"Nasi Manggey Warung Kita Bangi"
Ala penyediaan dan masakan dari Kak Wok. Itu adalah frasa yang betul. Bimbang akan menyebabkan salah sangka ini adalah review nasi kak wok.
Nasi putih (kadang-kadang dikukus) bersama lauk ayam garing yang dipotong kecil-kecil. Dengan gulai sebagai kuah. Ini adalah 'signature' untuk nasi ala kak wok ini.
Pada asasnya, nasi kak wok original hanya di Kelantan sahaja.
Nasi Ayam Goreng Cincang Popular
Sehingga artikel ini ditaip lebih dari puluhan nasi ayam goreng cincang berkuah gulai terdapat di muka bumi, khususnya Malaysia.
Bukan sahaja kaum bumiputera malahan pendatang juga boleh menjadikan hidangan ini sebagai tema perniagaan makanan mereka.
Pencarian Nasi Ayam Goreng Cincang yang Sedap
Jika dahulu kita mencari kedai makan ala tema kak wok, namun sekarang kita mencari yang menyamai rasa asli makanan yang boleh dikatakan berasal dari kelantan.
Nasi ayam cincang goreng sebegini bukan asing di Lembah Klang, di Shah Alam sahaja terdapat lebih dua buah restoran dengan tema ini.
Ada yang pernah penulis review dan ada juga belum.
Terdapat salah satu dari yang lain menjadikan ala kak wok di sekitar Lembah Klang ini.
Namun, mungkin bimbang akan disaman 'originality', restoran ini diberikan nama
'Warung Kita Nasi Manggey'
Menu Makanan Di Warung Kita
Nasi Manggey (Nasi Ayam Goreng Cincang Kuah Gulai)
Nasi Manggey Bangi |
Sambal dan Kuah |
Hidangan Menu Lain
Bagi mereka yang gemarkan makanan dari Kelantan, disi juga terdapat menu hidangan ala Kelantan seperti:
1. Nasi Berlauk Ikan Tongkol (Ikan Aya)
2. Nasi Lemak Ikan Tongkol (Ikan Aya)
3. Nasi Ayam Kampung
Minuman
Dari segi minuman pengunjung boleh memilih dua hidangan minuman yang istimewa di restoran ini.
Coconut Shake dan Air Kelapa Muda |
2. Sebaldi kecil air kelapa muda
Gemarkan teh o ais limau atau sebarang air 'custom' yang lain ? Boleh sahaja memesannya.
Ulasan Penulis
Makanan
Dari segi rasa nasinya memang sebagaimana nasi yang dimasak dengan betul. Konsistensi mereka dalam menyediakan nasi tetap sama.
Itu nasi.
Ayam goreng kecil-kecil yang dicincang anggaran dengan diameter 2 inchi memang garing dan cukup rasa kunyitnya.
Ayam Goreng Cincang |
Apa yang menarik akan hidangan ini adalah kuahnya. Cukup pekat dengan rasa gulai Kelantan (bagi yang pernah merasai nasi berlauk).
Bukan kari yang selalu ditemui di kedai-kedai gulai tiruan. Mungkin yang menyebabkan warung kita terkenal adalah kuahnya. Memang sedap.
Minuman
Dari segi minuman penulis biasa akan memesan satu coconut shake dengan float ais krim dan sebaldi air kelapa muda.
Coconut shake memang berkrim dengan satu skop ais krim perisa vanila. Memang kena dengan nasi ayam cincang tadi.
Coconut Shake Vanila Float |
Untuk mendapatkan betul-betul rasa air kelapa. Dapatkan air kelapa sebaldi. Memang puas hati, memang betul-betul rasa kelapa kerana penambahan pemanis dalam hidangan ini agak sedikit.
Isi Air Kelapa Muda |
Layanan
Dari segi layanan masih baik. Apabila pelanggan agak kebingungan dalam bilangan berapa bungkus ini dibeli, mereka masih tersenyum.
Jika masih pening-pening dengan tema layan diri mereka masih tersenyum.
Suasana Restoran
Semestinya restoran ini dikunjungi ramai pelanggan. Pencarian tempat makan mungkin bergantung kepada kapasiti pelanggan.
Suasana kedai dalam dua situasi, terang dan gelap. Terang apabila anda berada berhampiran pintu masuk dan sebaliknya.
Sistem Layan Diri
Sebagai tips yang anda perlu ketahui, semua pembelian adalah layan diri:
1. Ke kaunter nasi dan lauk
2. ke kaunter minuman, dapatkan penyedut minuman atau sudu dan garfu
3. membuat pembayaran.
Informasi Pengunjung
Alamat Restoran
Tidak berapa jauh dari UKM bangi dan juga stesen KTM UKM. Di penjuru rumah kedai yang terletak di tepi Jalan Reko menghala ke UKM Bangi.
Warung Kita Nasi Manggey Bangi,
Lot 1,
Jalan ST/1,
Batu 18, Kawasan Perindustrian Sg. Tangkas,
Kampung Sungai Tangkas,
43000 Bangi,
Selangor
Harga Makanan
Menu dan Harga Makanan |
Coconut Shake dengan Float Ais Krim Vanila : RM 3.70
Air Kelapa Muda (Sebaldi Kecil) : RM 4.80
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari dan mula beroperasi pada jam 7 pagi sehingga 10 malam.
Waktu Operasi Nasi Manggey |
Memandangkan terletak di kawasan rumah kedai, mungkin agak terhad.
Anda fikir anda tahu Review Nasi Manggey (Nasi Ayam Goreng Cincang) Warung Kita Bangi ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri