Sarapan Pagi Di Nasi Dagang Pak Malau Pulau Langkawi


"Nasi Dagang Pak Malau"

Bercerita tentang nasi dagang, perkara pertama yang akan terlintas di fikiran yang kenal akan hidangan ini adalah negeri Terengganu Darul Iman dan Kelantan Darul Naim.


Nasi Dagang Pak Malau Langkawi
Nasi Dagang Pak Malau Langkawi
Dua negeri ini merupakan tempatnya nasi dagang mula terkenal, meskipun kedua-dua negeri memiliki pengenalan 'signature' nasi dagang yang berlainan.


Nasi Dagang yang Dagang Di Tempat Orang

Namun, sebenarnya lebih kepada definisi nasi dagang itu sendiri. Jika diperhatikan perkataan 'dagang' merujuk kepada 'travel' atau perpindahan dalam istilah zaman dahulu kala.

Ada yang betul-betul menggunakan istilah 'dagang' pada menu yang dikatakan berasal dari pantai timur semenanjung Malaysia ini.

Pantun Pak Malau

"Dagang Pak Malau Dagang Bertempat, Dagang Hamba Musafir Lalu"

Itu adalah cebisan pantun oleh Damak kepada Pak Malau sebelum beransur ke negeri Pahang.

Kita tinggalkan sejenak kisah asal usul nasi dagang dan cerita damak dan pak malau.

Penulis berpeluang sekali lagi untuk menjejakkan kaki di Pulau Langkawi, kedah. Belum habis sebenarnya untuk dijelajahi Pulau Langkawi jika itinerary tidak melebihi 7 hari 6 malam.

Kebiasaan paling lama yang termampu 4 hari 3 malam.

Mencari Sarapan Di Langkawi

Mencari makanan pagi (sarapan) di Pulau Langkawi tidak begitu sukar. Kiri kanan jalan raya akan terdapat kedai makan yang menyediakan makanan, namun, untuk mendapatkan makanan pagi yang boleh memberikan kelainan kepada penulis agak sukar.

Jika boleh tiga makanan pagi yang selalu penulis dibiasakan ketika kecil untuk dijamah, nasi kerabu, nasi berlauk dan nasi dagang.

Sarapan Orang Pantai Timur Di Langkawi

Di Pulau Langkawi menemui tiga sarapan pagi masyarakat pantai timur Malaysia ini boleh dikatakan cukup jarang untuk ditemui.

Mujurlah terdapat satu kedai makan yang telah dibuka dengan tema nasi dagang ada di Pulau Langkawi ini.

Nasi Dagang Pak Malau, Langkawi.


Pintu Masuk Nasi Dagang Pak Malau
Pintu Masuk Nasi Dagang Pak Malau
Terubat sedikit rasa rindu kampung halaman meskipun sedang 'travel' jauh di penjuru peta semenanjung Malaysia.

Apalagi apabila berkunjung ke Langkawi dengan sanak saudara dari Kelantan.Apa lagi penulis berjaya menemui Kedai makan Pak Malau untuk sarapan.

Menu Nasi Dagang yang Di Rasa

Semestinyalah nasi dagang yang ditemui. Adakah sama versinya dengan yang biasa penulis temui di Pantai Timur ?

Terus penulis mencubanya.

Nasi Dagang Ikan Tongkol (Aya)

Bagi penulis, nasi dagang akan lengkap dengan lauk gulai ikan aya atau tongkol.
Sesuai juga dengan lauk lain namun, jika diletakkan meter keserasian, dua elemen ini cukup serasi.


Set Nasi Dagang Lauk Ikan Tongkol
Set Nasi Dagang Lauk Ikan Tongkol
Bayangan penulis sebelum mencubanya adalah nasi dagang yang beraroma dan terasa 'sticky' nya apabila dikunyah.

Gulai ikan yang kaya dengan 'serabut-serabut' rempah dan kemasinan gulai. Isi ikan yang apabila digigit yang mampu mengeluarkan aroma ikan tongkol dan kepejalan isinya yang boleh dibezakan antara isi hitam dan putih.

Itu bayangan penulis.

Lauk Pauk Nasi Dagang Lain

Selera manusia tidak sama. Ada yang suka dengan ikan tongkol ada yang kurang suka. Bagi yang kurang menggemari ikan aya boleh memilih dua lagi gulai yang ada, gulai daging dan gulai ayam.

Penggemar kambing jangan lupa untuk mencuba lauk kambing kurma.

Agak kecewa sebenarnya tiada gulai serati disediakan.

Makanan Lain

Sarapan pagi kurang lengkap tanpa kuih muih. Banyak juga kuih muih yang ada disediakan di satu bahagian lain.


Kuih Muih Pun Ada
Kuih Muih Pun Ada
Ulasan Penulis

Rasa Makanan

Dua aspek yang perlu dilihat dalam rasa nasi dagang adalah lemak santan dan tektur pulut yang digunakan.

Dua elemen ini yang boleh dirasa dalam nasi dagang. 

Bagi rasa nasi dagang kukusan dan tanakkan restoran pak malau, pulutnya tidak begitu lembik dan keras, sedang-sedang cukup lembut.

Lemak santan juga tidak menutup rasa yang ada pada pulut. Cukup sedap sebenarnya. Agak sama rasanya dengan kita makan di sekitar pantai timur Malaysia.

Halba tetap ada namun tidak begitu banyak digunakan, itu yang penulis suka.

Dari segi lauk pula kita lihat pada tekstur gulai dan isi ikan tongkol. Gulai kuning pekat cukup rempahnya, memang kena dengan nasi dagang yang liat karakternya.

Ikan tongkol yang digunakan semestinya telah direbus untuk kadar waktu tertentu, tidak begitu keras dan terlalu lembut. Cukup mudah untuk mengasingkan tulang dan isi.

Secara amnya, gulai yang dimasak kedai makan ini kena dengan nasi dagang yang 'sticky' dan berlemak.

3.5/5.0

Harga Makanan

Bagi penulis, untuk set nasi dagang bersama lauk dibawah RM10 untuk satu set hidangan boleh dikatakan masih berpatutan.

Bayangkan makanan bukan kebiasaan orang Langkawi ada di sini. Hanya boleh bertemu hidangan ini di pantai timur untuk sarapan. Jadi bagi penulis, masih berpatutan.

3.0/5.0

Suasana

Terletak berdekatan monumen sejarah, Makam Mahsuri. Lagenda Mahsuri yang terkenal dengan resam kemelayuan asli. Nah, kawasan ini juga turut dikekalkan keaslian zaman dahulu.


Permandangan 'Backyard' Pak Malau Langkawi
Permandangan 'Backyard' Pak Malau Langkawi
Dengan latar belakang sawah padi dan nun di sana terlihat samar-samar bukit, memang 'instagrammable', cukup menarik.


Bersama Kereta Antik
Bersama Kereta Antik
Ruang makan dan hiasan dalaman dicorakkan dengan elemen klasik zaman gadis-gadis menutup kepala menggunakan kain sarung dan jejaka-jejaka giat berlatih silat di tepi sungai.

Majoriti binaan kedai dan kemudahan ruang makan diperbuat dari unsur alam semulajadi. 

4.0/5.0

Layanan Staf

Dari beratur mendapatkan makanan sehingga membuat bayaran penulis merasakan ketenangan. Ini menandakan tiada sebarang kegusaran untuk memberikan komen tentang layanan pekerja mahupun 'Pak Malau' sendiri.


Ayam Serama Jinak Pak Malau
Ayam Serama Jinak Pak Malau
Mengingatkan kembali kesantunan dan kesopanan orang zaman dulu-dulu. Lebih menarik jika staf juga mengenakan pakaian ala-ala zaman dahulu, sekadar mencadang.

4.0/5.0

Kemudahan/Lain - Lain

Kedai makan ini mengikut penulis mungkin untuk sarapan sahaja. Setelah viral dan agak popular penulis risaukan satu sahaja, kawasan parkir yang tidak mencukupi.

Jika dua buah bas datang, inshaAllah kawasan akan menjadi agak sempit. Jalan masuk juga agak sempit dan berselut jika hujan.

Terdapat satu parit menghala ke sawah-sawah padi, ketika penulis datang terdapat seumpama bau yang datang dari parit berkenaan, mungkin pengaliran kurang elok.
Hati-hati juga apabila di kawasan berair, bersemak dan seumpama belukar.

2.5/5.0

Jom lihat sedikit video yang mungkin membantu anda 'preview' apa yang ada di Nasi Dagang Pak Malau Langkawi. Untuk lebih senang dilihat tanpa digambarkan sahaja.



Jangan lupa subs channel untuk preview dan review di tempat lain.
Informasi Pengunjung

Lokasi Kedai Makan


Sawah Padi Ketika Pagi
Sawah Padi Ketika Pagi
Tidak jauh dari monumen makam Mahsuri. Dengan permandangan sawah padi dan hutan-hutan kecil sampailah ke destinasi.

Kedai Makan Nasi Dagang Pak Malau,
Jalan Makam Mahsuri, 
Kampung Mawar, 
07000 Langkawi, 
Kedah



Harga Makanan

Nasi Dagang + Ikan Gulai (tongkol) : RM6.00
Nasi Dagang + Ayam Gulai : RM6.00
Nasi Dagang + Daging Kerutub : RM7.00
Nasi Dagang + Ayam Goreng : RM7.00
Nasi Dagang + Kambing Kurma : RM22.00

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa. Bermula jam 8 pagi sehingga 2 petang.


Tempat Makan 'Outdoor'
Tempat Makan 'Outdoor'
Sama Rasa Dengan yang Asli ?

Jika ditanya apakah beza nasi dagang pak malau langkawi ini dengan nasi dagang asli dari Kelantan dan Terengganu ? 

Sukar sebenarnya untuk di jawab kerana Pak Malau berasal Terengganu dan Mak Malau (Isteri Pak Malau) orang Kelantan.

Nasi dagang yang ber'dagang' di Langkawi.


Makan Beramai - Ramai
Makan Beramai - Ramai
Jangan lupa untuk dapatkan autograf pada seringgit duit baki dengan tanda tangan pak malau nasi dagang Langkawi sebagai 'bukti pembelian' haha.

Autograf Pak Malau Nasi Dagang Pada Seringgit
Autograf Pak Malau Nasi Dagang Pada Seringgit
Anda fikir anda tahu Sarapan Pagi Di Nasi Dagang Pak Malau Langkawi ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan