"Winter Test Sepang 2019"
Motogp bukan terus bermula dengan perlumbaan, setiap pengeluar dan pelumba akan menguji jentera untuk musim terbaharu.
Apalagi kalau terdapat pembaharuan dalam pasukan. Winter test akan dijalankan untuk ujian ini beberapa litar akan dipilih untuk latihan dan ujian.
Bagi tahun 2019, pada 6 Februari sehingga 8 Februari 2019 adalah tarikh untuk Sepang International Circuit menganjurkan latihan dan percubaan ini.
Di bawah adalah rangkuman gambar-gambar ditempat kejadian yang disaksikan penulis merangkap jurugambar tidak bertauliah.
Pengenalan "Test Rider" untuk pasukan Suzuki Ecstar Motogp Sylvain Guintoli bergambar bersama pasukan.
Baharu sahaja dilancarkan 'livery' terbaharu. GSX-RR jentera motogp milik Suzuki Ecstar Team bersedia untuk diuji.
Sesi memanaskan enjin jentera RC16 milik KTM yang ditaja RedBull dalam livery hitam oren. Jentera ini dengan nombor 44 akan ditunggang dan diuji oleh Pol Espargaro.
Sebuah jentera Aprilia bersedia untuk diuji oleh pelumba baharu mereka Andrea Iannone. Dengan 'livery' yang masih belum dilancarkan, hitam putih menjadi warna sementara.
Dengan cuaca yang baik dan keadaan track mengizinkan beberapa pelumba mula memasuki track untuk ujian winter test sepang.
Masih ingatkah akan juara keseluruhan moto2 2018, Francesco Bagnaia dengan nombor 63 akan mencabar gelaran rookie of the year 2019 nanti di bawah pasukan Pramac Racing.
Morbidelli penyandang rookie of the year 2018 turut keluar dari garaj dengan persediaan menuju track dengan santai di pit stop lane.
Motorsikal calon Rookie of the year 2019 milik Miguel Oliviera sedang dipanaskan oleh staf. Bila-bila masa akan bermula.
Rider tester dengan menggunakan jentera T1 akan memulakan ujian masa dan ujian tunggangan untuk pasukannya.
Johann Zarco dengan jentera baharunya milik KTM dengan livery hitam oren mula melepasi garis permulaan.
Aksi biasa yang ditunggu-tunggu Valentino Rossi dengan skill betulkan parking sebelum melepasi pit stop lane.
Salah seorang rider ternama di bawah kendalian ducati, Andrea Dovizioso. Saing kepada Marc Marquez pada edisi-edisi lepas memulakan ujian masa.
Kawasan paddock dan garaj yang amat popular. Sering menjadi tumpuan ramai paddock Valentino Rossi the living legend.
Salah satu ujian masa yang dilakukan VR46 dalam mencari keserasian dengan jentera Yamahanya walaupun dengan livery berbeza.
Walaupun hanya ujian, para pelumba memang menunjukan aksi sebagimana motogp sedang berlangsung. Itu yang menarik dengan motogp
Kelibat yang dicari-cari, zaman ini miliknya seorang pelumba muda yang memang tidak boleh disangkal kemahirannya, marc marquez 93.
Battle sedah bermula meskipun sekadar ujian jentera dengan penunggangnya.
Dalam ujian mesti mencari keserasian dengan jentera selain mengawalnya. Seumpama cubaan Vinales untuk mengawal jentera yamaha ini dengan nombor baharunya 12.
Untuk gambar lain boleh lawati instagram blog ini dengan carian @mizanogram
Ikuti Video ringkas di Turn 15 Sepang Test 2019 Sepang International Circuit Malaysia
Informasi Pengunjung
Bagi pengunjung yang ingin ke Winter Test Sepang, tertinggal untuk edisi 2019, jalan risau setiap tahun jika Litar Antarabangsa Sepang terpilih anda boleh menjadi sebahagian menyaksikan ujian-ujian ini.
Untuk 2019, bermula pada jam 10 pagi dan berakhir 6 petang.
Pengunjung boleh berjalan dimana-mana bahagian grandstand atau mana-mana tempat duduk semuanya percuma tanpa bayaran.
Masalah parkir jauh tidak timbul kerana kenderaan dibenarkan memasuki perkarangan litar tidak melepasi pintu masuk ke main grandstand, dikawasan booth didirikan jika motogp sepang berlangsung.
Anda fikir anda tahu Gambar Sekitar MotoGP Winter Test Sepang 2019 ?
Anda fikir Sekali Lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri