlukan air yang banyak, rizom (ubinya) besar.
2. Berakar pendek dan tidak menjalar jauh.
3. Ruang yang diperlukan tidak besar kerana ia adalah pokok renek

Adakah Lidah Jin (Sensevieria) Ini Menyedut Habuk dan Debu ?

Ramai yang tidak faham sebenarnya tumbuhan ini tidaklah menghilangkan habuk atau debu secara fizikalnya.

Namun, ia adalah tumbuhan unik, dimana sentiasa mengeluarkan sebatian oksigen pada setiap ketika meskipun ketiadaan cahaya matahari (untuk fotosintesis).

Keunikan Lidah Jin

Keunikan lidah mentua yang boleh menukarkan karbon dioksida kepada oksigen.

Berupaya menyerap toksin (sebatian kimia) yang tidak dilihat mata kasar. Bukan habuk/debu secara tersuratnya.

Formaldehyde yang dikeluarkan oleh barangan dari bilik air salah satu jenis toksin yang akan diserap tumbuhan ini.

Selain dari menyerap sebatian kimia seperti benzene, xylene, dan toluene.

Lidah Jin Juga Mengeluarkan Racun

Pusat Racun Negara (USM) telah mengeluarkan penerangan mengenai kehadiran saponin yang terdapat pada tumbuhan ini.


Saponin Dalam Sensevieria | Pusat Racun Negara
Saponin Dalam Sensevieria | Pusat Racun Negara

Jika anda waras dan bukan haiwan peliaraan atau bukan kanak-kanak yang boleh memasukan apa sahaja ke dalam mulut atau mana-mana rongga.



Jangan cuba makan atau membuat tumbuhan ini sebagai salah satu ulam ulaman.


Anda fikir anda tahu Kenali Jenis yang Ada dan Cara Penjagaan Pokok Lidah Jin (Snake Plant) ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan