"KLIA-Langkawi-Koh Lipe"
Dengan jolokan nama 'the little Maldives of Thailand' semestinya para pengembara dan mereka yang suka 'travel' akan meletakkan Pulau Koh Lipe dalam senarai untuk dikunjungi.
Klia - Langkawi - Koh Lipe - Travel Tips |
Koh Lipe sebenarnya berada di bahagian paling bawah bagi peta geografi negara Thailand. Dengan lebih tepatnya adalah bahagian barat daya negara Thailand.
Lebih menggembirakan rakyat Malaysia adalah Pulau Lipe atau Koh Lipe ini tidaklah jauh dari Pulau Langkawi, Malaysia.
Bercuti Di 'The Little Mardives'
Koh Lipe Little Maldives Island |
Air Laut Koh Lipe Jernih |
Walking Street Koh Lipe |
Kuala Lumpur International Airport , Malaysia
Notic Board Penerbangan KLIA2 |
Dengan pelbagai promosi dan semestinya terkenal dengan tambang murah. Perlu pandai mencari waktu dan tarikh yang sesuai untuk mendapatkan harga tiket yang murah.
Airasia A320 Walkbridge View |
2. Pastikan anda berada di KLIA2 dua jam lebih awal. Untuk penulis yang akan terbang pada jam 6.45 pagi makan pukul 4 pagi sudah boleh berada di airport.
3. Datang awal kerana airasia untuk penerbangan selain USA, memerlukan penumpang untuk check in tempat duduk dan check in luggage sendiri di kiosk yang disediakan.
Airasia A320 100th Dragon Livery |
Untuk check in bagasi (bukan kabin, kargo), terdapat seorang personel Airasia akan membantu di kaunter.
4. Usai segala pemeriksaan, terus menuju ke 'boarding area'. Tips yang boleh penulis berikan disini adalah pastikan apakah seksyen borading area pada boarding pass anda.
Sama ada 'J' atau 'K' atau lain lain. Jarak 'K' dengan 'escalator' selepas pemeriksaan imigresen dan kastam agak jauh, berbanding boarding area 'J'.
Gate J5 KLIA2 |
5. Penerbangan ke Pulau Langkawi (LGK) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KUL) dengan Airbus A320 milik Airasia akan memakan masa tidak lebih dari satu jam.
Permandangan Tingkap Airasia Sunrise |
Selfie Bersama Kapal Terbang Airasia |
Langkawi International Airport, Kedah
6. Pastikan tempat feri yang akan anda naiki nanti. Terdapat dua buah jeti feri untuk ke Koh Lipe.
Satunya adalah jeti Telaga Harbour dan satu lagi Jeti Feri di Pekan Kuah.
Untuk situasi kali ini penulis akan menaiki feri di Jeti Pekan Kuah, yang agak jauh juga dari Airport Langkawi, perjalanan dengan e-hauling seperti Grab Car mungkin memakan masa 20-30 minit.
7. Jika anda dijadualkan untuk menaiki feri pada jam tertentu dan masih lama lagi untuk menunggu, penulis ingin memberikan cadangan untuk berehat sebentar hilangkan penat terhimpit di 'seat' A320 Airasia yang agak sempit dengan mengalas perut dengan air kelapa dan laksa ikan sekoq di Pantai Hujung Airport.
Usah khuatir jika masih tidak mahu menghadam makanan berat, passembur juga ada.
8. Sebolehnya bergeraklah dari lapangan terbang ke jeti yang ditentukan awal dengan rancang supaya ada di kawasan jeti sekurang-kurangnya satu jam dari masa feri berlepas.
Jeti Feri Pekan Kuah, Langkawi
9. Hubungi agen tiket feri anda jika ada, atau terus menuju ke tingkat satu bangunan jeti untuk urusan tiket, passport dan apa-apa keistimewaan lain.
10. Sebagai contoh, ini contoh (bukan ditaja oleh agen ini). Bagi percutian penulis, penulis menggunakan khidmat dari Tropical Charters untuk perkhidmatan dari Malaysia. Bundhaya Resort untuk agen mereka di Koh Lipe.
Sticker Tropical Charters - Bundhaya Resort |
11. Harga untuk tiket sehala menggunakan khidmat agen (contoh penulis) adalah dalam RM195/seorang (Feb 2020)
Tiket Feri Koh Lipe Tropical Charters - Bundhaya Resort |
Walkway Ke Jeti Antarabangsa Pekan Kuah Langkawi |
Jom ! Naik Feri Ke Koh Lipe Thailand |
Suasana Dalam Feri Ke Koh Lipe Thailand |
14. Perjalanan memakan masa 1 jam dan 30 minit. Kebanyakan masa digunakan untuk berzikir (haha), tidur, layan filem alita kerana sukar untuk melihat suasana luar kerana cermin tingkap feri ditutup.
15. Penumpang dikehendaki untuk turun di sebuah platform sementara yang diberikan nama 'Floating Pier'. Oleh kerana kedalaman membatasi untuk feri menuju ke pesisir pantai Koh Lipe.
Sampai Di Floating Pier Koh Lipe |
Keadaan Di Atas Floating Pier Koh Lipe Thailand |
Naik Perahu Ke Pantai Koh Lipe |
Meninggalkan Floating Pier Ke Pulau Lipe |
Kebiruan Air Laut Di Koh Lipe |
Nampak Terumbu Air Jernih Koh Lipe |
Pulau Koh Lipe, Langkawi
20. Pengunjung akan diletakkan di atas titian diperbuat dari bahan terapung seumpama tong sebelum menuju ke tempat seterusnya.
Bot Sampai Di Pantai Koh Lipe Thailand |
22. Selesai, terus menuju ke bahagian imigresen di bahagian belakang kaunter tadi. Untuk pengecopan passport anda.
Berjalan Di Atas Titi Ke Pantai |
Untuk penulis, pass ini berharga 200 baht untuk seorang. Untuk island hopping di Koh Lipe pass ini 'mungkin' diperlukan.
Uruskan Dokumen Di Kaunter Agen dan Imigresen |
Perjalanan Ke Koh Lipe Dari Langkawi
Ini adalah beberapa ringkasan perjalanan yang dilalui penulis dari KLIA2 sehinggalah berjaya menjejakkan kaki di daratan Koh Lipe Island, Thailand.
Kejernihan Air Di Koh Lipe Thailand |
Jangan lupa untuk subscribe untuk trip, tips dan itinerary percutian.
Selamat bercuti dan semoga dapat membantu anda untuk persediaan dalam perjalanan menuju ke Koh Lipe dari Kuala Lumpur melalui Pulau Langkawi, malaysia.
Video dan gambar adalah rekod dan 'snapshot' menggunakan Gopro Hero 7 Black,
Berkenan untuk memiliki gopro ini dengan aksesori menarik harga pun murah, mampu milik, boleh klik pautan ini :
Gopro Hero 7 Black dan Aksesori Dengan Harga Promosi
Anda fikir anda tahu Perjalanan Ke Koh Lipe Thailand Dari KLIA Melalui Pulau Langkawi Malaysia ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri