Bagaimana Cara dan Syarat Terkini Buat Duit Dengan Youtube Melalui Google Adsense


"Cara Buat Duit Youtube Adsense"

Hidup di zaman internet di mana-mana memberikan banyak peluang kepada kita. Jika zaman dahulu untuk berjaya mendapat hasil lumayan dengan senang kata, gaji untuk menyara hidup.


Cara Buat Duit Dengan Youtube dan Adsense
Cara Buat Duit Dengan Youtube dan Adsense
Pelajaranlah jawapannya.


Pelajaran memang penting tapi yang penulis ingin sampaikan adalah gred dan keputusan cemerlang. Zaman digital gred dan keputusan peperiksaan bukan lagi ukuran.

Cari Pendapatan Dengan Buat Video 

Zaman sekarang, zaman semua boleh berjaya walaupun bukan hebat pada slip keputusan peperiksaan.

Kehidupan atas talian (online) antara mata pencarian rezeki yang boleh diiktiraf sebenarnya.

'Bisnes' online banyak cabang, namun untuk terkenal dengan cepat youtube lah jawapannya.

Langkah Langkah Daftar Akaun Google Adsense Dengan Youtube

Jom lihat proses dan cara untuk bermula sebagai pemula (beginner) youtube sehingga mampu menjana pendapatan.

1. Cipta Akaun Google


Daftar Akaun Youtube
Daftar Akaun Youtube


Daftar dan cipta akaun email dengan google. Lebih tepat dengan 'Gmail'. Sebagaimana mencipta akaun email biasa.

Selesai membuat gmail, terus masuk ke youtube.com. Secara automatik anda memiliki akaun youtube.

2. Buat Konten, Upload Video


Upload Video Di Youtube
Upload Video Di Youtube
Berpandukan minat dan pengetahuan anda. Buat video yang mengikut citarasa anda dan 'upload' (muat naik) video tersebut ke akaun youtube anda.

Ingat dengan slogan 'content is king' pemilihan genre atau niche video anda penting juga.

3. Capai Kriteria Untuk 'Monetize'


Syarat Monetize Youtube Adsense
Syarat Monetize Youtube Adsense
Bagi kriteria untuk untuk diterima google adsense pada masa sekarang (2019). 

Dua kriteria diperlukan oleh 'content creator' untuk dipatuhi sebelum boleh mengiklan iklan dengan adsense di channel youtube anda.

Apakah syarat terkini untuk daftar adsense di youtube ?

a) 1000 subscribers
b) Jumlah watch time untuk satu tahun melebihi 4000 jam, bukan minit.

Apabila dua kriteria di atas dipatuhi, pihak monetization youtube akan menghantarkan email kepada anda.

4. Jangan Langgar Polisi Adsense


Youtube Adsense Program Policies
Youtube Adsense Program Policies
Apabila sudah layak mendaftarkan akaun anda dengan google adsense, patuhi segala 'pantang larang' polisi dari google adsense.

Supaya anda tidak akan disekat, digantung atau dimansuhkan google adsense anda.

5. Teruskan Buat Konten Berguna Untuk View


Contoh Video Di Youtube
Contoh Video Di Youtube | Source : Snapbackpacker
Apabila sudah berjaya mendapat pengiktirafan dan 'approval' dari google adsense untuk beriklan dengan mereka di video-video youtube anda, teruskan membuat konten dan dapatkan viewers yang banyak untuk mendapatkan hasil yang banyak.

'Content Creator' Di Malaysia Makin Ramai

Mungkin industri youtube di Malaysia tidak begitu popular lagi. Akan tetapi jika dilihat kemunculan 'content creator' baru dan pemula memang sudah meningkat.
Di luar Malaysia nama-nama seperti Pewdiepie, Nigahiga yang lebih kepada 'reaction' (reaksi) terhadap sesuatu.

Di Malaysia trend yang penulis mampu lihat sedang berkembang adalah niche drama pendek dan vlog memancing yang kian popular di youtube.

Kongsikan Minat Di Akaun Youtube

Untuk menjadi youtuber yang berjaya memakan masa, minat dan kreativiti. Anda tidak akan terus mencapai tahap 'silver award', 'gold award' atau 'ruby award' dalam jangka masa pendek.

Lihat sahaja video paling awal youtuber yang terkenal, biasa-biasa sahaja, namun minat dalam menghasilkan konten dan video menjadikan mereka naik.

Minat yang pertama dan pendapatan akan datang sendiri.

Sebagaimana penulis, yang baharu sahaja berjinak-jinak untuk berada di dalam dunia youtube. Penulis sekadar menghasilkan video di youtube untuk mengasah bakat merekod video dan mengeditnya.

Bagi channel penulis, penulis menyamakan 'niche' video sama dengan blog ini, iaitiu Travelogue, Food Review dan Lifestyle.

Boleh subscribe youtube untuk blog ini pada banner di bawah:



Jika kena dengan citarasa anda boleh subs kalau tidak pun penulis tidak memaksa haha...

Bagi yang inginkan secara detail dan seterusnya menjadi seperti Syahmi Syazli Production, Yoe Parey Channel, MrKokom, Mamat dan Daus apalagi DD Chronicle.

Boleh dapatkan panduan lengkap menjadi youtube berjaya dengan Ebook ini | Rahsia Income Dari Youtube

Anda fikir anda tahu Bagaimana Cara Terkini Buat Duit Dengan Google Adsense ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan