"KFC Green Chili Crunch Review"
Perang 'fast food' di Malaysia jarang kalau sunyi. Pasti akan ada makanan yang akan diperkenalkan.
KFC Green Chili Crunch Review |
Jika yang ini keluarkan yang ini, yang itu keluarkan yang itu.
Kali ini penulis sempat mencuba satu hidangan jangka hayatnya tidaklah begitu panjang dalam senaraik menu.
Iaitu
"KFC Green Chili Crunch"
Menu KFC ini tidak lari dari peperangan siapa paling pedas. Bertemakan cili, lada dan pedas.
'Impression' Pertama Iklan
Bagi penulis, apabila melihatkan gambar pada iklan, tema yang sepatutnya dirasai adalah tema 'hulk'.
Hijau dan agak ganas namanya, masih mengekalkan perkataan 'chili'.
Memang bersalut pewarna yang bewarna hijau, yang melambangkan 'lime' atau limau.
Chili pula melambangkan pedas. Sedikit sebanyak menghala ke arah thai sebenarnya.
Pedas dan masam.
Dalam promo didatangkan dalam dua variasi:
2 Pieces Combo |
3 Pieces Combo |
2 ketul ayam
3 ketul ayam
Ada ekstra dengan nama, Box Meal yang didatangkan dengan seketul ayam, burger zinger, fries, coleslaw dan kentang putar.
Box Meal |
Dengan jawapan 'makan sini' penulis memesan KFC Green Chili Crunch untuk 3 ketul.
Seperti biasa, tidak sekacak dan secantik dalam gambar promo, warna realiti.
Green Chili Chicken Crunch KFC |
1. 3 Ketul Ayam (Dengan Green Chilli)
2. Kentang Putar
3. Coleslaw
4. Air Karbonat Pepsi
Pada asasnya dan sejujurnya, apabila dilihat depan-depan ia menjurus ke arah warna ayam tersebut sudah berkulat. Risau juga akan tertukar dengan yang betul-betul berkulat, itu adalah pandangan pertama dilihat.
Apakah Rasa KFC Green Chili Crunch ?
Sebelum sampai ke hidung, bau sudah mula hinggap ke deria bau. Belum lagi ke mulut.
Aroma yang jarang dihidu sebenarnya.
Rasa Ayam Green Chili Crunch KFC |
Aroma yang Menusuk Deria Bau
Ya, sememangnya bau tersebut. Di deria bau manusia lain tidak pasti tetapi itulah aroma yang dapat penulis gambarkan.
Perencah Perisa Green Crunch |
Ada, rasa limau, cuma terlampau sedikit, perlukan deria rasa yang betul-betul tajam untuk merasai rasa limau.
Tahap Kepedasan
Untuk kepedasan, seumpama kehadiran rasa limau juga, seumpama bilangan mereka yang kahwin empat di Malaysia, kadang-kadang.
Bagi penulis, KFC memang arif tentang bermain garam. Jarang hidangan berempah mereka yang tidak masin walaupun pernah terdapat promo untuk hidangan bertemakan telur asin suatu ketika dahulu.
Ulasan Penulis
Untuk KFC Green Chili Crunch kali ini di tahun 2019 ini. Banyangkan anda memakan ayam goreng KFC biasa dengan ditambah perencah mamee monster, sedikit bauan limau yang sipi-sipi.
Pedas ? Betul ke ada chili di dalamnya ?
Harganya juga boleh tahan keras.
Anda fikir anda tahu Review Rasa Green Chili Crunch KFC Malaysia ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri