Puding Buah, Lokan Bakar dan Air Kelapa Bakar Di Salut Sepanggar Sabah


"Puding Kelapa Bakar Salut Sulaman"

Sebelum penulis menjejakkan kaki di Sepanggar. Perkara pertama yang terlintas di benak penulis adalah satu kawasan yang penuh dengan tangki-tangki minyak, jenuh pandangan dengan paip-paip minyak dan gas.




Itu pandangan pertama bagi seorang personel oil and gas jika bercerita tentang Sepanggar, Sabah.

Bagi tentera lain pula gambaran mereka, dengan beberapa buah kapal perang milik TLDM itu adalah gambaran yang akan bermain di minda.

Kawasan Industri dan Ketenteraan

Memang betul, kedua-dua situasi di atas tidak salah. Sepanggar, Sabah memang memiliki kawasan minyak dan gas serta pangkalan tentera laut di raja Malaysia.

Lupakan sejenak perihal kerja. Datang ke Sabah untuk beriadah, tenangkan minda.

Jika diamati akan kawasan Sepanggar, apa yang menarik di sini ? 

Untuk bergambar dengan tangki-tangki oil and gas atau melawat TLDM ?

Untuk pengembara dan pencari makanan sebagaimana penulis, Sepanggar bukan sekadar kawasan begitu.

Memang kawasannya yang agak lapang dan di tepian laut yang memungkinkan tiupan angin panas yang agak tropikanya ketika siang.

Apa yang menarik di Sepanggar ?

Semestinya sesuatu yang menyegarkan dan turut memberikan kekenyangan walaupun bukan makanan berat.

Bersebelahan laut semestinya makanan laut yang ditemui namun bukan dalam versi yang berat untuk dihadam perut. Apabila sudah melintasi Sepanggar, singgahlah di deretan gerai-gerai bersaiz kecil yang ada sepanjang tepian jalan.



Permandangan sebegini bukanlah agak asing bagi mereka yang sukakan menu biasa untuk alas perut.

Tiga menu utama yang perlu pengunjung cuba apabila melalui deretan gerai ini adalah:

1. Puding Buah/Kelapa

Pertama sekali dengan kehangatan cuaca bayu laut di terik waktu tengah hari, pekena sesuatu yang menyegarkan satu kenikmatan.



Ya! Hasil pengalaman isteri penulis yang pernah menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi sekitar, penulis boleh menarik nafas lega dengan nikmat puding di tengah hari.




Puding yang hijau ingin menuju ke warna kuning yang ditenggelamkan dalam timbunan ais memang satu khazanah ketika musim panas dan selepas penat menggelilingi tempat menarik di Sabah.

Manis, berlemak dan sejuk menyegarkan apalagi dalam keadaan jeli yang tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk dikunyah, memang terbaik.




Puding dengan perisa buah-buahan sekitar tepian jalan ini akan disinggahi pengunjung

2. Air Kelapa Muda


Jangan tidak tahu, puding yang menyegarkan ini hanya sekadar pembuka selera atau pencuci mulut.




Teruskan dengan membasahkan tekak anda dengan air buah kegemaran ramai, buah kelapa.

Hanya kulit luar yang dikupas, demi menjaga rasa segar dari ladang. Sukar untuk banyangkan jika ada yang menyatakan bahawa air kelapa muda tidak akan memberikan kesegaran.



Bayangkan dalam keletihan dan ditiup angin laut, hirup air yang wangi baunya dengan rasa manis dan masam sedikit, fuh mahu terlupa tadi baharu sahaja lepas mandi laut.


3. Air Kelapa Muda Bakar

Air kelapa biasa mungkin bukanlah asing lagi, depan rumah pun boleh dibeli. Namun, pernahkah anda mencuba air kelapa bakar.




Bukan air kelapa milik Pak Bakar, tetapi memang buah kelapa muda dibakar.

Bunyinya sudah asing namun bagaimana rasanya. Ini adalah menu istimewa sekitar kawasan ini.

Memang lain rasanya, dengan kehangatan selepas dibakar. Proses pembakaran yang tidak begitu ekstrim menyebabkan isi kelapa lebih banyak mengeluarkan aroma.

Rasa segar, dan hangat melalui kerongkong namun cukup berkhasiat.


Ada yang berpendapat selain memberikan kesegaran kepada peminumnya. Ia mampu memberikan kelancaran pencernaan selain dapat menawakan racun dalam badan.

4. Lokan Bakar

Penat berjalan perlu tambah kembali nutrien dalam tubuh. Walaupun masih tidak mahu menjamah karbohidrat berat boleh tambah kembali nutrien protein disini.




Ada yang kenal mungkin ada yang kurang kenal.

Bagi yang kurang kenal, mungkin akan menamakannya sebagi siput atau kerang sahaja. Ini adalah lokan seumpama kepah namun dengan bentuk sedikit berbeza.

Belum lagi penulis ceritakan tentang tibing atau tijah itu juga bahasa kampung untuk beberapa jenis kepah yang ditemui.




Lokan ini dibakar, memang enak. Dengan jusnya yang masih ada. Rasa lemak protein selepas terbakar. Apalagi makanan laut yang terhidang dengan bayu laut.

Hentian Untuk Henti Lelah

Bagi mereka yang inginkan kesegaran sebelum meneruskan perjalanan mengelilingi tempat menarik sekitar Sabah. 




Boleh berkunjung sebentar di sekitar Salut Sulaman ini. Salut Sulaman adalah gelaran kawasan ini.

Informasi Pengunjung

Lokasi

Sepanjang Jalan Sulaman terletaknya pelbagai jenis nama gerai yang menyediakan menu di atas.

Mercu tanda utama adalah satu bulatan yang akan menghubungkan Jalan Politeknik, Jalan Norowot, Jalan Rugading dan Jalan Sulaman.

88400, 
Jalan Sulaman, 
89200 Tuaran, 
Sabah



Harga Makanan

(Tertakluk kepada gerai yang anda singgahi)

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 8 malam.

Mengapa bersusah-susah untuk membandingkan harga penginapan sendiri ?

Untuk perbandingan bajet percutian anda layari Trivago

Bantuan review sebarang destinasi percutian Traveloka boleh membantu anda.

Anda fikir anda tahu Puding Buah, Lokan Bakar dan Air Kelapa Bakar Di Salut Sepanggar Sabah ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum

Catat Ulasan

0 Ulasan