"Mitos Mengenai Ikan Betta"
Ikan betta atau pelaga siam dalam bahasa mudah cukup cantik dan menarik. Jika di kampung dahulu, penulis menangkap ikan ini sendiri di sawah-sawah dan paya.
Mitos Salah Faham Tentang Ikan Betta |
Bukan hanya bewarna merah dan biru, atau berekor panjang.
Itu salah satu mitos atau kepercayaan karut terhadap ikan betta atau ikan karin.
Terdapat mitos lain bagi yang belum mengenali ikan betta ini.
Antaranya adalah ;
1. Ikan Betta Tidak Perlukan Ruang Luas (Akuarium Besar)
Ini adalah mitos yang paling terkenal, ikan betta (laga siam atau karin) hanya perlukan mangkuk atau bekas air minuman kecil.
Sebenarnya, ikan Betta memerlukan sekurang-kurangnya 5 gelen (19 liter) air untuk bebas berenang.
Untuk lebih terbaik, 10 gelen (38 liter) air diperlukan untuk membela ikan betta.
Asal usul mitos ini gagal ditemui namun berkemungkinan kerana di kedai kedai ikan hiasan dan kedai akuarium, ikan betta diletakkan di dalam bekas yang kecil.
Bagi mengelakkan ikan betta tertekan (stress) maka seeloknya diletakkan di dalam bekas yang besar.
Namun, bukan dalam keadaan yang terlalu banyak ikan lain yang juga boleh menyebabkan betta mudah tertekan atau stress.
Walaupun, perlukan bekas yang besar, seeloknya diletakkan bukan dalam bekas terisi air yang agak dalam, kerana sifat ikan betta adalah bergerak dari belakang ke hadapan amat jarang dari bawah ke atas pergerakkannya.
Maksima kedalaman air dalam akuarium sebolehnya tidak lebih dari kedalam 30cm.
Dapatkan bekas akuarium Ikan Betta Semurah RM3 : https://bit.ly/3gMI4pa
2. Akuarium Ikan Betta Tidak Perlukan Pemanas Air dan Penuras (Filter)
Ikan laga siam (betta) merupakan ikan beriklim tropika. Kebanyakannya adalah spesis dari asia tenggara genetiknya.
Suhu air terbaik untuk ikan betta adalah 24 hingga 27 darjah celcius (78 hingga 81 darjah fahreinheit).
Bagi negara beriklim tropika tidak begitu memerlukan pemanas akuarium memandangkan memang cuaca pada suhu bilik kawasan tropika dalam julat suhu ini.
Bagi negara yang ada musim sejuk akan memerlukan suhu sebegini dengan menggunakan pemanas.
Untuk mana-mana ikan termasuklah ikan laga betta, filter air semestinya keperluan.
Berguna untuk menapis segala kotoran dari ikan seperti ammonia (dari urine dan najis ikan) atau sekeliling.
Tanpa penuras boleh mendatangkan keadaan toksik kepada air. Memang ikan betta berasal dari sawah, semak, paya yang berlumpur.
Namun, kawasan asal mereka adalah kawasan air mengalir, bukan seperti dalam akuarium.
3. Ikan Betta Hanya Boleh Diletakkan Sendirian.
Betul sebenarnya penyataan ini, namun tidak semestinya mereka perlu bersendirian.
Ikan betta tidak boleh bersama dengan pesaing mereka, seperti ikan betta jantan yang lain.
Namun, jika dari keadaan kecil (fry) sudah berada dalam kelompok yang banyak, tiada masalahnya.
Ikan betta, boleh saja diletakkan bersama spesis ikan hiasan lain seperti ikan gapi, ikan molly iaitu spesis yang tidak berapa aktif sepertinya.
Apalagi udang dan ikan pemakan alga seperti flying fox atau corydoras.
Berilah ikan betta 'kawan' supaya lebih ceria dan kurang stress selain meletakkan tumbuhan air.
4. Letak Tumbuhan dan Lumut Dalam Akuarium Betta Sebagai Makanan.
Ikan betta adalah spesis ikan karnivor. Bukan pemakan tumbuhan. Jika tumbuhan seperti lumut atau duck weed dijadikan untuk makanan ikan betta agak salah idea anda.
Sebagai penghilang stress ikan dan kawalan ekosistem memang betul diletakkan tumbuhan.
Berilah ikan makan emping makanan untuk betta yang berbentuk 'flakes' yang sememangya untuk ikan laga.
Ikan laga biasa dilihat dalam tumbuhan air di persekitaran asal mereka seperti paya. Itu adalah bertujuan untuk melindungi diri dan membuat sarang.
Tambahan banyak serangga pada tumbuhan air menjadi makanan pada betta. Betta tidak makan lumut atau tumbuhan air.
5. Ikan Betta Adalah Ikan Tidak Aktif dan Pemalas
Mungkin anggapan sebegini kerana penempatan ikan betta di kedai jualan ikan betta yang diletakkan di dalam bekas yang kecil.
Tipikal ini cukup memberikan tanggapan bahawa ikan beta sekadar berpusing dalam radius kecil dan hanya naik ke permukaan sekali sekala.
Boleh sahaja ikan betta diletakkan sebagai mana ikan hiasan lain dalam akuarium yang luas seperti ikan molly, ikan gapi dan ikan tetra, namun tipikal ini menyebabkan orang beranggapan ikan betta pemalas.
Ada sahaja ikan betta atau laga siam ini yang bermain dengan bola mainan dalam akuarium, 'menari' dalam akuarium dengan set up akuarium untuk betta yang sesuai.
Sudah sedikit sebanyak kita kenal akan spesis ikan hiasan yang cantik dan garang ini.
Maka ikan betta bukanlah ikan yang cerewet sangat. Tidak timbul isu tidak mahu memeliharanya.
Dapatkan ubat cegah penyakit ikan betta | Klik Sini
Anda fikir anda tahu 5 Salah Faham Tipikal Mengenai Ikan Laga ( Betta Fish ) ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri