Tukar Rim dan Tayar Murah Di Jalan Kapar Klang


"Kedai Tayar dan Rim Murah"

Malang tidak berbau, jika berbau bolehlah kita berhati-hati. Semua yang terjadi dalam definisi kemalangan sukar diramal.


Kedai Rim dan Tayar Murah Klang
Kedai Rim dan Tayar Murah Klang
Begitu juga dengan kenderaan yang sentiasa menjadi perhubungan manusia. 


Kereta misalnya, akan terdapat masalah dan perkara yang menyebabkan pengguna kereta gusar apabila berlaku kemalangan.

Kemalangan biasanya menghadirkan kerosakan. Dalam cerita kita hari ini, dua 'organ' atau 'anggota' pada kereta yang agak penting iaitu tayar dan rim yang menghasilkan gabungan yang diberi nama roda.

Penyebab Rim dan Tayar Pecah

Banyak perkara yang menjadi penyebab berlakunya kerosakan pada dua bahagian penting kereta ini, antaranya;

1. Jalan berlopak dan berlubang
2. Jatuhan dari lori, kontena seperti kayu dan pengikat
3. Batu atau kayu yang sedia ada di jalanan


Rim 14 Inch Bengkok Pecah
Rim 14 Inch Bengkok Pecah
Dalam kes penulis, penyebab nombor dua dikenalpasti. Dalam keadaan jalan sekitar yang agak belum terurus, beberapa objek dari lori kontena berjaya jatuh ke jalan dan tanpa dengan sengaja dilanggar pada bahagian kanan tayar.

Keputusan kepada kemalangan kecil terbabit, tayar pecah dan rim agak bengkok.

Solusi pertama yang penulis fikirkan adalah hantar rim bengkok ke kedai rim dan masalah selesai.

Rupanya tidak, rim sudah pecah bersama sama pecahnya harapan.

Welding Rim Pecah 


Rim Pecah Tayar Pecah
Rim Pecah Tayar Pecah
Jika hantar bengkel dan 'welding' gagal dipastikan berapa lama ia mampu bertahan. Nak atau tidak, terpaksa tukar rim sekali tayar. Dengan ekonomi yang agak gawat, pemilihan kedai rim dan tayar memerlukan penelitian yang teliti.

Beberapa kedai sekitar berjaya memberikan jawapan yang sama, dengan nilai 'trade in' yang sama. Agak tidak menepati intipati pergerakan masuk keluar wang dari dompet, dengan kata lain tidak berbaloi.

Kedai Rim dan Tayar Jalan Kapar

Teringat penulis akan rekomendasi untuk mencari rim di Jalan Kapar di Klang.
Dikatakan murah dan 'trade in' diterima.

Senang sahaja untuk ke kedai rim dan tayar murah ini, yang juga dikenali sebagai 'kedai papan' Jalan Kapar.


Rim 14 Design Masa Kini
Rim 14 Design Masa Kini
Cukup besar sebenarnya kawasan perniagaannya, mungkin nama kilang papan sudah tidak relevan. Tiga premis rumah kedai adalah miliknya. Nama 'kedai  papan' adalah jolokkan zaman dulu-dulu.

Pelanggan cukup ramai, mengiakan tanggapan awal penulis di sini adalah jawapan yang betul untuk mereka yang ingin mencari rim dan tayar yang baharu.


Rim Pelbagai Saiz Design Menarik
Rim Pelbagai Saiz Design Menarik
 Bagi mendapatkan kepuasan penulis berjaya melakukan beberapa kaji selidik atau 'survey' sebelum mendapatkan kedai yang memenuhi keperluan penulis.

Memilih Kedai Rim dan Tayar

Memandangkan penulis datang ketika hari Ahad, dua sahaja dalam jangkauan mata penulis yang buka untuk deretan 'kedai papan' ini.


Banyak Pilihan Saiz Rim
Banyak Pilihan Saiz Rim
1. Klang Hing Leong Tyre Services Sdn Bhd

Harga Rim 14 (R14) : RM500-RM700 (untuk saiz lain harga lain)
Pilihan Rim : Banyak
Trade in Rim : Boleh, jika rim asal adalah dari kedai ini

Waktu Operasi : Dibuka setiap hari dari 8.30 pagi sehingga 7 malam (kecuali Ahad, 4 petang)

Lokasi :

2. Klang Hock Li Tyre Services Sdn Bhd


Klang Hock Li Tyre Services
Klang Hock Li Tyre Services
Harga Rim 14 (R14) : RM500-RM700 (untuk saiz lain harga lain)
Pilihan Rim : Agak sedikit
Trade in Rim : Boleh, RM30/rim


Harga Trade In Rim Terpakai
Harga Trade In Rim Terpakai
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari dari 10 pagi sehingga 6 petang 

Cara Bayaran : Tunai, Kad Debit (terdapat caj tambahan) dan Online Banking

Lokasi :

Servis Lain yang Boleh Di Dapati

Jangan pula lupa untuk lihat lain lain servis yang ada contohnya, balancing dan alignment. Ini penting kerana menukar semua rim dan tayar semestinya perlu mendapatkan kesesuaian dengan pemanduan.


Balancing dan Alignment Kereta
Balancing dan Alignment Kereta
Selain dari melihat keadaan spring dan absorber pada kereta anda. Jika betul-betul sudah kritikal perlulah ditukar. Melalui pengalaman dengan kedai ini, tiada paksaan sebelum mereka menukar sesuatu dan mereka akan 'consult' dulu apa yang perlu pengguna tahu.


Aksesori Rim Lain
Aksesori Rim Lain
 Terdapat sedikit masalah dengan 'absorber mounting' kereta penulis, maka terpaksalah membuat tukaran. Sebelum ini penulis pernah menanyakan harga benda ini di kedai lain sama sahaja harganya, dan terus membuat penukaran.


Absorber Mounting Viva Rosak
Absorber Mounting Viva Rosak
Harga sekali pasang memang agak mahal jika dibandingkan dengan membeli di 'online shopping' seperti Lazada atau Shopee namun kos pemasangan perlu diambil kira nanti.

Lihat Keperluan untuk Perkhidmatan yang Diberikan

Dalam kes penulis, penulis memilih kedai rim dan tayar kedua, Hock Li kerana 'trade in' untuk kedai ini 'universal' tidak kisah rim bagaimana.

Beza Harga Dengan yang Lain

Harganya juga dalam julat yang dalam belanjawan penulis. Dari pemerhatian harga yang ditawarkan lebih murah dalam RM200-RM300 berbanding kedai biasa lain.


Harga Rim R14 Terkini
Harga Rim R14 Terkini
Dari segi layanan, setakat ini masih baik, dengan setiap aktiviti yang mereka lakukan akan diberitahu dahulu dan beberapa rekomendasi jika ada penukaran.

Survey Tayar Dengan Mudah

Disini harga tayar juga murah, jika ditempat lain mengikut pengalaman penulis ada juga beza harganya sehingga RM50.


Tayar Murah Pelbagai Saiz
Tayar Murah Pelbagai Saiz
ataupun bagi mereka yang jenis sukar untuk 'survey' tayar secara fizikal ke mana-mana kedai rim dan tayar, boleh gunakan khidmat My Tayar lebih mudah untuk anda 'survey' harga, jenis dan jenama tayar citarasa anda.

Anda fikir anda tahu Tukar Rim dan Tayar Murah Di Jalan Kapar Klang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan