"Tempat Menarik Popular Sekitar Sabah"
Sabah terletak di Kepulauan Borneo. Dengan masa perjalanan menggunakan pesawat Airbus A320 dari KLIA2 ke KKIA selama 2 jam setengah cukup berbaloi.
Tempat Menarik yang Popular Di Sabah |
Lokasi-Lokasi Percutian Popular Sabah
Pulau yang cantik, makanan eksotik dan tradisi manusia yang pelbagai, antara mengapa Sabah menjadi tumpuan pelancong. Memang banyak lokasi dan tempat menarik di Sabah, tetapi ini adalah lokasi percutian popular yang selalu dikunjungi di Sabah.
Disenaraikan tempat-tempat menarik sekitar Sabah yang selalu dikunjungi pelancong yang datang ke Sabah:
1. Pekan Kundasang
Replika Kobis Kundasang |
Sejuk pada kulit dan sejuk mata memandang. Dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu, lembah sekitar Kundasang memang cantik panoramanya.
Pelbagai tumbuhan jarang ditemui, tumbuhan ditanam juga menarik. Jangan lupa singgah di pasar malamnya untuk mendapatkan makanan yang jarang anda temui.
Dapatkan 'chicken wing' madu yang dibakar. Dalam suasana sejuk memang terbaik.
Dengan replika daun salad yang masih belum kembang, mengalu-alukan kedatangan pengunjung.
2. Kinabalu Park, Kundasang
Ingin merasai sedikit pengalaman pendaki Gunung Kinabalu boleh berkunjung ke sini. Jika bernasib baik dapat bergambar di beberapa lereng bukit yang nampak puncak Gunung Kinabalu.
Jika cuaca tidak mengizinkan boleh juga bergambar di hadapan pintu gerbang permulaan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu walaupun belum berhasrat untuk menawan gunung ini.
3. Desa Dairy Farm in Mesilau, Little New Zealand of Sabah
Lembu Di Dairy Farm Kundasang |
Bagi yang pernah menonton muzik video kumpulan Atmosfera Original Sabahan pasti akan teruja kerana penampakan Gunung Kinabalu adalah di hadapan dairy farm ini.
Selain melihat kepelbagaian lembu yang diternak tidak kira yang di kandang atau dilepaskan sekitar padang ragut, pengunjung boleh mendapatkan hasil tenusu yang segar selain mendapatkan gambar yang menarik dengan 'background' Gunung Kinabalu.
4. Polumpung Melangkap Kota Belud
Polumpung Melangkap Kota Belud |
Dalam perjalanan air ini akan menempuhi kawasan berbatu yang menghasilkan jeram.
Masih lagi dengan latar Gunung Kinabalu namun di kawasan jeram. Sangat indah panoramanya.
Lebih kepada aktiviti 'adventure' seperti berkhemah (bukan bersama si nopal), water-rafting, flying fox dan pelbagai aktiviti lasak.
Untuk yang sekadar inginkan mendapatkan panorama menarik ini adalah tempatnya.
5. Kelah Sanctuary Sungai Moroli Ranau
Ikan Kelah Sanctuary Ranau |
Bukan semua boleh memeliharanya.
Datang sahaja ke Sanctuari ini, beri makan dan pegang pun boleh. Memang jinak, tidak perlu menggunakan kaedah pelik untuk memanggil ikan-ikan Kelah ini datang kepada anda.
Dengan memberinya makan, penuh di kaki ikan ini. Urutan mulut oleh ikan-ikan Kelah ini mampu membuatkan anda tersenyum.
Melihat ikan-ikan berenang tidak tersedar masa berlalu, bukan sahaja kanak-kanak teruja malahan dewasa juga.
6. Pulau Sapi
Pulau Sapi Sabah |
Sampai sahaja di jeti dengan airnya yang jernih dan latar belakang hutan tropika menghijau, tenang jiwa.
Apalagi apabila anda snorkeling di Pulau Sapi. Ikan-ikan yang jinak dengan kepelbagaian hidupan laut tambahan airnya yang jernih memang akan meninggalkan pengalaman kepada pengunjung.
Dari jeti Jesselton mengambil masa 20 minit untuk sampai.
7. Pulau Manukan
Pulau Manukan Sabah |
Mandi manda adalah kemestian, jika bernasib baik boleh mandi manda dan berenang dengan ikan-ikan yang ada.
Untuk ke pulau-pulau sebegini di Sabah, dapatkan pakej island hopping di jeti jesselton Kota Kinabalu.
8. Ladang Teh Sabah Tea Ranau
I Love Sabah Tea |
Selain menikmati keindahan kehijauan ladang teh boleh dapatkan kenangan bergambar dengan mercu tanda yang ada.
Kedudukan yang agak tinggi nun di atas bukit, meskipun tengah hari masih terasa hawa sejuk.
9. Masjid Terapung Likas Kota Kinabalu
Masjid Terapung Bandaraya Likas |
Senibinanya juga menarik. Memang cukup cantik untuk bergambar.
Bagi non-muslim yang ingin memasuki melihat keindahan alam, disediakan jubah menutup aurat.
Dari luar cantik, dalaman indah.
10. Salut Sulaman Sepanggar
Salut Sepanggar |
Mungkin ada yang belum pernah makan satu kepah yang dinamakan lokan.
Bolehlah mencuba lokan bakar mana tahu serasi dengan citarasa. Kawasan ini memang menjual makanan seperti yang disenaraikan di atas, sepanjang jalan. Itulah keunikannya.
11. Waterfront Seafood Night Market Kota Kinabalu
Makanan Laut Segar Waterfront Sabah |
Dikelaskan kepada dua bahagian, satu bahagian untuk pembelian seafood dan satu lagi untuk di makan.
Kebiasaan apabila pengunjung datang ke sini akan memilih makanan laut di gerai-gerai makanan laut yang mentah yang cukup banyak.
Kemudian akan ke bahagian hujung yang merupakan kawasan restoran yang boleh masakkan untuk anda.
12. Pasar Filipina Kota Kinabalu
Shopping Cenderahati Di Pasar Filipina |
Disinilah tempatnya. Apa-apa jenis cenderahati boleh didapati, baju, keychain, semua ada.
Apa yang unik disini adalah mutiaranya, ramai pengunjung mencari mutiara di sini tidak kira dalam bentuk cincin, rantai, ataupun butang baju melayu.
Rambang mata mereka yang meminati mutiara untuk memilih.
Bukan barangan itu sahaja, keropok, amplong (keropok versi Sabah) , ikan kering dan macam-macam lain makanan yang boleh dibawa pulang.
Peniaga-peniaga disini juga cukup peramah, siap akan tolong bungkuskan barangan anda.
13. Tugu I Love KK
Tugu I Love KK Sabah |
Membelakangi laut membolehkan latar belakang lebih menarik.
14. Tugu Ikan Todak
Tugu Ikan Todak KK |
Itinerary Percutian Sabah
Ini adalah sebahagian tempat menarik yang popular dan pernah penulis jejaki. Mungkin berpeluang ke Sabah lagi, akan ditambah tempat menarik yang berjaya dijejaki.
Boleh dapatkan contoh itenerary Kundasang-Kota Kinabalu di bawah:
Tips Percutian Ringkas
1. Mudahkan pencarian penginapan di tempat-tempat menarik sekitar Sabah dengan Traveloka.
2. Untuk tiket penerbangan Malaysia Airlines ada menawarkan harga promosi ke Sabah atau boleh jadikan Malindo Holidays sebagai pilihan lain.
3. Untuk ke pulau-pulau sekitar Sabah dan tidak mahu barangan peribadi basah boleh mendapatkan barangan HyperGear yang kalis air
Untuk review tempat percutian menarik lain boleh subscribe youtube channel di bawah:
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri