Menginap dan Memancing Di Rockbund Fishing Chalet Marina Island, Lumut Perak


"Rockbund Fishing Chalet Lumut"

Dua hobi yang bertemu akan menghadirkan kegembiraan pada penulis. Melancong dan memancing.


Menginap Memancing Di Rockbund Fishing Chalet
Menginap Memancing Di Rockbund Fishing Chalet
Kolaborasi dua hobi ini seumpama paduan suaran duet yang mantap jika dimetaforakan dalam bentuk lagu.


Kombinasi menginap dan aktiviti memancing.

Banyak sebenarnya dua elemen ini yang ada di Malaysia untuk peminatnya untuk merasai pengalaman. Salah satunya di Lumut, Perak.

Dengan konsep menginap sambil memancing tempat pelancongan yang diberi nama Rockbund Fishing Chalet ini menjadi kegemaran kaki pancing dan mereka yang suka 'travel'.


Selamat Datang ke Rockbund Marina Island
Selamat Datang ke Rockbund Marina Island
Penulis tidak melepaskan peluang untuk mencuba merasai sendiri pengalaman bermalam di Rockbund Chalet yang terletak di Pulau Marina, sebuah pulau buatan manusia.

Apa yang ada di Rockbund Fishing Chalet ?

Chalet

Terdapat chalet yang boleh dikatakan agak 'kiut' dan 'comel' sebenarnya. Didirikan menghadap Pulau Pangkor yang terletak di Selat Melaka.


Bilik Chalet Standard Rockbund
Bilik Chalet Standard Rockbund

Dengan kedudukan setiap chalet mengiringi rupa bentuk Pulau Marina dalam kedudukan melengkung.

Didekorasikan dengan pelbagai warna, warna-warni. Kebanyakan warna adalah dalam tona lembut. Merah jambu, turqoise dan cyan.


Warna Warni Chalet Rockbund Fishing Chalet
Warna Warni Chalet Rockbund Fishing Chalet
Cukup indah untuk dilihat.

Terdapat tiga jenis chalet yang menanti pengunjung. 

1. Standard Chalet
2. Superior Chalet
3. Suite Superior Chalet

Rakyat marhaen sebagaimana penulis memilih bilik standard. Mengikut bajet percutian penginap.

Standard Chalet Room

Seumpama satu rumah, dengan dua bilik, dilengkapi dengan dua buah katil 'single' untuk masing masing bilik.

Setiap bilik memiliki pendingin hawa. Meja solek, almari pakaian dan soket elektrik tersedia di dalamnya.


Saiz Katil Rockbund Chalet Lumut
Saiz Katil Rockbund Chalet Lumut
Setiap katil disertakan satu bantal, satu selimut berserta cadar dan sehelai tuala. 

Bilik air diletakkan di bahagian luar, dua bilik berkongsi satu tandas. Tandas yang lengkap dengan sinki, 'shower heater', tandas duduk (yang agak kerdil ketinggiannya), paip tambahan.

Sabun badan juga disediakan.

Ruangan depan dipasangkan rak berupa kabinet dengan diletakkan cerek serta empat botol air mineral bersama kopi, teh dan gula. 


Cenderamata Rockbund Marina
Cenderamata Rockbund Marina
Sebagaimana kebiasaan hotel dan chalet.

Televisyen ? Tiada. Datang ke sini nikmati 'outdoor'nya itu lebih menarik dari menonton tv. Meja yang luas juga disediakan untuk meletakkan barangan.

Apa yang terbaiknya, kerusi santai disediakan, sebanyak empat buah kerusi disediakan, memudahkan penginap bersantai.

Platform/Pelantar Memancing

Ini adalah keunikan Rockbund Marina Island. Juga merupakan penyebab penginapnya datang ke sini.


Platform Mancing Rockbund Marina Island
Platform Mancing Rockbund Marina Island


Tempat memancing yang agak luas menghadap Pulau Pangkor. Satu pelantar dikhaskan kepada dua buah chalet bersebelahan.

Sememangnya untuk pemancing melakukan aktiviti idaman mereka. Tempat meletakkan joran juga tersedia.


Tempat Mancing Di Rockbund Fishing Chalet
Tempat Mancing Di Rockbund Fishing Chalet
Pemancing merangkap penginap hanya perlukan alatan memancing mereka, lakukan persiapan, pasang umpan terus memancing.


Pelantar Matahari Terbenam
Pelantar Matahari Terbenam
Gunakan kerusi santai yang disediakan lagi terbaik sambil melihat permandangan laut dan permandangan waktu terbenanmya matahari sambil menunggu ikan menyentap mata kail.

Selain untuk memancing, pelantar ini terbaik juga untuk 'photoshoot'.

Kafe (Restoran)

Sebenarnya ketika penulis menginap di sini terdapat satu acara kahwin disini. Kafe D'Pine Cafe milik Rockbund Fishing Chalet ditutup untuk penginap lain kerana sudah di tempah.


Majlis Perkahwinan Di Rockbund
Majlis Perkahwinan Di Rockbund
Bermakna penulis gagal mencuba makanan yang disediakan di kafe ini, namun, apa yang penulis boleh berikan maklumat dan informasi adalah dari segi luaran.

[Penulis akan membuat ulasan tempat makan sekitar Marina Islands]

Pada pandangan pertama pasti akan terbayang, makan dalam suasana romantik. Dengan tema putih dengan latar belakang laut beserta pulau dan bukit bukau permandangan memang terbaik.


Kafe D'Pine Rockbund Chalet
Kafe D'Pine Rockbund Chalet
Terdapat satu pelantar seumpama pelantar memancing yang lain, cukup indah kalau diadakan sebarang acara.

Kemudahan Lain Di Rockbund Marina Island

Sewa Basikal

Bagi mereka yang ingin bersiar siar di sekitar Rockbund atau kawasan sekitar Pulau Marina, boleh menyewa basikal yang disediakan.

Tapi penulis melihat kanak-kanak sahaja yang ramai menggunakan kemudahan ini.

Ulasan Penulis

Bilik Chalet

Bagi bilik ia sudah memuaskan hati untuk chalet yang memiliki penarafan tiga bintang.
Lengkap barang-barang yang diperlukan.

3.0/5.0

Aktiviti (Memancing)

Memandangkan Rockbund Fishing Chalet adalah kawasan memancing, kita fokuskan kepada aktiviti memancing.


Aktiviti Memancing Di Rockbund Fishing Chalet
Aktiviti Memancing Di Rockbund Fishing Chalet
Tidak berapa puas hati sebenarnya dengan dapatan hasil memancing. Dengan arus air yang agak kuat, pemancing yang ingin datang seharusnya memilih waktu memancing yang sesuai disini. 

Nelayan tempatan juga ramai menunjukan 'ego' mereka,harap jangan ditunjuk sangat stereotaip nelayan yang kurang terpelajar, memasang pukat dan 'mengacau' di hadapan pemancing di Rockbund. 


Sediakan Alatan Memancing
Sediakan Alatan Memancing
Dari segi pelantar (verandah), tempat untuk memancing tiada masalah. Lengkap kemudahan kecuali alatan dan umpan perlu di bawa sendiri.

Apa yang pasti penulis tidak 'bangau' dan 'kumpau'. Malangnya, ikan buntal sahaja yang menjadi lesen penulis disini. Jangan gelak, di Jepun ikan buntal makanan yang agak mahal haha, sashimi buntal.


Ikan Buntal Rockbund
Ikan Buntal Rockbund 

2.0/5.0

Kafe dan Tempat Makan

Terus terang penulis memberikan cadangan, bina dua buah kafe. Satu untuk majlis dan acara, dan satu lagi kafe untuk penginap yang sedia ada.

Agak jauh sebenarnya untuk mendapatkan makanan jika terpaksa keluar mencari tempat makan. Pengalaman penulis, kafe D'Pine, ditutup kerana terdapat majlis perkahwinan yang telah ditempah.

1.5/5.0

Hospitaliti

Layanan staf cukup baik. Dari bermulanya tempahan sehingga daftar keluar (check out). Tiada sebarang masalah yang dihadapi.

3.5/5.0

Untuk lebih lanjut infonya boleh rujuk video pengalaman di bawah:



Untuk video-video percutian lain yang menarik boleh klik pautan ini : Snapbackpacker Youtube Channel

Informasi Pengunjung

Lokasi Rockbund Fishing Chalet

Terletak di Marina Island, berhampiran dengan kem tentera laut Lumut serta Pantai Teluk Batik.

Tidak begitu sukar untuk sampai ke Rockbund, terletak menghadap Pulau pangkor serta memerlukan bakal penginap melalui jalan yang tidak berturap sedikit untuk sampai.

Rockbund Fishing Chalet
Marina Island, KM1, 
Jalan Utama Marina Island, 
32200 Lumut, 
Perak



Harga Bilik Penginapan

Standard Chalet Room : RM298.86 (untuk harga penulis, tempahan terus dengan Rockbund)

Apa yang boleh dijelaskan harga agak berbeza-beza, melalui Agoda, Booking.com atau mana-mana penyedia tempahan penginapan.

Persediaan Untuk Ke Rockbund

1. Dapatkan beg kalis air seperti HyperGear, boleh survey barangan kalis air hyperGear [Klik Sini]

2. Untuk keselesaan dapatkan barangan outdoor dengan PTT Outdoor [Klik Sini]



Anda fikir anda tahu Menginap dan Memancing Di Rockbund Fishing Chalet Marina Island, Lumut Perak ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan