"Tiga Jenis Maggi Pedas Giler"
Suatu ketika dahulu tersebar di seluruh media sosial mengenai ramen pedas yang mampu mengubah manusia biasa kepada Hulk adanya. Itu konsep yang selalu kita lihat dalam media sosial mengenai Ramen Samyang.
Sana-sini para 'influencer' cuba memberikan ulasan (review) sehinggakan kerana ramen pedas inilah mereka sekarang popular.
Ramen Pedas Viral
Apa-apa yang viral akan sampai ke penghujung. Kini sudah agak hambar jika kita membangkitkan hujah mengenai ramen pedas ini.
Jika dahulu, banyak pertanyaan, tentang ramen viral ini, Halalkah ? Apa ramuannya ? dan pelbagai lagi challenge.
Bercerita mengenai 'chellenge' atau cabaran dalam bahasa Malaysia, ramen viral ini sudah ada pencabarnya. Boleh dikatakan pengganti sebenarnya.
Maggi Pedas Giler
Cukup viral juga, namun seperti kebiasaan benda viral cepat hambar. Sudah hambar namun masih ada.
Kali ini penulis akan memberikan ulasan secara ringkas akan maggi pedas giler ini.
Cara penyediaannya juga mudah, telah ada langkah demi langkah tertera pada penutup maggi pedas giler untuk varian mangkuk.
Review Maggi Pedas Giler
Artikel bertulis pernah penulis ulaskan mengenai salah satu dari 3 perisa keluaran Maggi ini. Kali ini kita lihat sinopsis untuk ketiga-tiga perisa Maggi Pedas Giler yang telah penulis cuba ini.
Bagi jenama Pedas Giler, Maggi mengeluarkan mi segera dalam bentuk mi goreng.
Mi segera yang memerlukan rendaman, tos dan gaul perisa sebelum boleh dimasukkan ke dalam mulut.
1. Maggi Pedas Giler : Tom Yummz
Fizikal:
Semestinya dengan perisa tom yam. Dengan tema pembungkusan bewarna unggu gelap memang menjadi tema warna perisa tom yam.
Mudah dikenali dengan warna tersebut. Di datangkan dalam dua varian, paket dan mangkuk.
Rasa:
Memandangkan perisa ini adalah tom yam semestinya rasa tom yam yang diperlukan. Ya, untuk perisa ini memang terdapat rasa masam. Baunya apabila sudah siap cukup kuat terus menusuk ke hidung.
Masamnya adalah 'signature' untuk perisa tom yam. Ingat masam ingat tom yummz
Skala Kepedasan:
3.5/5.0
Harga Pasaran:
Mangkuk (Bowl) : RM3.50
Paket (5 Bungkus) : RM8.50
2. Maggi Pedas Giler : Seafood Berapi
Fizikal:
Merah merupakan warna 'signature' untuk versi seafood ini. Hadir dalam dua jenis varian mangkuk dan paket tidak banyak beza dengan cara pembungkusan Maggi Pedas Giler perisa lain.
Secara peribadi untuk perisa seafood berapi ini kebarangkalian untuk ditemui agak kecil.
Rasa:
Melalui perkataan 'seafood' sukar untuk mendapatkan rasa tertentu. Bukan rasa ikan, sotong, ketam atau apa-apa jenis hidupan laut lain.
Jika ditutup mata dan diberikan suapan mi ini, rasa yang dapat diketahui adalah rasa masin. Mungkin mengambil tema air laut.
Skala Kepedasan:
3.0/5.0
Harga Pasaran:
Mangkuk (Bowl) : RM3.50
Paket (5 Bungkus) : RM8.50
3. Maggi Pedas Giler : Ayam Bakar
Fizikal:
Bagi mengenal Pedas Giler versi ini, warna hijau adalah pengenalannya. Hijau mungkin menggambarkan varian ini adalah paling tidak pedas berbanding yang dua perisa lain.
Didatangkan dalam dua jenis juga iaitu dalam mangkuk dan paket dengan lima bungkus di dalamnya.
Rasa:
Lebih kepada rasa masin sebenarnya untuk rasa, tiada sebarang 'signature' rasa seumpama Pedas Giler Tom Yummz. Namun, aroma terbakar itu yang menjadikan mi goreng ini memiliki identitinya tersendiri.
Skala Kepedasan:
2.5/5.0
Harga Pasaran:
Mangkuk (Bowl) : RM3.50
Paket (5 Bungkus) : RM8.50
*Harga yang ditunjukkan adalah secara kasar dan purata.
Jadi, dalam tiga jenis Maggi Pedas Giler ini yang mana satu paling 'win' kepedasannya?
Setelah dicuba, perisa Tom Yummz adalah juaranya berbanding dengan lain.
Maggi pedas giler banyak juga dijual online contohnya di Lazada Malaysia , memang mudah nak dapatkan sekarang.
Mana Satu Maggi Pedas Giler Lebih Pedas
Secara perbandingannya adalah seperti berikut:
Tom Yummz (lebih pedas dari) Seafood Berapi (lebih pedas dari) Ayam Bakar
Dengan harga mampu milik ini dan memang sahih akan sumber halalnya serta rasa pedas yang lebih dari ramen samyang pedas.
Maggi berjaya mencipta satu hidangan mi goreng segera yang cukup memberikan rasa pedas yang mampu membuatkan peluh berjuraian apalagi telinga berdesing.
Lagipun bagi penulis tekstur mi nya lebih kenyal dan ranggup.
Anda fikir anda tahu Maggi Pedas Giler Perisa Tom Yummz, Seafood Berapi dan Ayam Bakar. Mana Lebih Pedas ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri