Rasa Makanan Ala Barat (Western Food) Di Zeatty Cafe Pasir Puteh Kelantan


"Cafe Western Di Kelantan"

Banyak juga pengusaha restoran makanan tempatan yang menjadikan tema kopi dan kek sebagai menu utama.


Zeatty Cafe Western Grill Pasir Puteh Kelantan
Zeatty Cafe Western Grill Pasir Puteh Kelantan
Lihat dari luar dengan rekabentuk kedai yang berunsurkan kafe dan kedai kek sebagai tanda tema yang ingin disampaikan.


Manusia memiliki citarasa tersendiri, bukan semua peminat nasi kukus ayam berempah, nasi lemak sambal sotong atau nasi beriyani gam.

Citarasa berlainan.

Citarasa Western dan Grill

Ingin juga kadang-kadang deria rasa diberikan makanan yang lebih ke arah hidangan alternatif seperti kek, pastri dan western, makanan lebih kepada lidah masyarakat barat.

Bagi yang ingin mencuba kelainan citarasa apabila berkunjung atau sememangya pencari makanan di Kelantan, terdapat satu restoran dengan citarasa ini.

Alternatif Makanan Tempatan Kelantan

Sudah terbiasa dengan nasi berlauk pada paginya, nasi dagang sebagai pembuka selera, tengahharinya dengan nasi kerabu ayam bakar, petang dengan keropok lekor dan satar, malam, tidak salah jika 'belanja' deria rasa kita dengan hidangan western.

Penulis berpeluang mencuba makanan western dan berunsurkan pastri dengan dekorasi warna-warni di sebuah kedai makan sekitar bandar Pasir Putih Kelantan.


Zeatty Cafe
Zeatty Cafe
Nama restoran ini adalah Zeatty Cafe.

Menu Hidangan Di Restoran

Jum menjengah apakah menu yang ditawarkan di kafe ini.


Menu Western
Menu Western
Untuk kali pertama berkunjung, penulis mencuba hidangan makanan barat (western food).
Chicken Chop yang tersenarai pada buku menu.

Chicken Chop

Dua kriteria yang penulis cari untuk chicken chop adalah, paling utama adalah sosnya dan kedua adalah kepingan ayam.


Chicken Chop
Chicken Chop
Sos cukup penting untuk hidangan chicken chop, dari sinilah pemikat rasa untuk hidangan ini.

Sepinggan chicken chop di kafe ini mengandungi, 
sekeping kepingan filet ayam digoreng dengan keriuk, 
sos lada hitam yang membaluti kepingan ayam, 
fries (jejari kentang) dengan mayonis yang dilapik dengan salad 
sebatang sosej yang diperisakan dengan sos cili.

Di atas satu pinggan terdiri dari empat jenis makanan. 

Nasi Goreng Chicken Chop

Tidak banyak beza dengan menu chicken chop biasa restoran ini, cuma ditambah nasi goreng cina (warna putih) dan beberapa keping hirisan timun.


Nasi Goreng Chicken Chop
Nasi Goreng Chicken Chop
Kepingan ayam, sos lada hitam dan kentang goreng masih sama dengan hidangan chicken chop biasa.

Mix Grill

Ini kebiasaan menu pilihan penulis jika mencuba mana-mana restoran dengan tema 'western food' dan 'grill'.


Mix Grill
Mix Grill
Dalam menu mix grill hidangan utama grill akan diletakkan bersama di atas pinggan. Dalam hidangan di Zeatty ini, chicken chop dan lamb chop di satukan di atas satu hidangan.

Dengan bahan sampingan biasa hidangan ala barat. Coleslaw, jejari kentang goreng dan sosej.

Menu Hidangan Lain


Hidangan yang agak ringan dan boleh dijadikan sampingan seperti ala carte jejari kentang dan bebeola daging.

Cukup ranggup sebenarnya dua hidangan ini.

Fries Meatball Western Grill
Fries Meatball Western Grill
Kurang lengkap hidangan jika tiada pencuci mulut, dengan warna-warni sayang pula mahu mencuba pencuci mulut yang ada di restoran ini.


Manis dan menyegarkan itu antara kriteria yang perlu ada pada sesebuah hidangan 


Pat Bingsu Mangga
Pat Bingsu Mangga
pencuci mulut selain memiliki warna yang menggoda.

Kafe ini pada temanya adalah 'western food' namun untuk mereka yang jarang suka untuk menikmati makanan panggang  dan makanan kurang tempatan ini terdapat menu masakan panas lain.

Lain-lain menu seperti nasi pecel lele, laksa pineng juga turut boleh dipesan.

Ulasan Penulis

Rasa Makanan

Dari segi makanan agak biasa sahaja. Untuk chicken chop, kepingan ayam yang bersalut tepung garing yang pernah dirasai sebelum ini.

Kambing bakar untuk yang ada di restoran ini elok dari teksturnya, tidak memerlukan keringat yang banyak untuk dikunyah.

Bau hamis kambing tidak begitu kuat. Dari bahasa mudahnya, filet ayam dan kambing biasa ditemui di kedai makan western mampu milik yang banyak ditemui.

(Markah: 2.5/5.0)

Suasana Restoran

Bagi yang ingin merasai suasana ala hipster dan kafe ini adalah restoran tempatnya.
Redup sahaja dengan pengcahayaan tema kafe.


Dekorasi Dinding
Dekorasi Dinding
Hiasan pada dinding lebih kepada hiasan yang biasa nampak pada kafe yang sedia ada.
Dinding di cat gelap, lampu yang kurang terang, gantungan gambar berunsurkan kopi dan kata-kata hikmah, identiti sebuah kafe.

(Markah: 3.0/5.0)

Harga Makanan

Dari segi harga yang ditawarkan agak berpatutan dengan nilai dan kualiti makanan.
Untuk chicken chop versi 'basic' bawah RM10 masih boleh dianggap dalam kategori relevan.

Portion juga kena dengan pemilihan harga.


Paling penting adalah apa yang tertulis pada buku menu dan harga sama dengan nilai ketika pembayaran.

(Markah: 3.0/5.0)

Layanan Staf

Cukup 'friendly', mungkin ketika kedatangan penulis dan keluarga keadaan kedai tidak begitu ramai pengunjung.

Malahan pemilik kedai juga tidak lekang dari senyuman, bukan sekadar meronda-ronda atau terpuruk di stesen jaga duit.

Cukup ramah dengan pelanggan apabila ditanya. Setakat kunjungan ini tiada sebarang isu membabitkan kafe ini.

(Markah: 3.5/5.0)

Keseluruhan kafe ini dalam kategori normal dan biasa-biasa. Bagi yang inginkan suasana kafe dan citarasa panggang dengan basahan sos lada hitam pada lidah anda ini antara pilihannya.

Informasi Pengunjung

Lokasi Restoran

Terletak di penjuru pekan Pasir Puteh, Kelantan. Berada betul-betul di tepi jalan antara Pasir Puteh ke Kota Bharu.

PT1687 
Jalan Pasir Puteh - Kota Bharu,
Pasir Puteh 
Kelantan



Harga Makanan




Chicken Chop: RM 8.90
Nasi Chicken Chop: RM 12.90
Mix Grill: RM18.90




Bingsu Mangga: RM 7.90

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad setiap minggu. Mula beroperasi dari jam 12:00 pm sehingga 11:00 pm.




Anda fikir anda tahu Kafe Makanan Ala Barat (Western Food) Di Zeatty Cafe Pasir Puteh Kelantan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan