"Waterfront Seafood Night Market Sabah"
Sabah terletak di pulau borneo. Semestinya peratusan pantainya cukup luas. Apalagi 'access' untuk ke laut.
Makanan Laut WaterFront Seafood Night Market |
Ya! Sabah memang terkenal dengan hasil laut (seafood).
Dengan kebanyakan penduduk Sabah menjadi nelayan dan peniaga hasil laut maka boleh dikatakan Sabah antara negeri di Malaysia syurga pencinta makanan laut. Paling popular dan selalu dikunjungi pengunjung dan pelancong adalah Waterfront Seafood Night Market Kota Kinabalu.
Untuk yang pertama kali ke Kota Kinabalu dan ingin mencuba makanan hasil laut yang pelbagai pasti akan dicadangkan untuk ke Waterfront Seafood Night Market Kota Kinabalu.
Pencarian Seafood Di WaterFront Seafood Night Market
Beritahu sahaja Pasar Filipina, bagi mereka yang pernah menjejakkan kaki ke sini pasti terus terbayang memori 'seafood' ketika berada di Sabah.
Pada penulis, mencari 'seafood' di semenanjung tidaklah susah mana, namun apa yang memberikan Waterfront Seafood Night Market Kota Kinabalu ini kelainan dengan tempat tumpuan seafood lain adalah keunikan hasil lautnya.
Hasil Laut Sabah Unik
Keunikan hasil laut dari perairan Sabah memang sukar disangkal lagi.
Pelbagai jenis, bentuk dan warna. Ini adalah kriteria mengapa penulis agak tertarik dengan hasil laut dari perairan Sabah ini.
Penemuan Ikan Warna Warni
Makanan laut pertama yang menjadi tumpuan penulis adalah ikan. Ikan-ikan laut di sini yang dijual bukan sebagaimana yang ada di semenanjung, ya, mungkin ada, tapi sepanjang penulis menjajah kawasan makanan laut tiada seperti di Sabah.
Ikan warna warni, secara tidak rasminya penulis menggelarkan ikan seumpama warna pelangi ini sebagai 'ikan paddle pop'.
Rainbow Fish |
Ikan Unik Sabah |
Ikan Warna Warni Menarik |
Memang ikan warna warni ini terdapat di semua gerai yang menjual ikan.
Udang Kara (Lobster) Dengan Saiz Besar
Secara jujurnya, datang ke Waterfront Seafood Night Market untuk 'survey' makanan laut yang dikategorikan orang ada-ada sahaja yang boleh memakannya.
Udang Kara Sabah |
Dengan hipotesis sebegitu, makan udang kara mula dijadikan target untuk dicuba.
Lobster Besar |
Saiz Besar Lobster |
Jika harganya menyamai harga senapang raifel AKM atau M416 masih boleh puas hati kerana memang segara dari ladang 'lobster'nya.
Udang Segar Dan Pelbagai Jenis
Udang ketak (sado) atau udang lipan pernah penulis temui namun disini bukan sahaja sado tetapi bersaiz obesiti. Dengan corak pada badannya yang memang 'friendly' dengan sensor kamera menggambarkan betapa bewarna-warni cukup berbeza dengan udang lipan yang biasa penulis temui.
Udang Lipan dan Sotong |
Pelbagai Pilihan Udang |
Pelbagai Jenis Saiz Udang |
Ketam Bersaiz Gergasi
Ketam tidak dilupakan memang antara makanan laut biasa dan popular untuk penggemar 'seafood'. Memang saiznya cukup berbeza dengan tempat lain, cukup nutrien dan zat mungkin.
Puas untuk diketuk atau dikopek untuk mendapatkan isinya yang segar.
Pilih, Timbang, Beli Makanan Laut
Sudah puas menjelajah setiap gerai-gerai yang ada. Maka tibalah masanya untuk membeli seafood yang menjadi idaman.
Beli Mengikut Timbang |
Masak Seafood On The Spot
Serahkan sahaja makanan laut hasil belian anda, dan tunggu sahaja makanan anda di masak dengan pilihan menu yang anda inginkan.
Bagi mereka yang masih pening-pening rambang mata sehingga gagal membuat pilihan makanan laut, boleh datang 'walk-in' ke restoran untuk mendapatkan makanan yang disenaraikan dalam senarai menu.
Parrot Fish Masak Tiga Rasa (Masam Manis Masin)
Oleh kerana sudah jatuh cinta dengan seekor ikan warna hijau-biru, musim raya namanya 'turquoise' maka penulis memilih ikan 'parrot fish' yang memiliki warna tersebut sebagai hidangan.
Teruja untuk mengetahui rasanya, apakah rasanya 'sesedap' mata memandang, atau sekadar layak di dalam aquaria KLCC sebagai pameran.
Parrot Fish Tiga Rasa |
Isi ikan ini tawar rasanya, mungkin 'kemanisan' sudah keluar ke bahagian sisik yang mencantikkan ikan burung kakak tua ini.
Walaupun di masak tiga rasa, isinya tetap hambar seumpama kumpulan Joras atau Taman yang tidak 'deliver' ketika melawak.
Menu Makanan Laut Lain
Selain 'parrot fish', ikan kerapu bersaiz sederhana dijadikan masak stim. Ini memang terbaik, dengan rasa kuahnya apalagi isinya yang masih segar.
Ikan Kerapu Masak Stim |
Sotong Celup Tepung |
Udang Goreng Butter |
Dengan perkataan 'butter' sudah menambahkan seri makanan laut ini walaupun hanya dengan cara gorengan sahaja.
Ketam Goreng Butter |
Alang-alang menyedut ketam biar sampai ke siku.
Datang Nikmati Makanan Laut Segar Di WaterFront Seafood Night Market
Datang ke Waterfront Seafood Night Market menikmati makanan lautnya yang masih segar memang antara itinerary dan tentatif yang perlu ada jika ke Kota Kinabalu.
Datang pilih sahaja makanan laut anda, terus serahkan kepada restoran sekitar untuk mengekalkan kesegarannya sehingga terus ke dalam perut anda.
Informasi Pengunjung
Cukup mudah untuk sampai, waze dan google maps mampu memberikan maklumat ke destinasi tanpa sebarang kesesatan berlaku. Betul-betul di tepi laut.
Waterfront Seafood Night Market Kota Kinabalu,
401, Jalan Tun Fuad Stephen,
Pusat Bandar Kota Kinabalu,
88000 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu Operasi
Bermula jam 4 pagi sehingga 11 malam setiap hari
Harga Makanan Laut
Bergantung kepada keadaan semasa, permintaan dan faktor cuaca. Digalakkan buatlah carian untuk gerai-gerai makanan laut tertentu, survey untuk kepuasan
Parkir
Agak terhad, di nasihatkan datang awal jika anda 'urgent'. Parkir di tepian jalan. Terdapat kawasan parkir berbayar mengikut jam
Jom subscribe youtube channel untuk video percutian yang lain
Anda fikir anda tahu Makanan Laut Unik Di Waterfront Seafood Night Market Kota Kinabalu ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri